Tuesday, February 1, 2011

Jalanraya Kg Mohimboyon-Kundasang : Usaha UMNO Ranau dibawah pimpinan YB Datuk Masidi Manjun

Dalam menyuarakan isu ini, pemuda UMNO Ranau tidak berniat untuk menunding mana-mana pihak tentang isu yang ingin dijelaskan. 

Penjelasan ini seharusnya dapat menerangkan apa cerita disebalik isu yang kini hangat dibicarakan di bibir masyarakat di Ranau khususnya penduduk-penduduk yang berada di  Kg Mohimboyon - Kundasang.

Usaha UMNO Ranau untuk memohon agar  Projek Naiktarap Jalanraya yang menghubungkan Kg Mohimboyon - Kundasang dapat diberi keutamaan penting dalam Rancangan Malaysia Ke-11.



UMNO Ranau berusaha menjemput YB Dato Shaziman Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia  untuk hadir merasmikan  Mesyuarat Perwakilan  UMNO Bahagian Ranau 2009 yang diadakan pada 1 Ogos 2009.

Youtube Ucapan YB Datuk Masidi & Dato Shaziman.


Dalam ucapan yang dibawah oleh Ketua UMNO Bahagian Ranau, YB Datuk Masidi Manjun semasa mesyuarat ini (sila lihat  Masa Video Youtube antara 7:00 - 8:.25), YB Datuk Masidi meminta agar YB Datuk Menteri Kerja Raya dapat membawa keluahan rakyat terutama sekali Jalanraya di Kg Mohimboyon - Kundasang agar jalan ini dapat diberi perhatian penuh dalam Racangan Malaysia Ke 11.

Selepas mesyuarat ini selesai dirasmikan, Ketua Pemuda UMNO Ranau, Saudara Faez Nordin mengiring YB Dato Menteri Kerja Raya melawat bagi melihat keadaan sebenar lokasi jalanraya seperti yang disebutkan oleh YB Datuk Masidi bagi membuktikan keperluan masyarakat memudahkan usaha-usaha pembangunan ekonomi desa diperkasakan.

Walau bagaimanapun, apa yang diinginkan tidak semestinya dapat dilaksanakan dengan segera untuk dilaksanakan dalam tahun 2010. Perkara utama yang dibawah dalam mesyuarat UMNO yang lalu seumpama sepi tanpa berita apa status semasa tentang projek ini.

Komitmen, tanggungjawab, ketegasan dan kepimpinan oleh YB Ketua UMNO Bahagian, YB Datuk Masidi berusaha mendesak  YB Datuk Shaziman Menteri Kerja Raya agar projek ini wajib dilaksanakan tanpa alasan untuk menangguhkan perlaksanaannya.

Syukur Alhamdullilah, usaha keras dan tindakan yang berterusan oleh YB Ketua UMNO Bahagian berjaya merealisasikan harapan masyarakat kita di Ranau. 

Terkini berita gembira dengan pengumuman bahawa projek ini bakal dilaksanakan secara rasminya pada tahun 2011.

Pemuda UMNO Ranau ingin menjelaskan cerita sebenar disebalik isu-isu yang berligar pada masa ini dengan mengemukakan fakta-fakta sebenar bagaimana usaha keras yang diambil oleh UMNO Bahagian kepada kejayaan projek ini. 

Dalam memperkatakan perkara ini, bukan bermaksud UMNO mahu jadi champion untuk semua, cuma hakikatnya masyarakat kita di Ranau perlu dimaklumkan bahawa setiap usaha-usaha itu perlu dilakukan bersama-sama dengan ikhlas demi untuk memberi kebaikan kepada rakyat bukannya menjadi mainan politik dalam mengaut populariti.

Tahniah kepada masyarakat di Ranau yang bakal menikmati jalanraya baru Mohimboyon-Kundasang. Semoga jalanraya ini sentiasa dijaga dan diselenggara dengan baik agar mendapat manfaat dalam segala urusan peningkatan ekonomi luar bandar.

Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada YB Dato Menteri Kerja Raya, Dato Shaziman Mansoor kerana menunaikan janji.



 







9 comments:

  1. Tembiruoh said...
    Ada 'rakan2' nakal yang cuba mengaku kununnya..karaja naik taraf jalan Kibbas-Mohimboyon,dorang punya usaha..puihhhh!!!!pigidaaahhh......nda sadar2, pulitik dorang ni..pulitik zaman batu...SANANG SAJA CAKAP!!!PUIIIIHH..

    ReplyDelete
  2. Bikin panassssssssssssssss................

    ReplyDelete
  3. Matlamat pemimpin kita adalah untuk berusaha membantu pembangunan masyarakat luar bandar.

    Datuk Masidi ada menyatakan bahawa dalam meningkatkan ekonomi desa di Ranau yang perlu diutamakan dahulu adalah aspek prasarana jalanraya.

    Jika prasarana ini disediakan, urusan jual beli memberi kebaikan kepada penduduk kampung menghantar produk jualan.

    ReplyDelete
  4. itu kami sudah maklum PUR...mcm ko inda tau pula ni kes....

    ReplyDelete
  5. kes mcm ni pun mau dipolotikkan ka bro... kan dah menjadi tanggungjawap anda. Bro harus ingat yang sudah berpuluh tahun berita pengaspalan jalan ini akan di buat.. selaqma ini di mana budget yang dikatakan itu? Tapi apapun tahniah kerana akhirnya berjaya juga dicapai harapan penduduk di sana. jangan saja jalan hanya di tolak tapi tak siap di aspal kerana "sebab2 tertentu lagi"

    ReplyDelete
  6. Sedihnya orang Ranau & keseluruhan penduduk Sabah di perbodohkan.. Populasi sedikit teda power,kuat minum lagi oh...

    ReplyDelete
  7. Saya lebih Menghormati & Respect kpd YB Datuk Masidi sekiranya berjaya meyakinkan & melobi Kerajaan Sabah menaikan cukai & harga arak tempatan & import 100%.. Cukuplah sistem pendidikan di Malaysia teruk. Tambah2 lagi dengan ketagihan alkohol oleh orang Dusun,bangsa kita,negeri kita ketinggalan jauh ke belakang.
    Merempat di negeri sendiri.

    ReplyDelete
  8. Knpa perlu umno...parti kompenenlain x ada ka...umno tu baik,cuma kn lebih baik parti dlm ngri sdri yg bt...srwk x pn umno......kpd parti kompenen bn yg lain..fikirkan la...umno jd udno...ok tk...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Instaforex