Tuesday, September 28, 2010

kes Menara Jam Atkinson: Siapa yang patut meletak jawatan?

Hangat sekali isu yang ditimbulkan "KES Menara Jam Atkinson: Siapa yang patut meletak jawatan?"

Isu ini dibangkitkan oleh Datuk Rubin selaku Pengerusi LPPB terhadap Datuk Masidi, menteri yang bertanggungjawab berkenaan soal pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar mengenai Pelan Pembangunan LPPB membina bangunan berdekatan dengan tapak sejarah "Menara Jam Atkinson".

Kenapa perlu beliau selaku pengerusi LPPB melenting hinggakan mengesa Datuk Masidi letak jawatan. itu satu statement kurang bijak & angkuh yang diutarakan sebagai orang politik yang pengalaman dan dihormati. Statement beliau amat melukai hati dan rakyat khususnya orang-orang dari Ranau. Kenyataan yang keterlaluan.

Kita setuju bahawa segala usaha yang dibuat oleh YB Datuk Masidi sebenarnya mencerminkan kepada penyataan ini, "Suara RAKYAT perlu dihargai. Kenyatan Datuk Masidi Manjun kepada AWAM adalah merupakan suara RAKYAT".

Tahniah Datuk Masidi & kami berbangga kepada ketegasan dan kepimpinan YB Datuk selaku menteri yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya demi mempertahankan warisan sejarah kita.

Ikuti penjelasan YB Datuk Masidi yang dipetik dari laman sosial Facebook berkenaan kenapa beliau menyatakan Pelan Pembangunan ini perlu di"Review" semula sebelum dilaksanakan. Satu penjelasan yang padat dan jelas.

  • Yesterday at 06:17 ·  · 

  • Masidi Manjun Datuk
    Terima kasih. Sya amat terharu dgn sokongan dan kata2 semangat sdr2 semua. Sebenarnya Kabinet sekadar 'endorse' secara prinsip setiap Pelan Pembangunan (DP). tertakluk kpd pematuhan kpd semua peraturan dan undang2. Pihak yg ada kuasa meluluskan DP ialah PBT, yakni DBKK.

    DBKK telah meluluskan DP tersebut tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu dpd Pengarah Muzium seperti yg disyaratkan dalam Enakmen Warisan Sejarah. Pengarah Muzium sebenarnya membantah projek ini. Enakmen Antikuiti melarang sebarang kerja2 mengorek, piling dll disekitar Tapak Warisan Sejarah. Laporan EIA utk projek ini juga belum pun diluluskan, tetapi DBKK awal2 meluluskan DP nya.

    Atas senerio diatas lah sya merasa brtanggungjawab utk membangkitkan semula isu kelulusan DP dlm Msyrt Kabinet pada 8.9.2010 bagi memastikan 'endorsement' awal Kabinet tidak dilihat sbg membelakangkan peraturan dan undang2 yg ada kaitan dgn DP projek ini, apatah lagi ia merupakan projek Kerajaan yg dilaksanakan melalui LPBB.

    Kabinet pada 8hb Sept bersetuju dgn cadangan sya agar kelulusan projek ini dipertimbangkan semula oleh Central Board bagi memastikan pematuhan 100 peratus kpd semua peraturan & undang2 yg berkaitan. Adalah sesuatu yg malang sekiranya Kerajaan meneruskan projek yg jelas belum melepasi syarat2 pembangunan yg diwajibkan kpd setiap pemaju.

    Jadi sya agak terkilan dgn kenyataan keras YB Dt Rubin kerana pendirian sya amat konsisten dgn keputusan Kabinet. Soal sya tdk berprinsip tdk timbul kerana prinsip utama seorang pemimpin ialah mematuhi undang2 & peraturan. Nobody is above the law.


Ikuti pandangan & komen rakan Facebook yang berkisar kepada isu kes ini, ikuti http://tinyurl.com/22lmya7 atau http://tinyurl.com/24gfd96

Sunday, September 26, 2010

Kaji semula kuota kerusi komponen BN…apa kata Dr Mahathir?

Sumber: Agendadaily.com

Tun Dr Mahathir Mohamed menilai ada kebaikan dan ada keburukannnya jika dikaji semula kuota pembahagian kerusi kalangan komponen Barisan Nasional mengikut komposisi kaum di sesebuah kawasan pada pilihanraya umum akan datang.

Menjawab soalan Agendadaily semasa sidang media selepas Perhimpunan Melayu PERKASA Kelantan di pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas petang Sabtu bekas Perdana Menteri itu sebenarnya soal kuota itu tidak pernah menjadi masalah sejak dulu lagi dan ia cuma berbangkit baru-baru ini saja.

Beliau diminta mengulas pandangan sesetengah pihak bahawa kuota itu wajar disemak semula khususnya bagi kawasan yang jelas majoriti penduduknya orang Melayu.

Sekarang ini ada sebilangan kawasan yang penduduknya majoriti Melayu tetapi masa pilihanraya calon MCA,MIC atau Gerakan yang bertanding.

Ini yang adakalanya mencetuskan protes pengundi hingga mereka memangkah pembangkang.

Dr Mahathir berkata, “ianya ada kebaikan dan keburukannnya, kalau orang India sudah tentu tidak ada satupun kawasan yang mereka majoriti tapi kita sanggup bagi dan kita sokong manakala kaum India yang menjadi minoriti pula akan beri sokongan pada UMNO, MCA atau GERAKAN”.

Diminta mengulas lanjut tentang kenyataannya yang menganggap orang Melayu akan kehilangan kuasa sekiranya Pakatan Rakyat memerintah sebagai perkauman, Mahathir berkata, “itu kata mereka bukan kata saya.”

Beliau tetap mempertahankan pandangannya.Katanya, “saya menyatakan perkara yang benar, umpamanya di negeri Perak…pada satu ketika parti lawan menang dan menubuhkan kerajaan.Ikut undang-undang negeri Perak, Menteri Besar (MB) mestilah terdiri dari orang Melayu.

“Justeru itu PAS telah letak wakil rakyat mereka sebagai MB tapi jelas sekali MB ini ikut telunjuk DAP, sebab itu apabila MB itu jatuh…orang Cina bercakap mengenai kejatuhan ‘kerajaan Cina’…jadi mereka yang mengaku kata ini kerajaan Cina bukan kerajaan Pakatan …mereka akui sendiri, sebab itu mereka kata tidak akan sokong lagi BN kerana BN telah jatuhkan kerajaan Cina…”

Mengenai PRU 13, Mahathir memberitahu pandangannya lebih terpengaruh dengan maklumat yang diperolehinya.

“Orang Cina kata mereka tak dak sokongan pada BN… kenyataan ini mereka dibuat di mana saja, mereka tidak akan sokong BN.

“Kita dapati kalau UMNO umpamanya tidak menolak PERKASA, UMNO tidak dapat sokongan dari orang Cina…dengan orang Melayu pun tak dapat maka UMNO akan kalahlah, sebab itu sekarang ini mereka terpaksa melayan sebarang tuntutan walaupun yang menentang dasar awal yang kita persetujui.”

Mahathir berpendapat bagi mengembalikan perpaduan Melayu untuk terus memberi sokongan pada kerajaan dalam PRU 13 akan datang ialah terus mengingati perjuangan dalam politik bukan untuk diri sendiri, bukan untuk cari tempat diri sendiri dan perjuangan dalam politik ialah untuk menjayakan segala janji-janji melalui dasar-dasar penubuhan parti.

“UMNO umpamanya mesti berjuang untuk agama, bangsa dan tanahair bukan untuk seseorang…itu bukan perjuangan UMNO tapi saya nampak sekarang ini perjuangan dalam UMNO tertumpu pada hendak menaikkan orang kesayangan mereka,’ tambahnya.

Bacaan lanjut ... klik sini