Tuesday, February 1, 2011

Jalanraya Kg Mohimboyon-Kundasang : Usaha UMNO Ranau dibawah pimpinan YB Datuk Masidi Manjun

Dalam menyuarakan isu ini, pemuda UMNO Ranau tidak berniat untuk menunding mana-mana pihak tentang isu yang ingin dijelaskan. 

Penjelasan ini seharusnya dapat menerangkan apa cerita disebalik isu yang kini hangat dibicarakan di bibir masyarakat di Ranau khususnya penduduk-penduduk yang berada di  Kg Mohimboyon - Kundasang.

Usaha UMNO Ranau untuk memohon agar  Projek Naiktarap Jalanraya yang menghubungkan Kg Mohimboyon - Kundasang dapat diberi keutamaan penting dalam Rancangan Malaysia Ke-11.



UMNO Ranau berusaha menjemput YB Dato Shaziman Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia  untuk hadir merasmikan  Mesyuarat Perwakilan  UMNO Bahagian Ranau 2009 yang diadakan pada 1 Ogos 2009.

Youtube Ucapan YB Datuk Masidi & Dato Shaziman.


Dalam ucapan yang dibawah oleh Ketua UMNO Bahagian Ranau, YB Datuk Masidi Manjun semasa mesyuarat ini (sila lihat  Masa Video Youtube antara 7:00 - 8:.25), YB Datuk Masidi meminta agar YB Datuk Menteri Kerja Raya dapat membawa keluahan rakyat terutama sekali Jalanraya di Kg Mohimboyon - Kundasang agar jalan ini dapat diberi perhatian penuh dalam Racangan Malaysia Ke 11.

Selepas mesyuarat ini selesai dirasmikan, Ketua Pemuda UMNO Ranau, Saudara Faez Nordin mengiring YB Dato Menteri Kerja Raya melawat bagi melihat keadaan sebenar lokasi jalanraya seperti yang disebutkan oleh YB Datuk Masidi bagi membuktikan keperluan masyarakat memudahkan usaha-usaha pembangunan ekonomi desa diperkasakan.

Walau bagaimanapun, apa yang diinginkan tidak semestinya dapat dilaksanakan dengan segera untuk dilaksanakan dalam tahun 2010. Perkara utama yang dibawah dalam mesyuarat UMNO yang lalu seumpama sepi tanpa berita apa status semasa tentang projek ini.

Komitmen, tanggungjawab, ketegasan dan kepimpinan oleh YB Ketua UMNO Bahagian, YB Datuk Masidi berusaha mendesak  YB Datuk Shaziman Menteri Kerja Raya agar projek ini wajib dilaksanakan tanpa alasan untuk menangguhkan perlaksanaannya.

Syukur Alhamdullilah, usaha keras dan tindakan yang berterusan oleh YB Ketua UMNO Bahagian berjaya merealisasikan harapan masyarakat kita di Ranau. 

Terkini berita gembira dengan pengumuman bahawa projek ini bakal dilaksanakan secara rasminya pada tahun 2011.

Pemuda UMNO Ranau ingin menjelaskan cerita sebenar disebalik isu-isu yang berligar pada masa ini dengan mengemukakan fakta-fakta sebenar bagaimana usaha keras yang diambil oleh UMNO Bahagian kepada kejayaan projek ini. 

Dalam memperkatakan perkara ini, bukan bermaksud UMNO mahu jadi champion untuk semua, cuma hakikatnya masyarakat kita di Ranau perlu dimaklumkan bahawa setiap usaha-usaha itu perlu dilakukan bersama-sama dengan ikhlas demi untuk memberi kebaikan kepada rakyat bukannya menjadi mainan politik dalam mengaut populariti.

Tahniah kepada masyarakat di Ranau yang bakal menikmati jalanraya baru Mohimboyon-Kundasang. Semoga jalanraya ini sentiasa dijaga dan diselenggara dengan baik agar mendapat manfaat dalam segala urusan peningkatan ekonomi luar bandar.

Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada YB Dato Menteri Kerja Raya, Dato Shaziman Mansoor kerana menunaikan janji.