Monday, December 21, 2009

Program Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR)

Info tentang program SUBUR yang kini hangat diperkatakan di daerah Ranau. Harap info yang disediakan ini dapat difahami tujuan sebenar hasrat kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat. Walaubagaimanapun, kriteria-kriteria tertentu perlu ditelitidan dinilai agar program ini berjaya hingga ke golongan sasaran.

Dapatkan Borang Program SUBUR disini

Berikut adalah info lanjut seperti dibawah:-

Majlis Taklimat Mengenai Penggunaan Baucar Beras Di bawah Program Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR) Kepada Pengerusi dan Urusetia MPPP pada 12 Oktober 2009 (Isnin) di PWTC Kuala Lumpur

Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR)

Latar Belakang Program

Kajian oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mendapati keperluan sebenar beras ST15% oleh golongan sasar hanyalah sekitar 6,000 tan metrik sebulan, sedangkan pada masa ini (sejak 1 April 2009) sebanyak 40,000 tan metrik sebulan disubsidi oleh Kerajaan. Oleh itu, pada hakikat sebenarnya, adalah tidak tepat jika banyak pihak terus-terusan mendakwa bahawa bekalan beras ST15% tidak cukup di pasaran seandainya semua pihak memahami matlamat sebenar beras ST15% ini disubsidi oleh Kerajaan.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mencadangkan supaya kaedah pelaksanaan program subsidi beras ST15% sedia ada tidak diteruskan selepas 30 November 2009 dan diganti dengan kaedah baru iaitu pemberian baucar kepada golongan sasar di bawah program yang dipanggil Program “Subsidi Beras Untuk Rakyat” atau ringkasnya SUBUR. Program ini akan dilaksanakan bermula 1 Disember 2009.

Faedah Yang Dijangkakan

Pelaksanaan Program SUBUR dan penggunaan baucar bagi pembelian beras dijangka dapat mencapai matlamat berikut:

(i) memastikan subsidi Kerajaan sampai sepenuhnya kepada golongan sasar. Ini bermakna hak golongan miskin dikembalikan kepada mereka;

(ii)menghentikan penyelewengan bekalan beras subsidi ST15% dan sekali gus menutup ruang-ruang berlakunya ketirisan; dan

(iii)menjimatkan perbelanjaan Kerajaan dalam pemberian subsidi beras kepada rakyat. Peruntukan daripada penjimatan ini boleh disalurkan kepada golongan atau sektor lain.

Kos Program

Pelaksanaan Program SUBUR dan penggunaan baucar seperti yang dicadangkan akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan dalam bentuk subsidi sebanyak RM8,250,854 sebulan.

Tempoh dan Jadual Pelaksanaan

Penggunaan baucar di bawah Program SUBUR akan mula dilaksanakan mulai 1 Disember 2009. Tempoh dua bulan ini akan digunakan untuk menyusun aktiviti berkaitan bagi memantapkan pelaksanaan dalam usaha mengurangkan sebarang masalah apabila Program SUBUR dimulakan.

Bil Tarikh Aktiviti
  1. 5 Oktober 2009 Mesyuarat Bersama Agensi
  2. 12 Oktober 2009 Taklimat kepada Pengerusi dan Urus setia Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP)
  3. 18 – 31 Oktober 2009 Majlis Penyerahan Baucar Kepada Golongan Sasar
  4. 1 – 30 November 2009 Menerima Pertanyaan atau Aduan Berkenaan Program SUBUR (jika ada)
  5. 1 Disember 2009 Pelaksanaan Program SUBUR

Senarai Golongan Sasar

Golongan sasar yang layak menerima baucar di bawah Program SUBUR adalah seperti berikut:

(i) daripada senarai eKasih

- Miskin tegar (43,509 keluarga)

- Miskin (56,551 keluarga)

- Mudah Miskin iaitu golongan pendapatan rendah (86,364 keluarga)

(ii) Orang Asli

- Miskin tegar (8,808 keluarga)

- Miskin (4,834 keluarga)

(iii) Institusi Kebajikan (57 buah dengan penghuni seramai 7,545 orang)


MEKANISME PELAKSANAAN

* Setiap keluarga akan diberi 1 hingga 3 keping baucar (jumlah maksimum) iaitu bergantung pada jumlah ahli dalam satu-satu keluarga.
* Baucar diagihkan setiap 6 bulan dan disampaikan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP).
* Baucar ditebus untuk mendapatkan ST15% dan SST5% di mana-mana kedai runcit mempunyai Lesen Beras Runcit sahaja. Kawalselia akan mengeluarkan arahan kepada semua peruncit supaya menerima baucar yang ditebus, sekiranya terdapat aduan peruncit enggan menerima baucar, tindakan sewajarnya akan diambil.
* baucar dicetak oleh Pencetak Kerajaan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan pemalsuan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia
2. Pendapatan di bawah RM1,500 (di bandar) dan RM1,000 (di luar bandar)
3. Permohonan boleh dikemukakan di pejabat agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang berhampiran seperti berikut:
* Kawalselia Padi dan Beras Negeri dan Ibu Pejabat
* Jabatan Pertanian
* Jabatan Perikanan Malaysia
* Jabatan Veterinar Malaysia
* Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
* Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
* Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
* Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
* Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
* Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
* Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB)
* Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
* Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA)
* Bank Pertanian Malaysia (Agrobank)
4. Permohonan juga boleh dibuat secara terus melalui:
* Pejabat Pembangunan Negeri.
* Pejabat Daerah.
* Pejabat Pembangunan Persekutuan Zon.
5. Borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dikemukakan kepada mana-mana pejabat Jabatan/Agensi di atas untuk tindakan Urus setia MPPP.

Baucar akan diagihkan setiap 6 bulan kepada golongan sasar yang dikenal pasti mengikut kawasan Parlimen dan disampaikan ahli Parlimen Barisan Nasional atau Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP). Penerima boleh menggunakan baucar tersebut bagi membeli beras di mana-mana premis peruncit sedia ada yang menjual beras gred berkenaan. Pemborong pula boleh mengemukakan baucar tersebut kepada Pejabat Kawalselia Padi dan Beras Negeri-Negeri atau Ibu Pejabat untuk menuntut bayaran.


Wednesday, December 16, 2009

Tahniah & Syabas Ahli Parlimen Ranau Datuk Siringan Gubat

Pemuda UMNO Ranau berasa bangga atas komitmen & tanggungjawab yang ditujukan oleh Ahli Parlimen Ranau kita, Datuk Siringan Gubat semasa menghadiri debaran seamsa meluluskan Budget 2010 di Dewan Rakyat pada 14 Disember, Isnin lepas.

Dalam meluluskan Budget 2010, kehadirian ahli Parlimen BN yang seramai 66 orang mendapat hanya kelebihan tiga undi berbanding pihak pembangkang iaitu dengan keputusan 66-63 melalui undian belah bahagian. Jika pembangkang berjaya ke atas keputusan pengundian, ini memungkinkan akan menyaksikan perubahan kerajaan.

Bayangkan jika tewas dalam undi ini kesannya kerajaan BN akan kehilangan kuasa sekiranya bajet itu tidak diluluskan oleh Dewan Rakyat, ini sudah pasti usaha untuk mentadbir kerajaan akan terbantut dan memberi impak yang besar kepada pembangunan dan ekonomi negara. Masa yang panjang diperlukan lagi untuk pembentangan budget seterusnya.

Menurut laporan media, perkara ini dikatakan sebagai satu gerakan terancang untuk ‘perangkap’ Ahli Parlimen BN agar tidak menyedari jumlah Ahli Parlimen pembangkang yang hadir agar mereka dapat menggunakan strategi "Undi Belah Bahagian" menggagalkan kelulusan Budget 2010.

Untuk cerita penuh disini


Syabas & tahniah sekali lagi YB Datuk Siringan Gubat, ahli Parlimen Ranau.

Tuesday, December 15, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Salam Maal Hijrah diucapkan kepada seluruh warga Ranau khasnya dan masyarakat Malaysia amnya. Ini bererti kita akan berada tahun baru Islam, 1431 Hijrah tidak lama lagi.

Pemuda UMNO Ranau berharap ini akan menyuntik semangat semangat baru, azam baru, matlamat serta cita-cita baru yang ingin dicapai dalam tahun baru ini. Insyallah.

Jadikan tahun baru ini sebagai wadah untuk memikirkan apakah impian dan perkara yang ingin kita rancangkan untuk dicapai sepanjang tahun baru ini terutama sekali dalam mengharungi perjalanan kehidupan yang pelbagai corak ragamnya. Rancang sesuatu yang berguna agar setiap aktiviti itu diikuti dengan penuh dedikasi. Lakukan sesuatu dengan penuh komitmen tanpa bertangguh kerna sikap yang bertangguh merugikan diri sendiri. Jadikan diri lebih proaktif lebih baik sebelum ini nescaya kejayaan berkat usaha gigih mampu dicapai.

Rancang dan bertindak segera. Jangan lupa berdoa kepadaNYA, dan Hijrah kepada yang lebih baik kerana Allah SWT. Amin.

Thursday, December 10, 2009

Kursus Orientasi Perdana Pemuda UMNO Malaysia

Semangat yang ditunjukkan "Rakan Pembela Rakyat" dicetuskan oleh Pemuda UMNO Sabah. Berjuang bersatu seiring dengan lirik lagu "Ikrar Pemuda" memegang harapan pelapis kepimpinan masa depan.

Kursus ini merupakan wadah dalam memperkasakan Pergerakan Pemuda UMNO semasa mengikuti Kursus Orientasi Perdana Pemuda UMNO Malaysia.


Harapan dan tanggungjawab ini yang perlu digalas & dipegang untuk dihayati dan dijadikan pendoman.

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA QURBAN

Kesempatan ini Pergerakan Pemuda UMNO Ranau mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Qurban kepada warga Ranau yang beragama Islam khasnya dan seluruh masyarakat Malaysia.

Semoga intipati perayaan ini dapat dihayati dengan sepenuhnya agar kita senantiasa mendapat keredhaan dan rasa bersyukur kepada Allah SWT.

Selamat Menyambut Aidil Adha.


..
Pemuda UMNO Ranau

Friday, November 13, 2009

Teks Ucapan Belanjawan Negeri Sabah 2010

UCAPAN BAJET 2010

oleh
Y.A.B. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HJ. AMAN
KETUA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN SABAH

DI PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI
PADA 13 NOVEMBER 2009 (JUMAAT)

“KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN YANG BERTERUSAN”

Teks ucapan tersebut di atas boleh dibaca disini

Pantun Penutup Ucapan oleh YAB Ketua Menteri Sabah

Negeri Sabah sudah terkenal
Buminya indah menawan hati
Betapa prihatin Kerajaan Barisan Nasional
Kepada rakyat kita berbakti

Acara & Aktiviti Semasa Bulan November 2009


1. Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Antara Cawangan merebut Piala Ketua UMNO Bahagian Ranau 2009 pada 29-30 November 2009 bertempat Padang Pekan Ranau.
Hubungi Urusetia Kejohanan: Sdr Harinin @ Agang (0199709778) - Pengerusi Penganjur merangkap Pengerusi Biro Sukan Pemuda UMNO Ranau & Sdr Patrick @ Apit (0168289089)


2. Program Dakwah Biro Agama UMNO Ranau bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)
(a) Program Mesra Desa pada 11 - 13 November 2009 bertempat Kg Matupang, Ranau.
(b) Program Pemantapan Akidah pada 14 November 2009 bertempat Kg Marungin 2, Ranau.
(c) Program Mesra Desa pada 24 - 25 November 2009 bertempat Kg Sosondoton, Ranau.
Masyarakat Islam dan ahli UMNO yang bermiant dan yang berdekatan dengan tempat program-program ini dijalankan dijemput hadir.

3. Program Gotong Royong Membersihkan Perkuburan Kg Lohan Ulu bersama masyarakat Kg Lohan Ulu, Ranau pada 21 November 2009 pada jam 8.00 pagi.

Friday, October 16, 2009

Jangan eksploitasi kaedah pemilihan baru - Najib

KUALA LUMPUR 16 Okt — Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada anggota Umno supaya tidak mengeksploitasi kaedah baru pemilihan jawatan dalam parti itu.

Presiden Umno itu berkata walaupun sistem pemilihan jawatan itu lebih ketat, namun ia menjurus kepada anggota parti untuk membuat perubahan supaya menjadi lebih baik.

"Kita nak ubah manusia, susah. Jadi kita buat satu sistem yang lebih ketat supaya orang buat perubahan. Lambat laun mereka ini jadi orang baik, insya-Allah.

"Saya beritahu, jangan sekali-kali merosakkan, mengeksploitasikan sistem yang baru ini. Kita serius, jangan...minta maaf. Kalau cuba (lakukan) alamat masing-masing tanggung (padahnya),” katanya dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno 2009, di sini hari ini.

Beliau berkata kaedah pemilihan baru yang menuntut anggota Umno membuat perubahan adalah bagi menampilkan imej Umno yang bersih, berintegriti dan disenangi oleh rakyat.

"Bila rakyat lihat Umno, parti ini betul-betul nak tolong, nak bantu, nak jadi juara kepada rakyat. Bukan kalut dan berbalah sesama kita.

"Bukan kita nak dapatkan kontrak...boleh, tetapi kita mesti boleh buat kerja. Saya nak Umno menjadi juara kepada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau cukup yakin Umno kini sudah bersedia untuk membuat perubahan dan berjaya sebagai sebuah parti yang kuat.

Beliau berkata keyakinannya itu berdasarkan kepada semangat “luar biasa"

yang ditunjukkan pemimpin Umno ketika menghadiri Perhimpunan Agung Umno kali ini.

"Saya katakan perhimpunan agung kali ini antara yang terbaik sejak saya mula menghadirinya pada 1976 kerana saya melihat, kita telah menghadapi ujian yang begitu besar dan selama setahun saya agak gusar, gundah gulana hati saya melihat sama ada anggota parti sudah pulih daripada segi semangat.

"Sudah boleh bangkit semula atau tidak? Sudah sedar atau pun tidak? Sudah benar-benar insaf atau tidak. Maka hari ini apabila saya berdiri di hadapan tuan-tuan, segala kesangsian itu sudah luput sama sekali.

"Saya berani katakan dan cukup yakin bahawa Umno pada saat dan ketika ini bersedia untuk bangkit, bangun sebagai satu kekuatan baru,” katanya.

Bagi memastikan Umno menjadi kuat, Najib mengingatkan pemimpin dan anggota Umno supaya membuang kelakuan atau perangai yang tidak baik dan perubahan itu tidak semestinya melibatkan peruntukan.

"Kalau berubah dari malas jadi rajin, tak perlu peruntukan. Kalau siang, malam turun bawah jumpa rakyat, tak perlu peruntukan, dia boleh kerja.

"Selepas itu kalau dia jenis sombong, sekarang dia bersifat rendah diri, tidak perlu peruntukan. Kalau dia suka berdebat kepada suka bekerja. Tetapi kalau nak tambah aktiviti atau program, kita sanggup beri peruntukan tambahan,” katanya.

Dalam pada itu, Najib melihat semangat anggota Umno berkobar-kobar untuk membuat perubahan bagi memastikan parti itu menjadi lebih kuat.

"Saya nak tanya adakah tuan-tuan bersedia untuk berubah, bekerja, mendekati rakyat, jadi parti yang kuat, berkhidmat untuk rakyat,” soalnya, disambut laungan “Ya” oleh hadirin di Dewan Merdeka, tempat berlangsungnya perhimpunan.

"Jadi kita sudah bersedia, semboyan sudah berbunyi. Marilah kita bingkas bersama...ke desa, kota sebarkan Umno. Kuatkan semangat kita untuk berjuang habis-habisan. Insya-Allah Umno akan menjadi parti yang kuat dan berjaya,” katanya.

Sumber: Bernama

UMNO akan lebih ramai ahli muda

Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keputusan perwakilan memberi kuasa kepada Ketua Pemuda Cawangan untuk menerima dan mengesahkan keahlian amat bersesuaian memandangkan keahlian baru UMNO terdiri dari anak muda Melayu yang ingin bersama berjuang dalam parti.

“Perubahan yang telah dilaksanakan kepada perlembagaan parti akan menghak-upayakan Pemuda untuk mencapai KPI yang digariskan oleh Timbalan Presiden. Pemuda akan menganjurkan kursus untuk meningkatkan semangat dan kesedaran berpasukan di kalangan pimpinan Pemuda dalam usaha memenangi undi golongan muda.

“Kami juga bercadang menubuhkan satu war room Pemuda dengan skop khusus kepada strategi memenangi undi rakyat, khususnya undi orang muda di pilihanraya, baik Pilihanraya Umum mahupun Kecil,” tambahnya.

Khairy berkata berkata pendekatan terbaik untuk merapatkan diri dengan golongan muda ialah dengan menggunakan pelantar media yang kontemporari seperti saluran media baru, terutamanya internet.

”Parti kita harus se-generasi dan mempunyai menu dan selera yang sama dengan mereka seperti yang diamalkan sendiri oleh Presiden menerusi laman webnya, akaun twitter, facebook, youtube serta flickr,” katanya.

Ketua Pergerakan Puteri, Datuk Rosnah Rashid Shirlin pula dalam penggulungannya berkata, agenda utama Puteri ialah memasyarakatkan parti serta merakyatkan UMNO.

“Kami akan menggunakan pendekatan yang lebih sistematik dalam usaha meningkatkan keahlian dan antar a langkah utama ialah memperbanyakkan program yang membabitkan pelajar IPTA dan IPTS. Selain itu Puteri juga akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan pengetahuan dalam perang psikologi dan menambahkan pusat latihan kepada ahli,” katanya.

Sementara itu Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata, keputusan perwakilan menerima pindaan perlembagaan bagi mengarusperdanakan kepimpinan wanita telah menbuka satu lembaran baru.

“Kami berjanji akan membekalkan diri dengan peningkatan kepakaran, ilmu, keyakinan, jati diri, integriti, fokus dan berdisplin untuk mengorak langkah dan mendidik generasi yang berkualiti untuk berjuang habis-habisan ke arah kemenangan pilihanraya ke-13

Sumber: Agenda Daily

Friday, October 9, 2009

Cabaran Battle of The Bands "1 Pentas Menjejak Juara" Bersama Sham Kamikaze (Tarikh: 22-24 Okt 2009)

Cabaran BATTLE OF THE BANDS "1 PENTAS MENJEJAK JUARA" Bersama SHAM KAMIKAZE
Sempena Pesta Kubis 2009 di Kundasang, Sabah.

Cabaran Battle of The Bands ini merupakan satu penganjuran istimewa oleh AJK Kebudayan Pesta Kobis yang secara uniknya dianjurkan bagi memeriahkan lagi Sambutan Pesta Kubis di Pentas Budaya, Pekan Kundasang, Sabah.

Penganjuran pertandingan ini menjemput dan memberi cabaran kepada bakat-bakat berkumpulan (group bands) yang ada di seluruh Sabah seperti mana tema yang diberikan "1 Pentas Menjejak Juara".

Hadiah lumayan yang bakal ditawarkan adalah:-
1. Johan - Wang Tunai RM1,000 + Piala + Sijil Penyertaan
2. Naib Johan - Wang Tunai RM750.00 + Piala + Sijil Penyertaan
3. Ketiga - Wang Tunai RM500 + Piala + Sijil Penyertaan
4. Hadiah Saguhati - Piala + Sijil Penyertaan

Tarikh pertandingan ini bermula pada 22-25 Oktober 2009 bertempat di Pentas Budaya, Pekan Kundasang, Ranau, Sabah.

Borang Penyertaan boleh diperolehi disini. Borang Penyertaan

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web ini Battle of The Bands Blog

Friday, September 18, 2009

Salam Hari Raya Aidilfitri

Saturday, September 12, 2009

Ambil iktibar daripada Lanskap Politik Jepun

Sumber ini diambil daripada chedet.com @ Tun Mahathir Blog.

Satu kupasan yang perlu dihayati oleh Pemimpin UMNO khususnya dan BN khasnya. Adakah trend penerimaan masyarakat berubah sepertimana yang berlaku di negara Jepun disebabkan ketidakcekapan sistem pengurusan pentadbiran oleh pemimpin pemerintah tersebut. Mungkin kata-kata oleh mantan PM Malaysia dibawah ini mampu memberi sesuatu cetusan perubahan paradigma dalam politik Malaysia dalam menentu hala tuju politik kerajaan Barisan Nasional.

Ikutilah blog beliau berikut ini ...

1. The Liberal Democratic Party of Japan which had ruled the country since World War II has been trounced by the Democratic Party of Japan in the recent election.

2. This follows the trend which many political parties which had struggled and achieved independence had undergone. The Mashumi Party of Indonesia, the Muslim League of Pakistan, the parties which wrested independence for numerous African countries have all but disappeared.

3. It seems as if the people no longer cared for the struggles and the sacrifices that had been made by those parties and their leaders. It seems as if the beneficiaries of these struggles do not know how to be grateful.

4. But is it true that they are ungrateful? There is some truth but if we care to examine we will find that the independence fighters, and their successors, the builders of the countries after independence have changed almost completely.

5. They have almost all become greedy and arrogant. They no longer care for the country or the people.They are almost invariably preoccupied with their status and their selfish needs. They have lost touch with their followers or the descendants of their followers. The spirit which had moved their founders seem no longer to be there.

6. Will UMNO and the BN - the successors of the Alliance which had wrested independence for Malaysia escape the fate that had befallen all these pioneer parties? From present showing it is likely that they would share the same fate.

7. That the rot has set in there can be no doubt. Corruption is now rampant in UMNO and the other component parties. Power struggles have emasculated them. Leaders have a strong desire to stay in office even though they have outlived their usefulness.

8. With such leaders the country and the people have been neglected. In the last decade despite talks of billions of Ringgit being allocated for corridors etc. there is no visible or tangible evidence. There is nothing to show for the 250 billion Ringgit extra that Petronas had paid to the Government.

9. It is strange to find that Malaysia has been outstripped by its neighbours. It is no longer the leading nation in the region. Certainly it is no longer regarded as a model.

10. Malaysia's voters, especially the Malays have always been strongly loyal. Yet there is evidence that in 2008 many of these loyalists had voted for the opposition. States which had been Barisan Nasional strongholds are now ruled by the opposition.

11. Will the next election see the same phenomenon as in Japan? It is not entirely impossible. The younger voters are said to be disenchanted by the party that won the independence. That was history and it has less meaning for the young.

12. The only thing that would save the BN is the lack-luster performance of the opposition. The alternative is not a real alternative. But if the performance of the BN Government and parties fails to gain confidence, the frustrated voters might just do what the Japanese voters did - dump the party they had supported for more than half a century.

13. It behoves the BN to take notice of the inevitability of the demise of the party which had gained independence for the country. It had staved off the fate before. Can it do so again?

14. In just three years' time the new elections will be held. Time is obviously running short. Unless some drastic change is shown in the way the country is run and the people are served, the BN will join the other grand old party in the rubbish heap of history.

Friday, September 4, 2009

Finalis Pertandingan Lagu Satu Malaysia

Lagu: Malaysia Satu by Faizal Tahir


Lagu: Satu by Tomok


Lagu: Nyanyikan Lagu Mu by Maya Karin



Many thanks to owner of youtube revolusi99 to provide us these links.

Monday, August 31, 2009

Pertahankan keistimewaan perpaduan rakyat berbilang kaum

Sumber: Utusan Malaysia

HARI ini semua rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-52. Tetapi suasana sambutan di seluruh negara tidak seperti biasa kerana ulang tahun kemerdekaan jatuh pada bulan puasa Ramadan. Sambutan di peringkat Pusat, dibuat sederhana di Dataran Parlimen.

Usia 52 tahun amat besar maknanya. Pelbagai peristiwa dan pengalaman pahit manis telah kita sama-sama harungi.

Apabila menonton iklan hari kemerdekaan di televisyen, ia membawa kenangan manis dan menyentuh jiwa semua lapisan masyarakat kita yang berbilang kaum.

Dalam suasana hubungan kaum yang kini diasak dengan tindakan provokasi dan tuduhan melampau demi kepentingan kaum masing-masing, elok kita sama-sama renung dan fikirkan apa akan kita lakukan selepas ini. Adakah semua kaum di negara ini mahu bercakaran dan musnahkan perpaduan yang telah dijalin sejak lebih 52 tahun itu?

Ada kebenaran dalam perutusan Hari Kemerdekaan Perdana Menteri bahawa membaik pulih jambatan sedia ada di samping meruntuhkan tembok-tembok pemisah yang wujud di antara rakyat pelbagai kaum adalah cabaran terbesar negara.

Jika kita buka minda dan fikirkan, kekeruhan hubungan antara kaum sebelum Mac 2008 tidaklah seburuk seperti sekarang. Semua kaum berbaik sangka dan tidak timbul tuduh-menuduh dan mencabar Perlembagaan negara. Hakikatnya perpaduan kaum yang diasaskan oleh pejuang-pejuang terdahulu kini diasak dan cuba digoncang pihak tertentu kerana mahu rebut kuasa.

Perpaduan kaum adalah tunjang kekuatan dan kemakmuran Malaysia. Jika tunjang ini ditetak-tetak selalu, akhirnya ia akan musnah.

Begitu juga dengan perpaduan kaum, jika tidak dipelihara, kesan kemusnahannya sukar untuk dipulihkan seperti dahulu.

Sebab itu berulang-ulang kali pemimpin negara mengingatkan kita supaya pertahankan perpaduan kaum. Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengingat tentang sejarah dunia yang sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus dengan baik akan berakhir dengan kegagalan.

Bacaan lanjut disini

Sunday, August 30, 2009

Suburkan kasih sayang kita dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52



Detik-detik ini mengimbau kembali sejarah negara kita bebas daripada belenggu penjajahan dan menandakan bahawa kita sebenarnya kini merdeka dan harmoni dalam membawa kegemilangan kepada hala tuju pembangunan negara yang tercinta. Suburkan kasih sayang, tanamkan kecintaan dan kesetiaan kita kepada negara sebagai satu tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT atas anugerah nikmat kemerdekaan ini.

Justeru itu, tuntutan ini perlu diperlihara agar aspek kesedaran dalam mempertahankan maruah bernegara dan kesedaran membela negara dibangunkan secara berterusan sebagai warisan dari satu generasi ke satu generasi.

Kita berbangga dilahirkan di bumi Malaysia yang tercinta, harmoni dan aman.

Kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Salam Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-52 dan Salam 1 Malaysia serta Salam Perpaduan kepada seluruh warga Malaysia yang berbilang bangsa.

Ikhlas daripada UMNO Bahagian P.179 Ranau

Saturday, August 29, 2009

Speech by Datuk Masidi at Battle of The Band - Sabah Open

This video klip taken on 26 July 2009 at Pentas Budaya, Kundasang during final event of Battle of The Band.

Monday, August 17, 2009

Wednesday, August 12, 2009

Kasitah Gaddam bebas tuduhan rasuah


GEMBIRA...Bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada pertuduhan rasuah dan penipuan melibatkan saham milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) pada 1996.Beliau gembira meraikan pembebasannya bersama isteri dan barisan peguamnya. Foto SIN CHEW.

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam hari ini (Rabu, 12 Ogos 2009) dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada pertuduhan rasuah dan penipuan melibatkan saham milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) pada 1996.

Hakim Suraya Othman memutuskan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua pertuduhan untuk membolehkan mahkamah memanggil Kasitah untuk membela diri.

"Berdasarkan pernilaian maksimum terhadap keterangan yang dikemukakan sepanjang kes pendakwaan, intipati penting bagi keduadua pertuduhan tidak dibuktikan melalui fakta di mahkamah.

"Dalam keadaan itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada keduadua pertuduhan yang dihadapinya," kata Suraya dalam penghakiman setebal 73 muka surat.

Kasitah, 62, yang jelas gembira memberitahu pemberita yang beliau amat lega dan gembira dengan keputusan itu dan akan segera pergi mengunjungi ibunya di Ranau sebelum pergi menunaikan umrah bersama sama keluarga dan rakannya.

"Saya amat bersyukur kepada Allah dan saya tidak menjangka akan dibebaskan hari ini selepas melalui keperitan ini sejak 2004," katanya sebelum dipeluk oleh anggota keluarga dan isterinya Rosni Ambuting.

Kasitah dituduh menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi LKTNS untuk faedah peribadi dengan mengambil bahagian dalam keputusan untuk meluluskan penjualan 16.8 juta saham Sapi Plantation yang dipegang lembaga itu kepada Briskmark Sdn Bhd.

Beliau turut dituduh memperdayakan LKTNS dengan tidak mendedahkan tawaran oleh PPB Oil Palms untuk memperuntukkan lima saham syarikat itu bagi setiap satu saham Sapi Plantation dalam proses penyenaraian.

Suraya berkata hujahan pihak pendakwaan ialah Kasitah telah merencanakan penjualan saham Sapi kepada Briskmark untuk membayar balik pinjaman banknya sebanyak RM11.5 juta dengan DCB Bank tetapi keterangan pengarah Briskmark Datuk Wasli Mohd Said dan akauntan Vincent Chia mendedahkan RM11.5 juta itu diperoleh daripada keuntungan jualan saham Intra Oil (IOs) milik Kasitah.

Beliau berkata keterangan pegawai bank DCB telah membuktikan berlaku jualan secara tulen saham IOS di mana Chia telah menggunakan keuntungan rahsianya sebanyak lebih RM30 juta dalam transaksi saham PPB Oil Palms untuk membeli saham IOS.

Beliau berkata pihak pendakwaan hanya bergantung kepada keterangan Wasli dan Chia yang dicemari dengan kepentingan peribadi di mana Chia telah menguruskan dua transaksi serentak saham PPB Oil Palm dan IOS dalam membuat keuntungan rahsia itu.

Katanya Chia telah mewakili lima pihak, di mana beliau mewakili Briskmark, pemilik Arkwell Enterprise Ltd, sebagai penasihat kepada firma perakaunan Arthur Anderson, Kasitah dan LKTNS, yang meletakkannya dalam kedudukan serius bagi konflik kepentingan melalui "banyak peranan" yang dimainkannya.

"Saya tidak menemui apaapa yang mengatakan Vincent Chia ialah rakan subahat. Bagaimanapun, daripada keterangan yang dikumpulkan, adalah jelas bahawa Vincent Chia ialah seorang oportunis yang licik, seorang tanpa prinsip atau rasa bersalah," kata Suraya.

Bacaan lanjut disini

Tuesday, August 4, 2009

Laporan - Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg Ranau, Sabah

Dalam mesyuarat UMNO bahagian Ranau ini, perjalanan mesyuarat telah diserikan lagi dengan ketibaan YB Dato Shaziman Abu Mansor yang juga merupakan Menteri Kerja Raya Malaysia telah merasmikan mesyuarat ini pada 1 Ogos 2009.



Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah YB Datuk Masidi Manjun Ketua UMNO Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian Tn Hj Jaimin Samitah, Naib Ketua Bahagian Sdr M. Yahya Dunggi, Ketua Wanita UMNO Datuk Amisah Yassin, Ketua Pemuda UMNO Sdr Faez Datuk Hj Nordin, Ketua Puteri UMNO Selhajinah Rasmin, barisan AJK UMNO Bahagian, barisan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO, pemimpin masyarakat serta pemerhati luar yang hadir bersama melihat mesyuarat ini berlangsung.

Dalam usaha memastikan halatuju UMNO Ranau, Ketua UMNO Bahagian YB Datuk Masidi Manjun turut menekankan usaha perpaduan dalam parti dan juga parti komponen yang lain. Dasar perjuangan yang digariskan dalam UMNO bahagian adalah Iman, Ilmu dan Ekonomi. Kepentingan 3 asas ini diharapkan dapat mencetus satu paradigma dalam masyarakat Ranau ke arah kecemerlangan dalam masyarakat. Ini jelas diperkatakan oleh YB Datuk dalam sedutan klip video ini dibawah.



Selain itu, YB Datuk juga telah mengutarakan permohonan kepada YB Dato Menteri agar infrastruktur perhubungan jalanraya di Ranau diberi keutamaan sebagai menyokong kepada asas perjuangan yang ke-3 iaitu Ekonomi, kerana beliau yakin jika perkara ini direalisasikan sudah pasti usaha akan meningkatkan lagi nilai tambah hasil sektor pertanian masyarakat di Ranau.

YB Datuk juga telah membawa YB Dato Menteri melalui jalanraya yang daif sepanjang perjalanan dari Kg Mohimboyon hingga ke Kundasang sebagai komitmen beliau untuk memastikan perkara ini dapat ditunaikan. Inilah harapan beliau dan inilah juga harapan masyarakat Ranau sebagai tanda sokongan bulat kepada pihak pemerintah.

Dalam ruang ini, PUR juga memaparkan sebahagian sedutan intipati ucapan oleh YB Dato Shaziman Abu Mansor yang menekan tentang konsep 1 Malaysia yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri kita. Selain itu penerangan tentang "KPI & KRA" dalam definisi masyarakat. Ikuti sedutan tersebut ...



Seramai 61 calon telah menawarkan diri untuk bertanding sebagai Perwakilan 7 (G7) ke Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung pada bulan oktober depan. Dalam keputusan proses pengundian yang dibuat, calon-calon yang berjaya dalam G7 ini adalah:

Nama Perwakilan 7 (G7) yang dipilih:-
1. Tn Hj Saprin Karim
2. En. Ridhwan Tan Sri Kasitah
3. En. Zainurin Sahad
4. En. Kohadie Watiman
5. En. Jasni Hj Harun
6. En. Suhaimin Manjun
7. En. Rosdin Riman

PUR juga merakamkan setinggi ucapan tahniah kepada mereka yang berjaya.





Koleksi Gambar Suasana Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Ranau

Maaf atas kerna terlewat memaparkan gambar-gambar semasa Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Ranau yang berlangsung pada 18hb Julai lepas. Sebenar gambar-gambar ini telah dimuatnaik ke Facebook Pemuda UMNO Ranau. Jika ingin melihat koleksi gambar yang lain, sudilah masuk ke seksyen Gambar ini dalam Facebook Pemuda UMNO

Nota: Senarai nama Perwakilan 2 (G2) yang dipilih dalam mesyuarat tersebut adalah:
1. Sdr Waideh Laumin
2. Sdr Andrew Jaibi







Thursday, July 30, 2009

Selamat Bersidang Kepada Perwakilan UMNO Bahagian P.179 Ranau

Selamat bersidang & selamat datang kepada para perwakilan yang akan menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ranau yang akan diadakan lusa ini. Berikut adalah notis mesyuarat tersebut:

Tarikh: 01 Ogos 2009 (Sabtu) Masa: Jam 8.00 pagi
Tempat: Dewan Masyarakat Ranau

Dirasmikan Oleh:
Y.B. Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Menteri Kerja Raya Merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia


Difahamikan seramai 68 calon menawarkan diri untuk menduduki tempat ke perwakilan 7 (G7) bagi wakil bahagian ke perhimpunan agung UMNO tahun ini.

Semoga mesyuarat berjalan lancar dan UMNO tetap dihati kita.

Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Parlimen P.179 Ranau

Pergerakan Pemuda UMNO Ranau akan menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Parlimen P.179 Ranau yang akan diadakan seperti berikut:

TARIKH: 08-09 OGOS 2009
TEMPAT: RUANG LETAK KERETA, DEPAN KFC.
DIRASMIKAN OLEH: SDR. FAEZ DATUK HJ.NORDIN - KETUA PEMUDA UMNO RANAU

Borang penyertaan boleh diperolehi daripada:

1. URUSETIA PEMUDA UMNO RANAU 088-876764 (Faizal)
2. RANAU SPORT CENTRE 088-875570
3. PATRICK APIT ANG 016-8289089
4. KAMRI SATIMIN 013-8844485

Untuk kejohanan ini, PUR ingin membawa satu slogan "1 Perpaduan Melalui Sukan" yang mendukung harapan agar perpaduan itu berperanan dalam aktiviti sukan yang sebenarnya boleh menyatupadukan masyarakat khususnya belia di Ranau. Hasrat itu cuba dicetuskan agar melalui sukan, mereka yang terlibat akan berpeluang dan bertukar pendapat sesama mereka dan pemimpin-pemimpin disamping itu ianya sedikit sebanyak dapat menyebarkan usaha-usaha kerajaan dan menjelaskan sebarang kekalutan berkenaan dengan isu-isu semasa.

Sokongan anda dihargai.

"1 Perpaduan Melalui Sukan"

-Pemuda Ranau

Tuesday, July 21, 2009

Bagaiman Persepsi Anda Tentang Belia Berpolitik

Salam Saudara, saya suka untuk membawa membincangkan topik oleh Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di dalam blog beliau, berkaitan "Partisipasi Belia Dalam Politik".

Beliau mengupaskan beberapa fakta yang saya lihat dapat memberi permahaman tentang peranan belia dalam kegiatan pertubuhan secara formal dan non-formal serta trend belia berpolitik yang berbagai.

Kupasan-kupasan yang diberikan ini dilihat menjadi panduan untuk memahami kecenderongan belia itu dari segi kepelbagaian faktor seperti kehendak, persepsi, sosial, minat, sumbangan, pengaruh yang perlu diselami oleh kita sendiri.

Ikuti artikel beliau dibawah ini ...

Menyelami Partisipasi Politik Belia
Pada 4 Julai 2009, genaplah 100 hari saya menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Dalam tempoh itu, tema utama yang saya bincangkan ialah partisipasi belia dalam politik. Antara topik yang sering timbul ialah sokongan belia terhadap BN, Presiden US Barack Obama dan calon Presiden Iran Mir Hossein Mousavi, serta politik kampus.

Perbincangan ini timbul melalui pelbagai cara: dalam mesyuarat, dialog dengan khalayak ramai, diskusi kumpulan kecil, sembang petang yang santai, e-kumpulan, emel, laman web, blog, facebook dan sebagainya.

Di sebalik segala perbincangan tersebut, saya berpendapat bahawa kita belum memahami sepenuhnya realiti sebenar partisipasi politik di kalangan belia. Setakat keputusan satu pilihan raya umum serta kajian dan statistik yang terhad, walaupun ia dapat menerangkan sebahagian daripada apa yang telah berlaku, tetapi ia tidak dapat menerangkan secara tepat akan kedudukan dan realiti sebenar pada masa hadapan.

Bagaimanakah belia kita melihat politik? Bagaimanakah mereka mendekati dan melibatkan diri dalam dunia politik? Di kalangan mereka, kumpulan manakah yang terlibat dalam politik secara aktif? Dan apakah iklim pembelajaran dan struktur peluang yang dapat memupuk partisipasi mereka dalam politik?

Dalam perbincangan tersebut, saya merujuk beberapa buah kajian yang pernah dilakukan di sini, misalnya oleh Merdeka Centre, dan di luar negara, misalnya oleh Spannring R., Ogris G. dan Gaiser W. (Ed), (2008), Youth and Political Participation in Europe.

Kita perlu bermula dengan memahami erti partisipasi. Ia berasal daripada perkataan Latin “pars” yang bermakna “bahagian” dan “capere” yang bermakna “mengambil”. Ia membawa maksud mengambil bahagian, melibatkan atau menceburkan diri dan berkongsi. Partisipasi dipengaruhi oleh, dan juga mempengaruhi, struktur, proses dan sumber tertentu. Matlamat akhirnya ialah perubahan sosial, iaitu melalui dan oleh para pelakunya.

Partisipasi berlaku dalam proses dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas; dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi dan politik; dalam pelbagai peringkat seperti individu dan berkumpulan, formal dan tak-formal, tempatan dan kebangsaan serta serantau dan antarabangsa.

Partisipasi politik pula boleh dilihat daripada pelbagai pendekatan dalam teori demokrasi. Antaranya ialah pendekatan realis yang berasaskan perwakilan dan pemerintahan elit demokratik dan melihat demokrasi bukan sebagai pemerintahan oleh rakyat tetapi sebagai pemerintahan oleh politikus yang mendapat persetujuan rakyat. Aktiviti utama partisipasi rakyat ialah pengundian dalam pilihan raya. Selepas itu, rakyat hanya menjadi penonton sahaja.

Sebaliknya, terdapat pula pendekatan normatif yang melihat partisipasi bermatlamat bukan sahaja untuk mempertahankan fungsi institusi demokrasi, tetapi juga untuk memantau perlakuan elit politik. Ia memerlukan partisipasi rakyat yang aktif seperti perbincangan khalayak, keterlibatan dalam proses membuat keputusan dan mengambil tindakan politik, termasuk dalam bentuk demokrasi langsung (direct democracy).

Partisipasi belia mula mendapat pengiktirafan terutamanya sejak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan 1985 sebagai Tahun Antarabangsa Untuk Belia, di mana partisipasi menjadi temanya. Sepuluh tahun kemudian, ia mula diiktiraf sebagai mempunyai konotasi politik apabila dokumen PBB, Plan of Action for Youth Programmes for the Year 2000 and Beyond menggunakan frasa “partisipasi penuh dan aktif dalam membuat keputusan”.

Pada masa yang sama, selaku Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, saya menulis gagasan “penghakupayaan belia” (youth empowerment) yang kemudiannya digunakan dalam Dasar Pembangunan Belia Negara (1997), Program Belia Komanwel (1998) dan Persidangan Pertama Menteri Belia SeDunia (1998).

Ketika menutup rasmi Forum Belia Ke-3 sempena Persidangan Menteri Pelajaran Komanwel Ke-17 di Kuala Lumpur baru-baru ini, saya menggesa ketua-ketua negara anggota pertubuhan itu supaya melipatgandakan penghakupayaan belia sebagai salah satu pendekatan bagi memperkasa partisipasi belia, termasuk dalam politik.

Pra-syarat bagi kefahaman terhadap partisipasi belia dalam politik ialah dengan mengiktiraf tiga permintaan utama belia, iaitu: belia mahu suaranya didengar, belia mahu peranannya diiktiraf, dan belia mahu isu-isunya ditangani dengan cara yang berorientasi mereka.

Bacaan lanjut lagi Klik Di sini


-- Pemuda Ranau

Monday, July 20, 2009

Keikhlasan YB Razali terserlah ...

Saya tertarik dengan keikhlasan YB Razali Ibrahim Naib Ketua Pemuda Malaysia merangkap Timbalan Menteri Belia & Sukan yang saya baca dalam artikel Agendadaily disini

Kesungguhan beliau untuk mendekati rakyat terutam sekali golongan belia bakal mencetus perubahan kepada hala tuju belia Malaysia masa kini sejajar pentas kepimpinan yang beliau teraju di kementerian ini bakal memberi nafas baru kepada perubahan belia yang lebih pro kerajaan. Ini yang diharapkan agar keperihatinan itu dapat diterjemahkan kepada visi 1Belia 1Malaysia yang ditekankan oleh kementerian beliau.



Saya masih ingat lagi bila mana beliau mula-mula menawarkan diri untuk bertanding jawatan no 2 dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan lepas, saya lihat gerak bicara beliau ketika bersuai kenal dengan para perwakilan amat tenang serta riak muka yang relaks membicarakan idea-idea beliau pada masa itu. Bicaranya bisa mencetus rasa yakin untuk mendekati beliau secara lebih rapat lagi. Keikhlasan, bicara memikat golongan belia dalam diri beliau diikuti kerja keras beliau itu berbaloi dengan apa yang kita lihat sekarang.

Saya juga tertarik dengan beberapa petikan dalam artikel ini, antaranya ialah:-

"Ditanya apakah kesilapan ketara yang dilakukan oleh pemimpin atau kerajaan kepada belia sebelum ini, Razali berkata, pemimpin tidak bercakap dalam bahasa yang sama dengan belia, lantas tidak dapat memahami mereka. Selain itu katanya, pemimpin lebih bersikap menghukum daripada memahami."

“Golongan muda kena ada sifat mementingkan diri sendiri. Mereka mesti mementingkan masa depan dan apa yang dimahukan. Jangan kerana mual atau benci dengan keadaan politik, mereka undi mengikut perasaan."

"Masalahnya sekarang golongan muda mudah dimanupulasi kerana walaupun ada pengetahuan, mereka tidak ada pengalaman. Lantas mereka senang dipergunakan oleh golongan yang mempunyai agenda dan kepentingan tersendiri."

"Pemimpin pula kena jujur, ikhlas dan amanah. Pendekatan juga haruslah kreatif dan mengikuti perkembangan semasa. Itulah sebabnya saya menggunakan “facebook”. Saya sentiasa menggunakan internet. Jika saya tidak membuka laptop, saya akan memeriksa email dan mesej di handphone. Facebook memang berkesan. Saya menerima berpuluh aduan, cadangan dan maklumbalas sehari."

“Nasihat saya kepada golongan belia, terutama yang tidak peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling – mereka harus mengambil berat kerana ia berkaitan dengan masa depan mereka. Jika tidak puashati terhadap sesuatu, luahkan, jangan pendamkan."


“Jangan biarkan diri diperalatkan. Adalah tidak salah untuk menyuarkan keinginan dan harapan. Beritahu kami dan sama-sama kita mencari penyelesaian.”


Harapan Pemuda UMNO Ranau agar visi 1Belia 1Malaysia itu bukan sekadar retorik semata-mata. Penerokaan visi belia itu seharusnya juga dapat digerakkan dengan lebih meluas lagi terutama sekali di luar bandar yang kemudahan prasarana sukar dihubungi. Rasanya pegawai-pegawai dari agensi yang berkaitan dengan Kementerian Belia & Sukan akan berfikir banyak kali untuk masuk kampung, pastinya perkara ini turut diteliti sebaik-baiknya.

-Pemuda Ranau

Wednesday, July 15, 2009

Imam pemimpin solat dan masyarakat


PERANAN imam tidak sekadar mengetuai solat fardu berjemaah tetapi menjadi tempat rujukan umat Islam.


HADIS Rasulullah SAW di atas menunjukkan betapa umat Islam disuruh menunaikan rukun Islam kedua ini secara berjemaah. Lagipun solat berjemaah bukan memerlukan bilangan yang ramai memadai sekurang-kurangnya dua orang, seorang imam dan seorang lagi makmum.

Berjemaah pada solat Jumaat adalah wajib atau fardu ain manakala bagi solat fardu yang lain ada yang mengatakan hukumnya sunat muakkad, fardu kifayah dan juga fardu ain. Namun, sebahagian besar ulama mengatakan hukum solat berjemaah adalah fardu kifayah.

Ia berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, "Bila sahaja ada tiga orang di dalam satu kampung atau dusun tidak mendirikan solat berjemaah, mereka akan digoda oleh syaitan. Lantaran itu hendaklah kamu berjemaah, sesungguhnya serigala selalu memakan kambing liar yang terasing (yang jauh daripada kumpulannya)". (riwayat Abu Daud)

Antara individu yang berperanan penting dalam solat jemaah ialah imam. Mereka bukan sahaja mengetuai solat fardu berjemaah, tetapi juga paling dekat dengan masyarakat. Lebih-lebih lagi apabila berlaku kematian, akikah, kenduri kendara, nikah kahwin dan mengetuai solat berjemaah.

Secara amnya, semua kita adalah imam iaitu pemimpin yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW yang maksudnya: Kamu sekelian adalah pengembala (pemimpin) dan akan diminta dipertanggungjawabkan tentang kepimpinannya. Seorang penguasa adalah pemimpin, seorang suami adalah pemimpin ke atas anggota keluarganya. Kamu sekelian adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab atas kepimpinannya. (riwayat Bukhari)

Mengikut sejarah, profesion imam telah bermula sejak zaman Nabi SAW. Baginda adalah Ketua Negara, imam solat dan juga Ketua Angkatan Perang kaum muslimin.

Pada zaman kesultanan Melayu pula, beberapa sultan seperti Sultan Alauddin Riayat Shah (Melaka), Sultan Zainal Abidin (Terengganu) dan Sultan Alaiddin (Selangor) dikatakan pernah menjadi imam solat berjemaah.

Imam juga menjadi tempat rujukan penduduk setempat apabila berhadapan sesuatu masalah atau mendapatkan nasihat berhubung sesuatu. Justeru, para imam perlu sentiasa mempamerkan sahsiah mulia serta melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi.

Ini sesuai dengan fungsi imam yang lebih luas sebagai orang bertanggungjawab mengenai bidang agama dan sosial setempat bagi melaksanakan tugas menyebar luaskan semangat keagamaan serta memenuhi khidmat kemanusiaan kepada sesiapa yang memerlukan sekadar yang termampu.

Menyedari hal ini, Pusat Latihan Pengurusan Masjid, Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) dan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menganjurkan Kursus Imam Surau Daerah Kuala Selangor pada 6 hingga 8 Julai lalu.

Kursus tiga hari yang dihadiri oleh 90 imam itu berlangsung di ILDAS, Sabak Bernam, Selangor.

Ketua Pegawai Penyelaras Masjid Bahagian Pengurusan Masjid JAIS, Ramli Sidom berkata, para imam perlu mempunyai sahsiah yang baik kerana mereka menjadi contoh kepada anak-anak kariah.

Kata beliau, para imam bukan sahaja perlu mempunyai akhlak mulia dalam percakapan, pemikiran dan perbuatan tetapi juga perlu sentiasa menjaga syariat serta menghindar daripada melakukan maksiat serta terlibat dengan perkara syubhat.

Selain itu, imam perlu mempunyai hubungan kemasyarakatan yang mesra dengan anak-anak kariah supaya dapat mengetahui masalah mereka dan anak kariah pula tidak segan untuk mengadu hal kepada imam.

"Pendek kata, imam yang ideal sentiasa kreatif menghidupkan roh Islam di masjid, surau dan di kalangan jemaahnya.

"Oleh itu, kedudukan imam sebagai pengurus dalam sektor masjid atau surau dengan jawatankuasa pengurusan mempunyai ikatan koordinasi yang saling bekerjasama dalam mentadbir kegiatan masjid sehingga berjaya," katanya.

Ramli berkata demikian semasa menyampaikan kertas kerja bertajuk, 'Sahsiah Imam yang Berwibawa'.

Pada program itu, turut diadakan Tahsin Qiraat untuk memperbaiki mutu bacaan al-Quran para imam.

Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 45 orang satu kumpulan. Mereka diuji membaca fatihah, ayat lazim dan juga tahiyat akhir. Program ini dibimbing oleh dua guru iaitu Napiah Sahrani dan Abu Yani Omar.

Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Selangor, Zainal Abidin Sulaiman pula menekankan pentingnya para imam menguasai dan memahami syarat sah, rukun, sunat dan pantang larang dalam solat.

Katanya, selain mengetahui rukun, syarat sah dan perkara yang membatalkan solat, para imam juga perlu menguasai ilmu tajwid agar bacaan fatihah dan tahiyat akhir itu dibaca dengan betul dan tepat.

"Para imam juga perlu segera muhasabah diri apabila ditegur dengan perkataan subhanallah oleh makmum dalam solat. Sudah tentu ada perkara yang tidak kena.

"Jangan pula apabila ditegur sedemikian, para imam teruskan juga solat tanpa membetulkan kesilapan sama ada tertinggal ayat, terlebih atau terkurang bilangan rakaat dan sebagainya," jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja 'Fiqh Solat' pada kursus tersebut. Pada sesi yang sama, para peserta mengambil peluang melontarkan pelbagai soalan berkaitan ibadat solat.

Antaranya termasuk bagaimana imam memberitahu makmum apabila solatnya batal semasa dalam kedudukan sujud, hukum sujud sahwi apabila tertinggal doa qunut, keharusan mempercepatkan solat apabila mendengar suara anak kecil menangis di masjid dan sebagainya.

Menurut Zainal lagi, para imam harus melihat keadaan kesesuaian jemaahnya sebelum memutuskan sama ada membaca surah yang panjang atau sebaliknya semasa solat. Sebab itu antara syarat menjadi imam mestilah disukai oleh makmum.

Pendek kata, para imam perlu meraikan para jemaah iaitu jika majoriti jemaah itu golongan bekerja maka elakkan membaca surah yang terlalu panjang semasa solat subuh pada hari bekerja.

Demikian juga jika ramai jemaah golongan tua, maka imam hendaklah memilih surah yang sederhana panjangnya supaya tidak memuradatkan jemaah yang berkenaan.

Kata Zainal, apabila hak-hal sebegini diraikan, insya-Allah masjid atau surau akan lebih makmur dengan lebih ramai jemaah datang menunaikan solat berjemaah.

Tambah beliau, solat berjemaah juga melatih diri berdisiplin dan patuh kepada ketua dan melahirkan simbol perpaduan dan kerjasama di anatara sesama Muslim.

Malah, Rasulullah SAW ada bersabda yang maksudnya: Kalaulah mereka tahu tentang kelebihan pahala solat Isyak dan Subuh berjemaah, mereka akan datang sekalipun merangkak (bagi orang yang tidak boleh berjalan). (Muttafaq alaih)

Pentadbiran awam berkesan akan perjelas konsep 1Malaysia

Sumber: New Sabah Times

ALOR SETAR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peranan pentadbiran awam yang berkesan, responsif, luwes dan berani berubah akan membantu memperjelaskan konsep 1Malaysia.

Perdana Menteri gembira kerana inisiatif modenisasi dalam pentadbiran awam sejak mengambil alih kepimpinan negara telah mendapat sokongan dan kerjasama padu daripada barisan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam.

Berucap pada majlis perasmian Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Mu’adzam Shah, Anak Bukit di sini kelmarin, beliau berkata modenisasi itu bukanlah bersifat “top down”, sebaliknya membabitkan gabung jalin semua segmen perkhidmatan awam bermula dengan pimpinan atasan.

Sultan Kedah Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah merasmikan kompleks berharga RM270 juta itu yang terletak di atas tapak seluas 16.1 hektar.

Najib berkata proses modenisasi itu bukan sahaja membabitkan paradigma tetapi juga struktural yang mana perkhidmatan awam itu perlu sesuai dengan pencapaian negara pada alaf baru.

“Sebagai penjawat awam, produktiviti dan kualiti perkhidmatan perlu diutamakan. Saya amat percaya produktiviti yang digabungkan bersama kreativiti dan inovasi mampu melonjakkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam,” katanya.

Perdana Menteri berharap anggota-anggota perkhidmatan awam menggunakan dan menjaga kemudahan dengan penuh berintegriti serta mengutamakan keberhasilan mutu kerja.

Ikuti info lanjut sini


Sunday, July 12, 2009

Notis Pengumuman : Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian P. 179 Ranau

Kepada para perwakilan Pemuda UMNO Cawangan Bahagian Ranau, adalah dimaklumkan bahawa notis Mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.179 Ranau akan diadakan seperti yang dinyatakan dibawah berikut:-


Mesyuarat Perwakilan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.179 Ranau

"Rakan Pembela Rakyat"

Tarikh: 18 Julai 2009 (Sabtu) Masa: Jam 8.00 pagi

Tempat: Dewan Masyarakat Ranau

Dirasmikan Oleh:
Dato' Reezal Merican Naina Merican
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Thursday, July 9, 2009

MyIdeas - 1Malaysia 1Juta Idea

Pelancaran portal MyIdeas kelmarin sebenarnya adalah satu usaha yang bijak dalam menajdikan paltform ICT itu diperluaskan penggunaannya dengan mendapatkan input-input dari semua lapisan masyarakat di Malaysia, melalui jaringan internet yang dapat dicapai dari mana-mana tempat sahaja.

Kita juga boleh katakan disini bahawa Myideas itu merujuk kepada Bank Idea, yang mana segala idea-idea yang diperolehi disatukan menjadi satu idea yang besar. Idea-idea ini sudah pasti akan mendatang kebaikan kepada masyarakat Malaysia. Ini membuktikan bahawa kerajaan telah berusaha untuk menggalakkan penggunaan kreativiti dan inovasi itu sebagai strategi untuk meningkat modal insan dan taraf kehidupan kita di Malaysia.

Saya juga suka ingin merujuk kepada artikel yang pernah diterbitkan di blog ini, "Merencana Perubahan Minda Bumiputera Dengan Mempratikalkan Kreativiti & Innovasi PURPLE BEACH" Kalau kita mempratik sesuatu yang baik seharusnya ini bakal membantu kita untuk menghasilkan apa yang terbaik.

Tahniah MOSTI, Tahniah Malaysia.

Sunday, July 5, 2009

Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Ranau Kali-3

From Jun-July 2009

Pada 4 Julai 2009, Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Ranau kali ke-4 yang dipengerusikan oleh KP sdr Faez Nordin, telah diadakan bertempat Bilik Mesyuarat, Pejabat UMNO Ranau bermula jam 10.00 pagi.

Antara perkara penting yang dibincang adalah persedian dalam menghadapi Persidangan Pemuda UMNO Bahagia Ranau yang akan bersidang pada 18 Julai 2009 (Sabtu) bertempat di Dewan Masyarakat Ranau bermula jam 8.30 pagi.

Persidangan ini dijangka akan dirasmikan oleh Dato' Reezal Naina Merican, Ketua Penerangan, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM), dan wakil Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah (PPUNS) adalah sdr Jamawi Jaafar, Exco PPPUM yang juga KP Tenom.

Sdr Pengerusi turut memaklumkan bahawa Moto yang akan dipegang oleh PPUNS dibawah kepimpinan KP Sabah Sdr Azman Ruslan adalah "RAKAN PEMBELA RAKYAT".

Mesyuarat juga membincangkan isu-isu berbangkit yang menjurus kepada memantapkan Pemuda UMNO Ranau. Mesyuarat ini berakhir pada jam 1.30 pagi.

Saturday, July 4, 2009

Program Mega Konvoi Dakwah Bermotor 2009

Idea program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat Islam dan menarik minat golongan bukan Islam, mengisi masa lapang dan meningkatkan jati diri para belia, memberi pendedahan cara perlaksanaan solat selain di dalam surau mahupun masjid.
From Jun-July 2009

Program ini adalah atas kerjasama antara Pusat Latihan Islam Kundasang (PLIK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) cawangan Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang bermula dari Masjid Kundasang hingga ke Kg Tontolob Liwan, Tambunan. Konvoi bermotor ini disertai seramai 260 orang, sepanjang perjalanan ini, peserta turut menziarai surau dan masjid, tazkirah tentang keperibadian belia, pelaksanaan solat, keindahan Islam serta penyampaian bantuan berupada bahan makanan kepada fakir miskin. Tempat-tempat tersebut adalah Masjid Pekan Ranau, Surau Kg Kinarasan, Masjid Kg Randangong, Surau Kg Langkau, Surau Kg Mompoit dan Surau Kg Tungou.



Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada para belia Islam atau yang bari memeluk Islam untuk mengenali tentang keindahan Islam, memberi pendedahan dalam kerjasama berpasukan dan mengurangkan gejala sosial di kalangan belia.

Wednesday, July 1, 2009

Petikan : Kita patut memilih jalan yang betul, bukan sekadar jalan yang MUDAH ...

Saya tertarik apabila membaca petikan ini yang diambil semasa ucapan YB Datuk Najib di Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Komanwel Ke-17 di Kuala Lumpur pada 16 Jun 2009. Petikan ini diambil daripada ucapan oleh Presiden Barack Obama yang berada di Kaherah.

Petikan ini mempunyai maksud yang halus kerana ini berkaitan dengan semangat dalaman dan jati diri bagi merealisasikan & memfokusi sesuatu matlamat kita.

Adalah MUDAH untuk memulakan perang daripada menamatkannya.
Adalah MUDAHuntuk menyalahkan orang lain daripada melihat ke dalam diri sendiri.
Adalah MUDAH untuk melihat perbezaan yang berlaku pada diri seseorang daripada mencari persamaan yang ada antara kita.
Tetapi kita patut memilih jalan yang betul, bukan sekadar jalan yang MUDAH ...

Monday, June 29, 2009

Bukit Sampah Tanah Merah Ranau

Pemuda Ranau ingin mendapat perhatian pihak yang berwajib bagi melihat situasi yang jarang dilihat tetapi bakal menjadi isu yang memberi kesan jangka panjang kepada persekitaran dan warga penduduk Ranau yang berada dalam radius Bukit Sampah yang terletak di Tanah Merah, Ranau.

Warga Ranau berharap akan ada tindakan yang diambil bagi memulihnya dengan segera dan mencari penyelesaian kepada kaedah Sistem Perlupusan Sampah yang bersistematik dan mesra alam. Kelemahan perancangan bagi mengurus bahan buangan tersebut bakal mengundang masalah dan kesannya adalah kepada warga Ranau.

Warga Ranau amat berharap pihak berkuasa tempatan seperti Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Persekutuan yang Timbalan Menterinya adalah oleh Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin dari Sabah, dan juga YB Datuk Hj. Hajiji Hj. Noor, Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah, dapat bekerjasama membantu untuk mengatasi masalah ini dan mendapatkan peruntukan dana dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10) agar satu sistem dapat dirancang bagi mengurus sistem pelupusan sampah ini di Ranau. Kami warga dari Ranau berharap isu-isu ini dapat diambil perhatian serius.

Ikuti klip video ini & juga gambar-gambar yang diambil.




From Bukit Sampah

Kompleks Sukan Ranau & Rumput Kerbau


Pembinaan Kompleks Sukan Ranau kini dalam fasa akhir pembinaan. Tinjauan yang dibuat membuatkan kami kagum kerana kompleks ini tersergam megah di atas bukit yang memboleh panorama persekitaran daerah Ranau yang berdekatan dengan Pekan Ranau dapat dilihat dari sini.

From Kompleks Sukan Ranau

Kemudahan-kemudahan yang ada bakal merancakkan aktiviti-aktiviti sukan daerah Ranau melalui kemudahan yang disediakan. Harapan ini diharap dapat mencetus minat belia dan warga Ranau untuk melahirkan atlet-atlet harapan Ranau yang membawa panji-panji bendera Sabah dan Malaysia dipersada yang lebih berprestij lagi. Pergunakan segala kemudahan yang ada kerana inilah pusat yang bakal melahirkan jaguhan-jaguhan yang lahir dari Ranau. Kita berharap wawasan yang dibawah oleh YB Datuk Masidi Manjun, Ketua Bahagian UMNO Ranau dapat diterjemahkan sebaik-baiknya.



Bila berpijak dan berdiri di kawasan Kompleks Sukan ini, saya teringat kata-kata yang pernah diucapkan diluar sana, berperasan dan membayangkan seolah-olah bermain bola di Stadium Sukan La Paz di Bolivia. Kedudukan Kompleks Sukan Ranau ini memang terletak di kawasan tinggi, saya pasti ramai peminat & pengemar sukan berhajat untuk merasai suasana kemudahan-kemudahan yang bakal disediakan nanti.

Walau bagaimanapun, ada juga rasa kecewa dan terkilan kerana dalam pemantauan yang dibuat, keadaan rumput di padang utama hanya menggunakan "Rumput Kerbau" yang bila difikirkan tidak sesuai atau "ngam" betul status stadium yang dibina ini. Mungkin penanaman "Rumput Kerbau" ini dapat ditukar kepada rumput yang sesuai. Harap pihak kontraktor yang bertanggungjawab kepada pembinaan ini dapat menimbang semula perkara ini demi kebaikan bersama.

Saturday, June 27, 2009

Laporan Aktiviti bagi Bulan Jun 2009

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Jun yang lalu.

Sukan Rakyat Sempena Tadau Kaamtan Kg Lutut & Program Daftar Pemilih SPR
From Sukan Rakyat Kg Lutut







Program Daftar Pemilih SPR di Pekan Kundasang, Ranau







Gotong Royong Perdana Kg Muhibbah







Program Angkasawan



From Gambar Aktiviti






Sambutan Pesta Kaamatan UPKO 2009
From Gambar Aktiviti

Sunday, June 21, 2009

Mampukah Pementasan Teater berunsur sejarah dapat memupuk minat belia di Ranau?

Baru-baru ini, saya telah menghadiri satu pementasan teater bertajuk "Tumpalak Rundum" yang berunsur sejarah orang Murut di Tenom. Teater ini telah dipentaskan di Dewan Besar, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) Cawangan Sabah pada 19 Jun 2009 yang lalu.

Teater ini memaparkan konflik yang mencetuskan pemberontakan Rundum pada tahun 1915 oleh orang Murut yang diketuai oleh Ontoros semasa penjajahan British di Borneo Utara di Tenom. Pementasan teater ini diarah oleh Sdr Hasmin Azroy Abdullah yang merupakan hasil karya oleh Encik Abd Karim Gullam & Nurul Syafiqa Abdullah @ Stella.

Saya suka untuk menyatakan di sini bahawa tenaga produksi yang terdiri daripada pelakon, krew teknikal, dan pengarah kebanyakan dianggotai oleh belia-belia muda. Saya sempat menemubual mereka tentang penglibatan mereka ini. Apa yang mengujakan saya bahawa semua ini didorongi oleh minat, komitmen dan semangat tanpa mengharapkan sesuatu yang berbentuk wang ringgit. Apa yang penting adalah kepuasan dalam menjayakan sesuatu pementasan.

Disebalik kumpulan pementasan ini, tulang belakang kumpulan yang diberi nama Kumpulan Seni Teater Asli Tenom atau dikenali sebagai "Santara" ditunjangi cara pengurusan yang baik merangkumi aspek kebajikan ahli, peralatan, latihan dan komitmen serta sokongan penuh oleh penasihat kumpulan iaitu Sdr Jamawi Jaafar, Ketua Pemuda UMNO Tenom merangkap Pengerusi Biro Kesenian & Kebudayaan UMNO Malaysia dan Negeri Sabah.

Klip video semasa pementasan teater tersebut:


Perkara ini membuat saya berfikir sejenak bahawa Ranau juga mempunyai bahan-bahan sejarah yang boleh diteaterkan. Belia-belia kita juga perlu dilibatkan dengan aktiviti seperti ini agar aktiviti-aktiviti kosong yang tidak sihat dapat diisi. Saya juga ada berbincang dengan bekas pelakon teater bagi mengetahui perkembangan semasa teater di Ranau. Tapi, khabaran tidak begitu mengembirakan dan kurang aktif. Berbanding dahulunya, antara nama yang dikenali seperti Kumpulan Aki Nabalu dan Kumpulan Gade (Gabungan Anak Desa) yang kerapkali mewarnai acara-acara kebudayaan dan kesenian dari Ranau mahupun luar Ranau.

Sebenarnya, Teater boleh diketengahkan untuk menarik minat golongan muda di Ranau sebagai salah satu pilihan aktiviti kebudayaan, yang mana bakat-bakat terpendam dapat ditonjolkan, perpaduan belia disemarakkan dan memupuk masyarakat belia yang tahu tentang sejarah nenek moyang daerah sendiri.

Berjaya atau tidak itu jangan difikirkan dahulu, apa yang perlu adalah membentuk kumpulan pengurusan yang dapat memulakan usaha ini disamping turut mendapat kerjasama pihak sekolah, agensi kerajaan dan masyarakat secara keseluruhannya.

Akhir kata, kita berharap sesuatu perancangan yang holistik dapat diambil tindakan memandangkan program kebudayaan & kesenian sebenarnya dibawah peranan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar.

Kalau daerah Membakut jadi perintis usaha "Sawah Terbiar", Ranau macam mana?

Akhbar dalam New Sabah Times hari ini memaparkan berita bahawa "Membakut Jadi Perintis". Apa yang dirintiskan disana, berikut adalah sebahagian petikan yang diambil dari berita tersebut, "MEMBAKUT: Kerajaan Negeri dengan dibantu oleh Kera-jaan Pusat akan terus berusaha untuk membangun kawasan tanah sawah yang terbiar yang ada di seluruh negeri ini untuk penanaman padi..." Ikuti berita penuh disini.

Kalau kita dapat ambil perhatian berita ini, sebenarnya Ranau juga berupaya untuk menjadi sebahagian pengeluar padi untuk negeri Sabah. Ada beberapa tempat yang boleh dikenalpasti kawasan tanah yang boleh diterokai dan sesuai untuk penanaman padi seperti di kawasan Tanah Rata Ranau mengujur dari Kg Marakau, Kg Libang hingga ke Kelimu dan Mukim Timbua yang terdiri dari Kg Timbua, Kg Merungkin Skim, Kg Merungin 1, Kg Merungin 2 dan Kg Kembiroi. Kawasan-kawasan ini telah dirancangan untuk tujuan penanaman padi yang mana sistem pengairan telah dibina bagi tujuan ini. Malangnya, usaha-usaha ini tidak mencapai matlamatnya atas sebab kurangnya pemantauan dan sokongan kepakaran teknikal daripada agensi kerajaan untuk lebih komitmen melaksanakan projek ini sebagai sumber penanaman padi yang boleh dioptimumkan secara komersil. Usaha-usaha ini hanya seperti "Melepas Batuk Ditangga" hanya sekerat jalan. Penduduk kampung kerapkali ditaburkan janji-janji manis hinggakan berita perkembangan perlaksanaan projek terkubur sekian lama.

Para Yang Berhormat (YB) sepatutnya perlu melihat peluang yang ada dan seharusnya menjadi tema "Pertanian Adalah Perniagaan" dapat direalisasikan demi kebaikan masyarakat di Ranau. Para YB kenalah memikirkan idea yang kreatif & inovasi agar peruntukan yang tersedia untuk projek Pertanian oleh Kerajaan Malaysia dapat diperas ugut untuk daerah Ranau, kerna mereka adalah wakil rakyat yang membawa suara rakyat kepada kerajaan. Usahakan dahulu kepada projek-projek bersepadu seperti yang dirintiskan di Membakut berbanding memikirkan projek-projek yang mega, agar rakyat mendapat manafaat dan pulangan hasil yang baik kepada mereka.

--Pemuda Ranau

Wednesday, June 17, 2009

Bilalah ada belia dari Ranau dapat jadi macam Ronaldo ...

Mungkin ada peminat MUFC bengang dengan keputusan yang dibuat oleh Alex Furgeson, Manager MUFC jual pemain utamanya Ronaldo kepada Real Madrid. Puhhh!! hargapun boleh tahan juga, lumayan dan paling mahal pemain setakat ini. Itulah keserian dalam dunia industri bola sepak, industri yang memberi pulangan pelaburan yang lumayan jika program yang dirangka secara sistematik dibuat sebaik-baiknya.

Rasa-rasa bilalah ada wakil belia dari Ranau dapat mencapai tahap seperti ini, kalau dilihat ramai juga belia kita mencapai tahap status district dan jugak state player bukan estate player. Namun selepas itu, entah ke mana sudah arahnya. Balik kampung, tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan. Adakah hal ini berkaitan dengan cara pengurusan Bola Sepak Ranau atau Negeri yang kurang cekap atau terlepas pandang? Sumbangan pihak-pihak tertentu jugak amat diperlukan dalam merancakkan bola sepak di Ranau.

Secara umumnya, bila masuk di pelusok kampung, kita dapat lihat ramai belia memang mempunyai bakat-bakat yang boleh digilap dan ditonjolkan. Tapi kenapa tiada program yang disediakan untuk membimbing dan memantapkan lagi bakat mereka untuk kita hasil produk pemain bola sepak dari Ranau. Harap pegawai SAFA Ranau dapat rangka program tertentu untuk ini, dari segi aspek pembangunan, kejurulatihan, pengurusan dan prasarana sukan bola sepak.

Melalui pengamatan saya dengan kenalan-kenalan dari luar Ranau, jika ada pertandingan seperti Bola Sepak Terbuka Ranau diadakan, sudah pasti ramai pasukan akan datang untuk turut serta dalam pertandingan ini, mereka mengatakan bahawa bola sepak di Ranau ada prestijnya kerana manager-manager pasukan berani mengeluarkan peruntukan besar untuk membawa pemain import yang terdiri dari State player mahupun reserve league player sehinggakan nama Ranau gah disebut orang. Boleh tahan jugak. Ini dapat menarik minat belia kita untuk bersaing dengan pemain-pemain yang berpengalaman. Apapun, jangan pulak manager kita ini terlupa untuk menyerapkan beberapa pemain tempatan dalam pasukan masing-masing. bagi ruang belia kita beraksi bersama pasukan dream team masing-masing.

Umumnya, kita berharap akan ada suatu hari nanti program yang dapat membawa halatuju bakat-bakat belia bola sepak kita yang boleh digilap untuk membawa cabaran pasukan Malaysia ke peringkat yang lebih baik lagi. Iutlah harapan kita. Tapi, disiplin dan komitmen perlu ada jika tidak "sio no" setakat jaguh kampung aja akhirnya.

Tuesday, June 16, 2009

Modal insan pelengkap ekonomi baru berteras inovatif, kreativiti

Saya amat tertarik dengan artikel di bawah ini yang boleh membuka minda masyarakat kita tentang pentingnya usaha untuk mendalami keupayaaan Inovasi & kreativiti sebagai tool untuk memperkasakan modal insan yang berilmu bermula dari awal peringkat persekolahan. Jika perkara ini dihalusi sebaik-baiknya, hasilnya bakal mencerna sumber modal insan berdaya saing dan mencetuskan kebaikan kepada ekonomi negara. Trend kini berubah sudah. - Pemuda Ranau


Sumber: Macri.com.my

Oleh Jami’ah Shukri
rencanabh@bharian.com.my


PENSYARAH, penulis dan pakar perunding terkemuka dunia, Peter F Drucker pernah berkata: ‘Inovasi adalah elemen utama kepada usahawan. Dengan mengeksploitasi sesuatu yang berlainan dalam dunia perniagaan dan perkhidmatan mampu mengubah elemen itu.

“Usahawan juga perlu melakukan kajian untuk mendapatkan sumber yang lebih inovasi dan mengaplikasikan ke arah mencipta serta meneroka kejayaan lebih cemerlang.”

Ternyata berfikiran kreatif dan inovasi adalah ramuan terbaik untuk melakukan sebarang penciptaan dalam apa juga sistem kehidupan. Minda kreatif dan inovasi mampu memacu kedudukan tertinggi sosioekonomi sesuatu bangsa. Dalam misi Malaysia mencapai negara maju menjelang 2020, semua sektor perlu menggarapkan nilai kreatif dan inovasi dalam budaya kehidupan mereka.

Dengan itu, langkah kerajaan memperkenalkan model baru berteraskan peningkatan inovasi dan produktiviti pekerja yang disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini, tepat pada masanya ke arah meletakkan kedudukan ekonomi daripada sebuah negara berpendapatan sederhana tinggi kepada pendapatan tinggi.

Model ekonomi baru yang memberi penekanan terhadap aspek inovasi dan produktiviti wajar dilaksanakan segera.

Presiden Persatuan Kreativiti dan Inovasi Malaysia (Macri), Datuk Ghazi Sheikh Ramli menganggap langkah kerajaan itu adalah sejajar dengan misi Macri sendiri yang kini begitu agresif mempromosi kreativiti dan inovasi sebagai jentera bagi menentukan kejayaan negara pada masa depan kepada semua lapisan masyarakat sejak penubuhannya pada April 2007 lalu.

Oleh itu, misi Najib untuk membentuk model baru ekonomi memberi ruang kepada transformasi berkesan dengan menambah nilai yang lebih tinggi menerusi kreativiti dan inovasi. Ekonomi baru ini mampu direalisasikan dengan menyatukan pengetahuan dengan modal insan.

Apa yang perlu dilakukan, Ghazi berkata, keseluruhan sektor ekonomi termasuk di kalangan kerajaan, swasta, akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli perniagaan bertindak untuk mewujudkan transformasi dengan meningkatkan nilai dalam sistem kehidupan mereka.

“Sebagai contoh, syarikat multinasional yang besar dan berjaya, sebenarnya mempunyai budaya inovasi secara menyeluruh di dalam syarikatnya seperti dilakukan IBM, Google, Digi dan Philips.

“Apa yang diperlukan dalam pasaran di Malaysia, syarikat tempatan, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut memberi penekanan terhadap inovasi dalam ekonomi baru dengan menjadikannya budaya dalam syarikat masing-masing. Apabila ini dapat diterapkan segala pelaksanaan program akan mencatat kecemerlangan,” katanya.

Kajian terhadap 25 syarikat inovatif dunia, mendapati Google sentiasa berada paling atas kerana menggarapkan kreativiti dan inovasi dalam setiap amalan syarikatnya.

Syarikat Tata, dari India, umpamanya, sebelum ini tidak pernah termasuk dalam senarai 25 syarikat inovatif terkemuka dunia, tetapi tahun lalu nama negara itu melonjakkan ke tangga ke-6 selepas melakukan inovasi dalam penciptaan kereta cip terkecil di dunia, iaitu Nano yang hanya bernilai AS$2,500.

“Sekiranya kita meluaskan minda dan berfikiran kreatif serta inovatif, apa juga yang dilakukan boleh ditambah nilai dan dikomersialkan.

“Saya fikir strategi terbaik yang perlu dilakukan kerajaan untuk membangunkan ekonomi baru yang berasaskan kepada kreativiti dan inovasi bagi menambah nilai ialah dengan menekankan kepada modal insan,” katanya.

Apa yang penting ialah memastikan seramai mungkin rakyat di negara ini memahami sepenuhnya apa yang dimaksudkan dengan kreativiti dan inovasi.

Penubuhan Macri, katanya, sejajar dengan matlamat negara dan dengan keahlian 1,800 dari pelbagai kaum, iaitu 55 peratus kalangan dewasa dan 45 peratus di bawah usia 21 tahun serta penekanan kepada ‘memperkasakan idea yang mudah’ sebagai pemangkin generasi yang hebat pada masa depan.

Rakyat, kata beliau, tidak seharusnya dangkal fikiran dengan hanya menganggap inovasi berasaskan kepada produk, sebaliknya perlu memperluaskan minda kepada aspek lain.

“Apabila bercakap mengenai kreatif dan inovasi, masih ramai yang salah anggap dan itu perlu dibetulkan. Ada yang menganggap kreativiti hanya dalam bidang muzik, teater, drama, filem dan penulisan, manakala inovasi hanya untuk pakar penyelidik serta saintis. Ini seolah-olah mereka saja yang kreatif.

“Ada juga yang menyatakan inovasi hanya kepada produk. Semua tanggapan itu salah. Oleh itu, kita perlu nyatakan bahawa kreativiti dan inovasi boleh dilakukan oleh semua golongan dalam apa juga bidang.

“Jika tidak didedahkan dengan perkara baru, selagi itu, kita tidak boleh menjadi seorang yang kreatif dan berinovasi. Kita mahu kedua-dua aspek ini tidak hanya sebagai retorik sebaliknya dilaksanakan kerana setiap manusia dilahirkan dengan akal fikiran dan ia perlu dipergunakan sebaik-baiknya,” katanya.

Dalam keadaan ekonomi merudum juga dianggap masa yang sesuai negara bergerak pantas ke arah pembinaan kreatif dan inovasi dalam budaya kehidupan.

Malaysia sudah bersedia ke arah itu kerana sudah didedahkan dengan aspek kreativiti dan inovasi jika dibandingkan dengan negara lain. Apa yang paling utama ialah bagaimana kita perlu melonjak lebih jauh ke arah itu dengan menggunakan model kreatif dan inovasi.

Sudah pasti Wawasan 2020 bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan moto Cemerlang, Gemilang dan Terbilang oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini 1Malaysia oleh Najib adalah cantuman kesinambungan yang amat relevan pada masa ini dalam usaha mencapai sebuah negara maju.

Monday, June 15, 2009

Belia berwawasan bantu jayakan konsep 1Malaysia

Oleh Amirullah Andi Nur
arullah@bharian.com.myAlamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

Sumber: belia.org.my

BELIA adalah aset terpenting dalam sesebuah negara. Jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa depan, bergantung kepada peranan dimainkan golongan ini. Tentunya kita sudah biasa mendengar ungkapan itu.

Justeru, sebagai menghargai sokongan serta sumbangan penting golongan ini kepada negara sejak lebih 51 tahun lalu, maka setiap tahun kerajaan meraikan mereka menerusi sambutan Hari dan Minggu Belia Negara yang tetapkan pada setiap 15 Mei, seperti pada hari ini.

Tahun ini, sambutan perhimpunan berpusat di Melaka, negeri yang kaya dengan sejarah dan paling aktif dengan aktiviti belia. Sambutan awal program ini sebenarnya sudah dilancarkan di Stadium Utama Kangar pada 3 Mei lalu. Bagaimanapun sempena perhimpunan hari ini, acara di Melaka bermula sejak 13 Mei lalu dan berakhir Ahad ini.

Sambutan yang dianjurkan bersama Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Belia Malaysia dan Bahagian Sahabat Belia, Jabatan Ketua Menteri Melaka itu, menyaksikan penganjuran pelbagai acara menarik. Antaranya Karnival Remaja, Festival Rekreasi dan Sukan Belia Kebangsaan serta Konvensyen Belia Kebangsaan.

Kemuncak sambutan tentunya, perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh. Perhimpunan kali ini bertemakan `Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan'.

Dianggarkan kira-kira 20,000 pemimpin dan wakil pelbagai pertubuhan belia dari seluruh negara hadir pada majlis ini. Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden Perhimpunan Belia Sedunia, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek serta Presiden Majlis Belia Malaysia, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dijangka hadir.

Pada awalnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual merasmikan dan sekali gus menyampaikan amanat penting pada majlis ini. Namun beliau terpaksa membatalkannya pada saat akhir kerana menghadiri Sidang Kemuncak Inisiatif Segitiga Terumbu Karang (CTI) di Menado, Sulawesi Utara, Indonesia. Tahun lalu, perhimpunan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil yang dihadiri kira-kira 15,000 pemimpin dan wakil belia, mewakili pelbagai pertubuhan atau persatuan dari seluruh negara. Perasmian program bertemakan `Belia Cemerlang, Negara Terbilang' itu disempurnakan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebagai imbasan, antara lain, dalam amanahnya yang terakhir sebagai Perdana Menteri, Abdullah mahu golongan belia di negara ini menanam sikap untuk sentiasa maju, hebat dan bersemangat tinggi agar dapat mencapai kejayaan dalam setiap bidang diceburi.

“Dengan sikap untuk sentiasa maju dan disertakan dengan ilmu atau kemahiran, belia akan mampu menghadapi saingan yang semakin mencabar. Kita tidak mahu belia tidak bekerja atau terbabit dalam kerja tidak berfaedah... kita mahu tenaga muda ini diperkasakan dan sama-sama membangunkan negara,” katanya.

Perhimpunan secara besar-besaran di Ballroom MITC, Melaka pada petang ini sememangnya sangat dinantikan pelbagai pihak, khususnya di kalangan pemimpin dan ahli belia sama ada di peringkat pusat, negeri atau daerah yang berkumpul di negeri kelahiran Hang Tuah itu sejak beberapa hari lalu.

Sejak mengambil alih kepemimpinan negara pada awal April lalu, tidak banyak diketahui mengenai hala tuju belia negara berlandaskan konsep ‘1Malaysia’ yang diperkenalkan Perdana Menteri. Malah pada peringkat kementerian sendiri, dikatakan belum ada pendekatan paling tepat mengenainya.

Apa lagi dengan pelbagai kes membabitkan golongan belia hari ini yang agak membimbangkan. Misalnya, terbaru, seramai 500 mat rempit dan pelumba kereta haram ditahan di Dataran Merdeka dalam operasi mencegah kegiatan lumba haram dan kesalahan lalu lintas.

Itu tidak termasuk kes berkaitan penyalahgunaan dadah, ragut, pecah rumah, curi kenderaan, gangsterisme, seks rambang atau sumbang mahram termasuk membabitkan remaja di peringkat sekolah yang kebelakangan ini banyak disiarkan media. Kes sebegini tentunya amat membimbangkan kita sebagai rakyat Malaysia.

Ahmad Shabery sebelum ini ada menyentuh konsep 1Malaysia ketika mewakili Timbalan Perdana Menteri melancarkan sambutan Hari dan Minggu Belia Negara 2009 di Kangar. Selepas majlis itu, beliau mengumumkan mengenai konsep ‘Satu Belia’.

Antara lain, beliau berkata, kejayaan konsep 1Malaysia sukar untuk dijayakan jika belia yang kini berjumlah kira-kira 12 juta, tidak bersatu. Bagi menjayakan konsep 1Malaysia, katanya, cara berfikir golongan muda juga perlu ditukar dan ia sepatutnya dimulakan pada peringkat sekolah rendah lagi.

“Belia seharusnya bersatu dan berfikir sebagai satu. Mereka mempunyai tanggungjawab lebih besar sebagai pelapis kepemimpinan negara pada masa depan. Kita patut mengajar mereka supaya menjadi warganegara yang mencintai dan mengasihi negara sebab mereka adalah mewakili masa depan.

“Sebab itu, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan akan menjadi realiti, malah mampu dicapai dengan cepat jika belia bersatu,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim ketika ditemui pada satu majlis di Melaka baru-baru ini berkata, amanat yang bakal disampaikan Muhyiddin pada petang ini sangat penting terutama kepada belia, bagi memahami apa yang ingin dibawakan pucuk pimpinan menerusi konsep 1Malaysia.

Katanya, ini adalah amanat sulung pucuk pimpinan negara kepada belia dalam satu acara yang menghimpunkan semua pemimpin belia, sejak kepemimpinan baru mengambil alih.

“Sebab itu, saya berharap, perhimpunan ini bakal menjadi titik pertemuan kepada seluruh kepemimpinan belia seluruh negara untuk memahami konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri. Amanat ini penting untuk mengajak belia bergerak atas satu nada dan lebih penting, atas satu pemahaman.

“Selepas daripada itu, apabila mereka kembali ke tempat atau kawasan masing-masing, pemimpin atau wakil belia yang hadir ini akan membawa satu suara yang sama dan bukan lagi atas andaian serta pemahaman berbeza-beza. Belia perlu sepakat mencari jalan untuk sama-sama menjayakan konsep 1Malaysia ini,” katanya.

Setiausaha Agung Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Nizam Omar berkata, pertubuhan itu sememangnya menantikan amanat yang bakal disampaikan Timbalan Perdana Menteri terutama berkaitan konsep 1Malaysia.

“Kita berharap akan ada satu perkhabaran gembira disampaikan dalam amanat Timbalan Perdana Menteri nanti, sama ada untuk belia di kampung atau di bandar,” katanya.
Instaforex