Sunday, January 4, 2009

RM188.14 juta bagi laksana pelbagai program modal insan

Sumber: News Sabah Times

SANDAKAN
: Sejumlah RM188.14 juta telah diperuntukkan kerajaan negeri dalam bajet negeri 2009 bagi melaksanakan pelbagai program modal insan tahun ini.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Hj Muasa Hj Aman, melalui perntukan sebanyak itu kerajaan mahu melahirkan modal insan kelas pertama yang mampu menjadi pengerak kemajuan dan pembanguna negeri.

“Bagi merealisasikan Sabah sebagai se-buah negeri maju kerajaan akan melipat gandakan usaha bagi memastikan memper-kasakan modal insan kelas pertama menerusi pelaburan besar dalam bidang pendidikan,” katanya.

Selain itu, menurut Musa aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) terus diperhebatkan termasuk latihan dalam perkhidma-tan untuk anggota perkhidmatan awam, akses ke institusi pengajian tinggi melalui bantuan biasiswa.

Dalam pada itu katanya, sejumlah RM16 juta turut diperuntukkan untuk kerja-kerja awal bagi melaksanakan projek Hap Pen-didikan di daerah ini menerusi Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dengan jumlah RM60juta melalui peruntukan Kerajaan persekutuan bagi menjana pembangunan insan untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Musa yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, komitmen kerajaan dalam meningkat-kan pembangunan fizikal dan kerohanian merupakan usaha berterusan yang memerlukan sokongan masyarakat Islam di negeri ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan perhimpunan Maal Hijrah 1430 peringkat Bahagian Sandakan di dewan masyarakat di sini, kelmarin.

Turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman; Yang Dipertua Muis, Datuk Syed Abbas Syed Ali; Presiden MPS, Yeo Boon Hai; Datuk Zakaria Mohd Edris, Datuk Armani Hj Mahiruddinm dan Wakil Rakyat Sukau, Saddi Abdul Rahman.

Sehubungan itu Musa, menggesa mas-yarakat Islam melihat program pembangunan yang dilaksanakan kerajaan jalan pencetus semangat hijrah untuk merobah interpretasi sikap ke arah meningkatkan kualiti hidup umat Islam di negeri ini.

“Umat Islam mesti menentukan arah sebagai penggerak perubahan minda untuk maju dengan melihat peluang yang wujud dari pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) jika mahu menjadi sebahagian dari inti kemajuan negeri ini,” katanya.

Dalam mensyukuri nikmat keamanan yang ada di negara ini umat Islam di negeri ini me-nurut Musa wajar menghayati falsafah hij-rah secara ilmiah dengan turut melakukan konsep itu bagi memastikan masyarakat islam sentiasa dipandang tinggi kalangan masya-rakat global.

“Ketika dunia dilanda berbagai krisis ekonomi krisis nila kemanusiaan,pada ketika umat islam menjadi sasaran keganasan di Plastien kita di negara ini dapat hidup aman dan nikmat ini wajar disyukuri,” katanya.

Pada majlis perhimpunan itu, Zainuddin Hj Aman, dianugerahkan Al Khalid kerana sumbangan beliau dalam mengembangkan pendidikan Islam di daerah ini.

Antara penerima lain, Anugerah Khas diberikan kepada Dewan Perniagaan dan Industri India Muslim Sandakan, anugerah Iman Al Shafie kepada Hj Ibrahim Hj Harun dan Anugerah Jasamu dikenang diberikan kepada Allahyarham Haji Ramli Nordin, dan kesemua anugerah disampaikan oleh ketua Menteri Sabah.

No comments:

Post a Comment