Saturday, May 30, 2009

Ketahuilah 10 fakta-fakta asas tentang HIV dan AIDS

Sejak kebelakangkan ini, gejala tidak sihat seperti pergaulan yang tidak terkawal melalaikan kita tentang kemungkinan kemudaratan yang bakal dihadapi bila berada diluar persekitaran yang bebas. Sebagai nasihat & panduan kita perlu memperkasakan jatidiri dalaman untuk menjauhi perkara-perkara yang tidak sihat agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Ketahuilah bahawa penyakit HIV/AIDS senantiasa menanti mangsa mereka tanpa ada belas kasihan. Hanya kekuatan dalaman dan pengetahuan berupaya membendung gejala ini. Setiap agama mengajar untuk mengerjakan perkara-perkara yang baik. Beringatlah selalu. Adalah hak anda untuk mengetahui penyakit ini.


1. AIDS disebabkan oleh HIV.

AIDS disebabkan oleh HIV, iaitu virus “human immunodeficiency”, yang merosakkan sistem pertahanan badan. Mereka yang mempunyai AIDS akan menjadi lemah disebabkan oleh badan mereka telah hilang keupayaan untuk menentang semua jenis penyakit. Mereka akhirnya akan meninggal dunia. Tiada penawar bagi HIV.

2. Bermulanya AIDS boleh mengambil masa sehingga sepuluh tahun.
Bermulanya AIDS boleh mengambil masa sehingga sepuluh tahun daripada jangkitan pertama virus HIV. Oleh itu seseorang yang telah dijangkiti HIV mungkin akan kelihatan dan rasa sihat untuk beberapa tahun, tetapi dia masih boleh menjangkiti orang lain dengan virus tersebut. Ubat-ubatan yang terbaru boleh membantu seseorang itu kekal hidup dengan sihat untuk jangkamasa yang lebih lama, tetapi dia masih mempunyai HIV dan masih boleh menjangkiti orang lain.

3. HIV dipindahkan melalui cecair badan yang telah dijangkiti HIV.
HIV dipindahkan melalui pertukaran mana-mana cecair badan yang telah dijangkiti oleh HIV. Jangkitan boleh berlaku pada mana-mana peringkat jangkitan/penyakit. Virus HIV boleh didapati pada cecair-cecair berikut: darah, air mani (dan cecair sebelum ejakulasi), cecair faraj, dan susu ibu.

4. HIV selalunya dijangkiti melalui hubungan seks.
HIV selalunya dijangkiti melalui seks dengan pasangan yang positif HIV. Ini disebabkan oleh cecair yang bercampur dan virus boleh bertukar, terutama sekali apabila terdapat luka pada tisu-tisu faraj, kecederaan atau jangkitan-jangkitan yang didapati melalui seks (STI). Budak perempuan adalah lebih terdedah kepada jangkitan HIV kerana selaput membran faraj mereka lebih nipis dan lebih senang untuk dijangkiti dibandingkan dengan wanita-wanita dewasa.

5. Mereka yang mempunyai jangkitan-jangkitan yang didapati melalui seks (STI) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan HIV.
Mereka yang mempunyai STI adalah berisiko tinggi untuk dijangkiti HIV dan menjangkiti orang lain. Mereka yang mempunyai STI patut mendapatkan rawatan secepat yang mungkin dan mengelakkan hubungan seks atau mengamalkan seks selamat (seks tanpa penembusan atau seks menggunakan kondom), dan memberitahu pasangan-pasangan mereka.

6. Risiko terhadap jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan.
Risiko terhadap jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan sekiranya mereka tidak melakukan seks, sekiranya pasangan mereka yang tidak dijangkiti hanya melakukan seks dengan satu sama lain sahaja dengan cara seks selamat – seks tanpa penembusan atau menggunakan kondom. Hanya ada satu cara sahaja untuk memastikan pencegahan HIV melalui seks ialah dengan tidak melakukan seks langsung.

7. Mereka yang menyuntik diri sendiri dengan dadah mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti dengan HIV.
HIV juga boleh dijangkiti apabila kulit tercedera atau dicucuk menggunakan jarum yang tidak steril picagari, pisau lipat, pisau atau lain-lain alat. Mereka yang menyuntik diri sendiri dengan dadah atau melakukan seks dengan pengguna-pengguna dadah adalah berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV. Lebih-lebih lagi, penggunaan dadah mengganggu pemikiran seseorang itu dan boleh membawa kepada kelakuan seksual yang berisiko, seperti tidak menggunakan kondom.

8. Hubungi pegawai kesihatan atau pusat HIV/AIDS untuk mendapatkan kaunseling dan ujian.
Sesiapa yang mensyaki yang mereka mungkin telah dijangkiti HIV patut menghubungi pegawai kesihatan atau pusat HIV/AIDS untuk mendapatkan kaunseling dan ujian secara sulit. Ia adalah hak anda. (Artikel 24 daripda Konvensyen Hak-hak Asasi Kanak-kanak).

9. HIV tidak boleh dijangkiti melalui sentuhan.
HIV tidak boleh dijangkiti melalui: pelukan, berjabat tangan; hubungan yang biasa setiap hari; menggunakan kolam renang, tempat duduk tandas; berkongsi kain alas katil, peralatan makanan, makanan; nyamuk dan lain-lain gigitan serangga; batuk, bersin.

10. Semua orang berhak untuk mendapatkan belas kasihan dan sokongan.
Mendiskriminasi terhadap mereka yang telah dijangkiti HIV atau sesiapa sahaja yang difikirkan mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan telah melanggar hak-hak kemanusiaan dan juga membahayakan kesihatan umum. Semua orang yang dijangkiti dengan atau menghadapi kesan HIV dan AIDS berhak mendapatkan belas kasihan dan sokongan

Sunday, May 24, 2009

Sejauh manakah Permahaman Anda Tentang Konsep 1Malaysia

Sejak konsep Satu Malaysia yang digagaskan oleh YAB Dato Seri Najib baru-baru ini, sejauh manakah permahaman kita tentang konsep yang dibawah itu melalui penyataan ini Satu Malaysia - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Saya suka untuk mengetengahkan hasil daripada Kolokium "1-Malaysia" yang bertemakan ‘Hala Tuju Ekonomi Bumiputera’ anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) untuk dibincangkan. Ikuti laporan lanjut disini

Kita umum mengetahui bahawa ada 8 ciri yang disebutkan dalam Satu Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Adakah harapan ini berupaya mengubah pandangan rakyat terhadap perubahan yang ingin dibawah oleh YAB Perdana Menteri kita. Adakah kenyataan yang dibuat oleh YAB PM semasa lawatan beliau ke Sabah baru-baru ini bahawa Sabah adalah contoh terbaik untuk konsep Satu Malaysia, berkaitan rapat tradisi perpaduan yang telah dipegang oleh Rakyat Sabah.

Saya rasakan perkara ini perlu ada penjelasan yang lanjut oleh pihak pemerintah agar sebarang kekeliruan dapat ditafsir dan diperbetulkan secara baik tanpa ada versi-versi tertentu.

Diharapkan anda dapat memberi pandangan agar kita bersama-sama berkongsi dan bertukar pendapat melalui platfom di ruang ini.

Tuesday, May 5, 2009

Pendekatan Strategik, Pemuda Umum 28 Biro, Sekretariat Dan Unit



Oleh Kazman Kamal

Bentong -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mengumumkan penubuhan 28 biro, sekretariat dan unit sebagai satu pendekatan perubahan strategik pergerakan itu bagi menarik golongan muda tanpa mengira kaum dan agama menyokong Barisan Nasional (BN).

Jelas beliau pendekatan itu juga berdasarkan lima rukun Pemuda iaitu Berprinsip, Inklusif, Proaktif, Relevan dan Bersatu.
Pada sidang media selepas berakhirnya Majlis Khemah Kerja Perdana Pemuda UMNO selama tiga hari di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik, beliau turut menghuraikan kelima-ima prinsip tersebut.


Jelasnya Berprinsip bermakna Pemuda tetap berpegang teguh kepada perjuangan asas UMNO, agama, bangsa dan negara serta mempertahankan perlembagaan, rukun negara, kontrak sosial dan perkongsian kuasa.

Pemuda Inklusif pula kata beliau adalah dengan memberi fokus kepada usaha bukan saja pada ahli UMNO tetapi juga generasi muda tanpa mengira kaum yang tidak berparti dan tidak menyokong UMNO.

Beliau berkata, Pemuda yang proaktif bermaksud tidak perlu menunggu sebarang arahan untuk menyelesaikan masalah dan ia perlu dilakukan dengan pantas dan berkesan sebelum ia menjadi krisis yang besar.

Bagi menjadikan Pemuda Relevan pula tambah beliau semua program Pemuda diubahsuai mengikut cita rasa golongan muda dengan menggunakan saluran komunikasi seperti media baru, facebook dan lain-lain.

Sementara yang terakhir prinsip tersebut iaitu Bersatu membawa maksud Pemuda yang bersatu tanpa ada sikap berpuak-puak dan terikut-ikut dengan politik pecah belah.


Berikut adalah senari lengkap Biro, Sekretariat dan Unit yang diwujudkan.


Biro Politik – Khairy Jamaluddin

Sekretariat Pengurusan – Datuk Razali Ibrahim

Sekretariat Penerangan – Datuk Reezal Merican Naina Merican

Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan – Soohaimi Shahadan

Biro Pertanian dan Industri Asas Tani – Zubir Zabidi

Biro Antarabangsa/Aman Malaysia – Datuk Ahmad Zaki Zahid

Sekretariat Hal Ehwal Luar Bandar – Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak

Sekretariat Hal Ehwal Bandar – Tengku Azman Tengku Zainal Abidin

Biro Putera UMNO – Megat Zulkarnain Omardin

Biro Perhubungan NGO – Suffian Awang

Biro Keahlian dan Pemilih – Hishammuddin Yahaya

Biro Pendidikan Politik – Ali Mazat

Biro Pelajaran – Mohd Gasing Saling

Biro Pengajian Tinggi – Syahrin Jamaluddin

Biro Agama - Ustaz Mohd Afandi Yusof

Biro Aduan Komuniti – Datuk Mohamad Khairun Aseh

Biro Sukan – Datuk Ahmad Darus

Biro Kebudayaan dan Kesenian – Jamawi Jaafar

Biro Sosio Etika – Mohamad Iruan Zulkefli

Sekretariat Profesional Muda – Shafiqurrahman Shamsuddin

Sekretariat Pekerja Muda – Nazir Hussin Akhtar Hussin

Sekretariat Perhubungan Kerajaan – Badrol Hisham Zaki

Sekretariat Pemuda BN dan Satu Malaysia – Mohd Faizal Ramli

Unit Pidato dan Penghujahan Umum – Lokman Noor Adam

Unit Media Baru – Tun Faisal Ismail Aziz

Unit Perang Saraf – Mohd Anis Hisham Abd Aziz

Akademi Pemuda – Khairul Azwan Harun

Biro Tugas-tugas Khas – Abdul Razak Abdul Rahman

Friday, May 1, 2009

RM20j bantu belia bertani

BERA: Kementerian Belia dan Sukan menyediakan peruntukan RM20 juta menerusi Tabung Ekonomi Belia (TEB) untuk membantu belia yang terbabit dengan kegiatan pertanian.

Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata menerusi tabung itu, belia yang mengusahakan pertanian boleh memohon pinjaman antara RM15,000 hingga RM50,000.

"Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sentiasa memberi penekanan terhadap pertanian sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
"Abdullah memberi fokus kepada bidang pertanian dan mahu memperhebatkan gerakan pertanian di negara ini," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-31 Pertubuhan Peladang Kawasan Bera di Kerayong, semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guai, Norol Azali Sulaiman dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Bera, Abu Bakar Abdul Kadir.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, belia perlu merebut kemudahan disediakan kerana bidang pertanian kini bukan saja memberi pulangan lumayan, malah dapat mengurangkan pergantungan negara kepada makanan negara luar.

Katanya, pinjaman TEB dibuka kepada belia yang berumur bawah 40 tahun dengan seorang penjamin.

Beliau yakin krisis kekurangan bekalan makanan dapat diatasi jika beliau mengambil kesempatan mengusahakan tanah terbiar dengan projek pertanian terutama sawah.

Sehubungan itu, Ismail meminta pertubuhan peladang dan agensi pertanian mengenal pasti kawasan tanah terbiar yang boleh dibangunkan untuk tujuan pertanian.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan Tabung Pendidikan LPP kepada 52 pelajar cemerlang, manakala tabung kebajikan ahli (sembilan) dan sijil penghargaan (sembilan).
Instaforex