Sunday, September 26, 2010

Kaji semula kuota kerusi komponen BN…apa kata Dr Mahathir?

Sumber: Agendadaily.com

Tun Dr Mahathir Mohamed menilai ada kebaikan dan ada keburukannnya jika dikaji semula kuota pembahagian kerusi kalangan komponen Barisan Nasional mengikut komposisi kaum di sesebuah kawasan pada pilihanraya umum akan datang.

Menjawab soalan Agendadaily semasa sidang media selepas Perhimpunan Melayu PERKASA Kelantan di pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas petang Sabtu bekas Perdana Menteri itu sebenarnya soal kuota itu tidak pernah menjadi masalah sejak dulu lagi dan ia cuma berbangkit baru-baru ini saja.

Beliau diminta mengulas pandangan sesetengah pihak bahawa kuota itu wajar disemak semula khususnya bagi kawasan yang jelas majoriti penduduknya orang Melayu.

Sekarang ini ada sebilangan kawasan yang penduduknya majoriti Melayu tetapi masa pilihanraya calon MCA,MIC atau Gerakan yang bertanding.

Ini yang adakalanya mencetuskan protes pengundi hingga mereka memangkah pembangkang.

Dr Mahathir berkata, “ianya ada kebaikan dan keburukannnya, kalau orang India sudah tentu tidak ada satupun kawasan yang mereka majoriti tapi kita sanggup bagi dan kita sokong manakala kaum India yang menjadi minoriti pula akan beri sokongan pada UMNO, MCA atau GERAKAN”.

Diminta mengulas lanjut tentang kenyataannya yang menganggap orang Melayu akan kehilangan kuasa sekiranya Pakatan Rakyat memerintah sebagai perkauman, Mahathir berkata, “itu kata mereka bukan kata saya.”

Beliau tetap mempertahankan pandangannya.Katanya, “saya menyatakan perkara yang benar, umpamanya di negeri Perak…pada satu ketika parti lawan menang dan menubuhkan kerajaan.Ikut undang-undang negeri Perak, Menteri Besar (MB) mestilah terdiri dari orang Melayu.

“Justeru itu PAS telah letak wakil rakyat mereka sebagai MB tapi jelas sekali MB ini ikut telunjuk DAP, sebab itu apabila MB itu jatuh…orang Cina bercakap mengenai kejatuhan ‘kerajaan Cina’…jadi mereka yang mengaku kata ini kerajaan Cina bukan kerajaan Pakatan …mereka akui sendiri, sebab itu mereka kata tidak akan sokong lagi BN kerana BN telah jatuhkan kerajaan Cina…”

Mengenai PRU 13, Mahathir memberitahu pandangannya lebih terpengaruh dengan maklumat yang diperolehinya.

“Orang Cina kata mereka tak dak sokongan pada BN… kenyataan ini mereka dibuat di mana saja, mereka tidak akan sokong BN.

“Kita dapati kalau UMNO umpamanya tidak menolak PERKASA, UMNO tidak dapat sokongan dari orang Cina…dengan orang Melayu pun tak dapat maka UMNO akan kalahlah, sebab itu sekarang ini mereka terpaksa melayan sebarang tuntutan walaupun yang menentang dasar awal yang kita persetujui.”

Mahathir berpendapat bagi mengembalikan perpaduan Melayu untuk terus memberi sokongan pada kerajaan dalam PRU 13 akan datang ialah terus mengingati perjuangan dalam politik bukan untuk diri sendiri, bukan untuk cari tempat diri sendiri dan perjuangan dalam politik ialah untuk menjayakan segala janji-janji melalui dasar-dasar penubuhan parti.

“UMNO umpamanya mesti berjuang untuk agama, bangsa dan tanahair bukan untuk seseorang…itu bukan perjuangan UMNO tapi saya nampak sekarang ini perjuangan dalam UMNO tertumpu pada hendak menaikkan orang kesayangan mereka,’ tambahnya.

Bacaan lanjut ... klik sini

No comments:

Post a Comment