Friday, March 27, 2009

Barisan Kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia 2008/2011


Khairy Jamaluddin, Razali Ibrahim dan barisan Exco yang baru

Syabas dan setinggi tahniah kepada Kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia yang baru. Semoga hasrat dan tanggungjawab dipikul dengan ikhlas dan dedikasi. Jadikan Pemuda UMNO sebuah institusi yang berjaya dalam membantu suara akar umbi.

Berikut adalah keputusan dan senarai Kepimpinan Pemuda UMNO yang baru.

PENGERUSI TETAP : Datuk Abdul Fattah Abdullah .................... 460 undi

TIMBALAN PENGERUSI TETAP : Muhammad Yadzan Mohammad ........................ (202 undi)

KETUA : Khairy Jamaluddin Abu Bakar..................... (304 undi)

NAIB KETUA : Datuk Razali Ibrahim............................ (417 undi)

AHLI-AHLI JAWATANKUASA

1. Mohamed Suffian Awang........................ (653 undi)
2. Shafiqurrahman Haji Shamsuddin............... (569 undi)
3. Sohaimi Shahadan............................. (541 undi)
4. Mohd. Gasing Saling........................ (534 undi)
5. Mohd Afandi Yusoff........................... (503 undi)
6. Jamawi Jaafar................................ (471 undi)
7. Wan Amizan Wan Abdul Razak................... (471 undi)
8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin............ (455 undi)
9. Ahmad Darus.................................. (446 undi)
10. Ahmad Zaki Zahid............................ (446 undi)
11. Ali Mazat Salleh............................ (437 undi)
12. Megat Zulkarnain............................ (436 undi)
13. Zuber Zabidi................................ (419 undi)
14. Nazir Hussin Akhtar Hussin.................. (419 undi)
15. Lokman Noor Adam............................ (406 undi)
16. Syahrin Md Jamaluddin....................... (404 undi)
17. Tun Faisal Ismail Aziz ..................... (402 undi)
18. Muhammad Khairun Aseh ...................... (389 undi)
19. Mohd Hisamudin Yahaya....................... (388 undi)
20. Mohamad Iruan Zulkefli...................... (387 undi)




Friday, March 20, 2009

Pemilihan UMNO 2009

Debaran kini semakin hampir. Kita berharap para perwakilan sudah bersedia dan bijak untuk memilih calon-calon yang dipilih yang berupaya membawa demensi baru kepada kepimpinan UMNO selepas ini.

Bagi perwakilan khasnya di bahagian Ranau, ruang masa untuk menilai dan mendengar pandangan dan hujah-hujah daripada calon-calon kini hampir selesai. Pilihlah sebaik-baiknya dengan kematangan dan kebijaksaan, pilihlah mereka yang berupaya untuk membawa mesej rakyat dan mengembalikan kepercayaan kepada rakyat. Terpulang kepada perwakilan menentukan halatuju kepimpinan UMNO selepas ini.

Akhir kata, selamat dan semoga berjaya dalam perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

..
Pemuda Ranau

Friday, March 13, 2009

Pemilik kedai telefon bimbit didakwa hina Sultan Perak

Kita berharap jangan diambil judgement yang tidak adil tentang pertuduhan yang dibuat ke atas saudara Rutinin. Perkara ini sebenarnya masih dalam peringkat awal dan mengikut sumber yang dipercayai, beliau sebenarnya didakwa disebabkan premis kedai telefon bimbit beliau mempunyai talian internet streamyx yang didaftarkan atas nama beliau.

Mengikut cerita beliau, tempat premis beliau sering dikunjungi rakan-rakan yang kerap menggunakan komputer di premis dan melayari internet. Oleh kerana sudah biasa dengan rakan-rakan ini, maka penggunaan komputer beliau itu boleh dikatakan digunakan semacam "public use". Dalam hal ini, ada rakan-rakan yang nakal telah mengambil kesempatan menggunakan komputer ini tanpa disedari oleh beliau, menulis perkataan yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap Sultan Perak. Begitulah ceritanya.

Maka itu, kita berharap peguam bela kepada tertuduh, Sdr Muammar Julkarnain akan membantu beliau untuk perbicaraan pada bulan Mei nanti. Kita berharap saudara Rutinin berjaya dan dilepaskan daripada pertuduhan.

Ikuti kenyataan akhbar yang diambil dari utusan malaysia ...

KOTA KINABALU 13 Mac – Seorang pemilik kedai telefon bimbit didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi komen-komen dalam blog yang menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Dalam pendakwaan kira-kira pukul 9 pagi itu, tertuduh, Rutinin Suhaimin, 35, yang berasal dari Kundasang, Ranau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Hakim, Ummu Kalthom Abdul Samad memutuskan tarikh 25 dan 26 Mei ini perbicaraan kes tersebut.

Tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 dengan deposit sebanyak RM5,000 bersama dua penjamin dari Ranau dan Kota Kinabalu. - Utusan

Thursday, March 12, 2009

PPSMI - FAQ (Soalan Lazim Ditanya)

Situasi semasa kerap kali kita mendengar isu-isu yang kerap diperkatakan lebih-lebih lagi tentang PPSMI - Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Kita juga sukar untuk memahami apa yang menyebabkan perkara ini terus menjadi topik hangat masa ini. Jadi, saya cuba bawakan beberapa pandangan yang saya perolehi daripada penulis blog ini di http://chewal.blogspot.com/. Ikuti pandangan penulis yang diambil:

PPSMI - FAQ (Frequently Asked Question)

1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ?

Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar.

Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal

2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ?

Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan. Pemahaman sains dan matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti).

3. Kenapa mesti bahasa inggeris ?

Kerana 100% bahan rujukan untuk bidnag-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kpd konsep dan fundamentals dalam bahan-bahan rujukan ini.

4. Kenapa tak boleh gunakan BM dalam subjek sains dan matematik ?

BM sudah digunakan sekian lama. Malah sehingga kini BM masih digunakan dalam kedua-dua subjek ini (walaupun secara dwi-bahasa). Masalah yang berlaku adalah semasa di peringkat tinggi (universiti), oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, menyukarkan pelajar utk memahami konsep dan teori asas. Ia memerlukan masa utk pelajar tersebut memahamkan terma-terma tertentu... Ini boleh menjejaskan pemahaman keseluruhan yang membawa kegagalan dalam menguasai konsep bidang yg diceburi. Akhirnya pelajar tadi hanya akan belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan semata-mata untuk segulung ijazah dan bukannya untuk menguasai ilmu.

5. Kenapa perlu kuasai sains dan tekonologi ?

Sehingga kini, umat islam yang merupakan umat terbesar di dunia hanyalah umat pengguna. Kita hanya menjadi pengguna. Kita tidak menjadi pencipta. Yang menjadi pencipta adalah bangsa lain dan agama lain. Maka kita amat bergantung kpd bangsa barat dan yahudi dalam segala-galanya. Ini menjadikan kita begitu lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Malah untuk memboikot barangan US pun kita tidak mampu kerana kita tiada alternatif lain selain daripada bergantung kpd barangan mereka.

Untuk menjadi pencipta, kita perlu kuasai sains dan tekonologi. Bukan sahaja lulus dalam ujian...tetapi perlu kuasa ilmu tersebut. Apabila kita (umat islam) menjadi pencipta, maka bangsa barat dan yahudi tidak akan berani menindas dan menghina umat islam. Kejadian di Palestine juga tidak akan berlaku sekiranya kita adalah umat pencipta dan pengeluar teknologi.

6. Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa mereka ? Mrk tak perlu PPSMI untuk berjaya.

Negara-negara diatas adalah juga negara-negara yg menjadi pelopor kpd tekonologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusi teknologi. Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat utk belajar dan pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terus membuat kajian sendiri. Sebagai contoh, semasa penemuan teknologi transistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telah mendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianya membawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan.

Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolusi teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang mereka lakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi.

Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi.

7. Kenapa kita tidak buat penterjemahan ke BM sahaja ?

Proses penterjemahan sekiranya hendak dilakukan sekarang, memerlukan banyak sumber kewangan, kakitangan, masa dan prasarana lain yang mana kelihatan agak mustahil. Ini kerana perkembangan sains dan teknologi pada zaman ini amat pantas. Ianya bergerak setiap saat. Setiap saat, ada sahaja penemuan teori-terori yang baru.

Seperti jawapan no. 6, negara-negara spt Jepun dan lain-lain telah mula mengkaji dan membuat penterjemahan semasa perkembangan teknologi bergerak perlahan (sebelum zaman revolusi lagi).

Sebagai contoh, Untuk memahami konsep asas transistor yg berasaskan silicon, kita perlu memahami konsep fizik silicon transistor tersebut. Oleh itu, sekiranya hendak membuat penterjemahan, kita perlu menterjemah buku-buku konsep asas fizik dalam semiconductor yang mempunyai pelbagai konsep yang kompleks. Perkataan-perkataan baru dalam BM perlu diwujudkan. Kesemuanya ini memakan masa dan masa yang menjadi penghalang kpd kita. Ini kerana, apabila kita membuat penterjemahan asas fizik utk silicon based semiconductor ini, org-org barat dan penyelidik lain telah pun mencari alternatif kepada silicon. Ini kerana saiz untuk silicon based transistor telah hampir ke saiz atom dan ianya tidak lagi boleh bergerak kehadapan. Maka wujudlah teeori-teori baru seperti RNA, DNA dan CNT (carbon nano-tube) based transistor.

Dimana kita ? Kita masih lagi membuat penterjemahan asas fizik untuk silicon based semiconductor. Selepas kita siap penterjemahan...pihak barat telah pergi jauh di hadapan dgn teknologi yang baru. Kita pula perlu membuat penterjemahan untuk tekonologi yang baru ini. Ini hanyalah mengenai satu konsep yang kecil dalam bidang kejuruteraan elektronik. Bagaimana dgn bidang-bidang lain, konsep-konsep yang lain ?

Maka, kita akan sentiasa berada di belakang teknologi...kerana kita sibuk dengan penterjemahan. Kalau kita berada di belakang tekonologi, bagaimana kita mahu mencipta tekonologi yang baru ?

8. Tidak sukarkah bagi kanak-kanak kecil untuk belajar sains dan matematik dalam BI ?

Sebenarnya, kanak-kanak kecil akan mudah memahami dan mudah mengadaptasi pembelajaran mereka. Sebab itu ianya penting untuk bermula semasa mereka masih kecil. Kanak-kanak kecil bermula sejak dari darjah satu, sekiranya didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam BI, akan mudah memahaminya walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris dan tidak pernah menggunakan bahasa inggeris.

Anak-anak kecil yg berumur 6 tahun berbangsa melayu yang mengikuti keluarga ke United Kingdom terbukti boleh berjaya memahami sains dan matematik dalam BI. Anak-anak kecil ini berumur 6 tahun. Mereka tidak pernah berbahasa inggeris. Ibu bapa mereka juga tidak pernah menggunakan bahasa inggeris dirumah. Tetapi, meraka masuk ke darjah satu di sekolah-sekolah di UK, belajar sains dan matematik dalam BI dan mereka boleh menjadi pelajar cemerlang dalam kelas masing-masing. Mereka berada dalam satu kumpulan bersama pelajar yang cemerlang dan sering memperolehi `reward’ diatas kecemerlangan mereka. Mereka membuktikan bahawa, walaupun tidak didedahkan dengan bahasa inggeris dan tidak tahu berbahasa inggeris... mereka boleh menguasai dan berjaya. Kenapa ? kerana kanak-kanak kecil mudah untuk menerima dan memahami apa yang diajar kepada mereka.

9. Tidak bolehkah BM menjadi bahasa sains dan teknologi ?

Boleh. BM boleh menjadi bahasa sains dan teknologi apabila kita sudah menguasai teknologi tersebut. Apabila kita telah faham dan kuasai sesuatu bidang teknologi, maka kita mampu menjadi pencipta dan penghasil teknologi yang baru. Kita akan berada di hadapan teknologi. Pada masa itu, kita pula menggunakan BM dalam teknologi-teknologi baru yang kita hasillkan.

Maka, pada ketika itu, bangsa-bangsa lain, bangsa barat dan yahudi perlu mempelajari BM untuk menguasai dan mempelajari teknologi yang kita hasilkan. Hasilnya, BM akan menjadi bahasa teknologi, akan menjadi bahasa yang universal dan terkenal di seluruh dunia.

Yang penting, kita perlu kuasai teknologi yang telah dihasilkan dahulu yang kini dikuasai oleh bahasa inggeris.

10. Bolehkah dasar ini mencapai matlamatnya ?

Boleh. Sekiranya semua pihak berusaha sedaya upaya dalam memastikan kejayaan dasar ini. Semua pihak perlu berganding bahu menjayakannya. Semua pihak perlu membuang sikap prejudis, membuang kacamata politik dalam melihat dan memahami dasar ini. Apabila sikap prejudis di ubah, maka kita akan akui matlamat dan objektif dasar ini yang murni. Kita perlu bekerja keras.

Segala usaha, perancangan, prasarana perlu diperhebatkan agar matlamat dan objektif yang murni ini tercapai. Semua kita bertanggungjawab dalam memastikan satu hari nanti, bangsa kita, agama islam bakal menjadi pencipta, pengeluar dan rujukan bangsa-bangsa lain di dunia. InsyaAllah.

Sunday, March 8, 2009

Merencana Perubahan Minda Bumiputera Dengan Mempratikalkan Kreativiti & Innovasi "PURPLE BEACH"

Ambil masa 10 minit untuk melapangkan fikiran, relaks-relaks duduk memikirkan apa yang berlaku kepada persekitaran kita masa ini. Cuba fikirkan & renungkan perlakuan orang-prang kita di Ranau dari segi ekonomi, kerjaya, aktiviti rutin harian, keluarga, aset milik sendiri, pertanian, pasaran, sosial dan macam-macam lagi. Adakah kita perihatin kepada persekitaran kita. Fikirkan juga diri kita, adakah kita selesa dengan kehidupan sekarang atau masih banyak kekurangan dan ruang lagi yang perlu diperbaiki.

Mungkin kita rasakan apa yang difikirkan tadi makin berserabut entah sampai sukar untuk menyimpulkan apa yang bermain dikotak fikiran kita.

Baru-baru ini, saya dan Cikgu Thomas @ Tarmizi menghadiri satu seminar di KCCI Penampang, Sabah yang saya rasakan dapat merangsangkan dan membantu kita untuk mengubah mindset minda kita terhadap persekitaran yang berada di sekeliling kita. Program seminar ini yang berteraskan Konsep Purple Beach - Sistem M3IQRA sebagai tool yang berkesan untuk mencetuskan revolusi minda ke arah mencerna pemikiran yang Kreativiti dan Innovasi secara lebih berkesan lagi. Saya suka untuk meletakkan beberapa gambar disini dan sedikit sebanyak point-point yang boleh kita kongsi bersama.



Ada beberapa topik yang saya cuba kongsikan disini.

1. Apa kah dia Kreativiti & Innovasi?

Terlebih dahulu apa itu kita perlu tahu idea ini macam mana, kerana kreativit & innovasi bermula dari idea-idea yang kita hasilkan. Sesuatu idea itu dihasilkan melalui bagaimana cara kita melihat sesuatu perkara itu, bagaimana ia dapat kita digambarkan dan diilhamkan serta bagaimana ia dapat dicipta dengan cara yang baru. Ia selalunya idea yang special, luar biasa, terkini dan unik.

Jadi, jika kita faham sudah apa itu idea, maka dengan konsep yang lebih mudah, kreativiti adalah hasil-hasil sesuatu idea yang dikumpulkan kemudiannya menghasil dan membentuk idea-idea yang baru. Innovasi itu pula adalah bagaimana mana kreativiti itu diimplementasikan membentuk sesuatu yang terkini.

Permahaman cara kampung kira macam kita umpamakan benih itu idea-idea yang ada ditanam, disiram dan dijaga baik-baik dalam pasu kemudiannya ia membesar dengan mengeluarkan pokok-pokok yang cantik dan berseri.

2. Kreativiti itu amat penting dan perlu ada dalam diri kita, tanpanya kita sukar untuk maju dan bersaing dalam memajukan diri.

3. Kita sebagai bumiputera perlu bergabung memberi idea-idea dan berusaha untuk mengilhamkan bagaimana sumber yang kita miliki itu dipergunakan secara lebih berkesan lagi. Kita perlu keluar dari ke pompong pemikiran dalam kotak. Cuma kita perlu belajar dan mempraktikkan cara kita untuk memahirkan diri lebih berkreatif dan berinovasi.

4. One track mindset bermaksud pemikiran minda yang hanya menjurus satu arah seperti perjalanan keretapi. Kita perlu berusaha menjadikan diri ini berfikir dalam semua bentuk penunjuk arah, seperti helicopter.

5. Maka itu, kita perlu belajar dan belajar untuk menajamkan pemikiran kita agar kita sentiasa bersedia dan berfikiran positif untuk menghadapi kekalutan persekitaran yang tidak menentu. Kaedah yang terbaik adalah bagaimana kita dapat memahami Formula M3IQRA dalam kehidupan kita seperti yang digariskan:
1. Mindset Reset - Menukar cara kita berfikri
2. Motivation - Aspirasi untuk lebih berkreatif
3. Methods - Belajar teknik untuk berkreatif
4. Inquisitiveness & Ingenuity - Senantiasa bertanya dan berasa ingin tahu
5. Questioning - Banyak bertanya bagi menambah pengetahuan
6. Reasoning - Analisis dan logik akan sesuatu
7. Action - Bertindak atau implement


Kita berharap agar kita sebagai bumiputera sentiasa berusaha untuk memajukan diri, jangan biarkan diri kita ketinggalan kerana kita punya kekuatan yang harus dieksploitasikan. Untuk pengetahuan lanjut sila rujuk Ghazi - Malaysian Association of Creativity and Innovation (MACRI)
Instaforex