Wednesday, February 24, 2010

Kekalkan jawatan Pengerusi BN Parlimen Ranau

Dalam kenyataan akhbar yang disiarkan dalam akhbar tempatan di sini baru-baru ini, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ranau yang dipimpin oleh Ketua Pemuda, Saudara Faez Ainstein Nordin, berharap desas desus berkaitan pertukaran jawatan Pengerusi BN oleh parti komponen BN lain adalah tidak benar . Ini kerana secara tradisinya sejak dahulu lagi jawatan Pengerusi BN di bahagian diterajui oleh UMNO iaitu Ketua UMNO Bahagian masing-masing dan ia seharusnya tidak akan ada berlaku perubahan dan perlu dikekalkan.

Di Parlimen Ranau, jawatan Pengerusi BN pada masa ini disandang oleh YB Datuk Masidi Manjun Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang juga Ketua UMNO Bahagian Ranau merangkap wakil rakyat DUN Karanaan.

Pergerakan Pemuda UMNO Ranau sentiasa berada dihadapan untuk mempertahankan agar Pengerusi BN Parlimen Ranau dikekalkan kerana rekod kerja pemimpin-pemimpin yang diterajui oleh UMNO itu sendiri sebenarnya berjaya membawa keharmonian dan perpaduan yang cukup baik di Ranau.

Jikalau desas-desus ini benar, Pemuda UMNO Ranau bimbang ini akan menimbulkan banyak masalah khususnya di peringkat akar umbi dan kesannya akan dirasai pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Sebeanrnya, perkara ini tidak perlu disentuh untuk kebaikan bersama, yang paling utama adalah mengekalkan momentum sokongan rakyat terhadap BN perlu diteruskan. Semua wakil rakyat di Ranau yang masing-masing terdiri daripada parti UMNO, UPKO, dan PBS telah menunjukkan komitmen dan usaha kerja keras membela nasib rakyat sejak dari dahulu lagi.

Jadi, tidak perlulah menyentuh 'Jawatan Pengerusi BN" ini lagi. Banyak isu-isu setempat yang lain seharusnya diselesaikan dahulu daripada menjadi hero merebut jawatan yang ini. Jangan menjolok sarang tebuan jika rakyat Ranau sudah selesa dengan peranan yang diambil oleh Pengerusi BN sedia ada.
Instaforex