Wednesday, February 24, 2010

Kekalkan jawatan Pengerusi BN Parlimen Ranau

Dalam kenyataan akhbar yang disiarkan dalam akhbar tempatan di sini baru-baru ini, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ranau yang dipimpin oleh Ketua Pemuda, Saudara Faez Ainstein Nordin, berharap desas desus berkaitan pertukaran jawatan Pengerusi BN oleh parti komponen BN lain adalah tidak benar . Ini kerana secara tradisinya sejak dahulu lagi jawatan Pengerusi BN di bahagian diterajui oleh UMNO iaitu Ketua UMNO Bahagian masing-masing dan ia seharusnya tidak akan ada berlaku perubahan dan perlu dikekalkan.

Di Parlimen Ranau, jawatan Pengerusi BN pada masa ini disandang oleh YB Datuk Masidi Manjun Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang juga Ketua UMNO Bahagian Ranau merangkap wakil rakyat DUN Karanaan.

Pergerakan Pemuda UMNO Ranau sentiasa berada dihadapan untuk mempertahankan agar Pengerusi BN Parlimen Ranau dikekalkan kerana rekod kerja pemimpin-pemimpin yang diterajui oleh UMNO itu sendiri sebenarnya berjaya membawa keharmonian dan perpaduan yang cukup baik di Ranau.

Jikalau desas-desus ini benar, Pemuda UMNO Ranau bimbang ini akan menimbulkan banyak masalah khususnya di peringkat akar umbi dan kesannya akan dirasai pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Sebeanrnya, perkara ini tidak perlu disentuh untuk kebaikan bersama, yang paling utama adalah mengekalkan momentum sokongan rakyat terhadap BN perlu diteruskan. Semua wakil rakyat di Ranau yang masing-masing terdiri daripada parti UMNO, UPKO, dan PBS telah menunjukkan komitmen dan usaha kerja keras membela nasib rakyat sejak dari dahulu lagi.

Jadi, tidak perlulah menyentuh 'Jawatan Pengerusi BN" ini lagi. Banyak isu-isu setempat yang lain seharusnya diselesaikan dahulu daripada menjadi hero merebut jawatan yang ini. Jangan menjolok sarang tebuan jika rakyat Ranau sudah selesa dengan peranan yang diambil oleh Pengerusi BN sedia ada.

6 comments:

  1. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, BN Ranau belum menampakkan keserasian sebenar didalam menggerakkan jentera kepimpinannya.
    Ketika ini soal siapa Pengerusi BN menjadi bualan. Ada 'pro dan kontra' nya yang boleh diambil perkiraan didalam menentukan kepada siapa yang layak untuk menduduki jawatan tersebut. Apapun, UMNO sebagai parti pendukung dengan keahlian 23,000 orang wajar diberi perhatian walaupun pada dasarnya kawasan ini adalah dipegang oleh MP daripada UPKO.
    Jika diimbas semula peranan yang dimainkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini oleh kepimpinan BN samada peringkat Pemuda,Wanita ternyata juga kurang menyengat dan hakikatnya tidak memperlihatkan kesungguhan bersama dalam membawa pelbagai program yang boleh melonjakkan kegagahan/keunggulan BN. Bak kata diorang 'masing-masing bah kita ini...'.
    Apakah dalam kita mendepani cabaran 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan' oleh DS Najib ini boleh membawa kita kearah kecemerlangan BN Ranau melalui kesepakatan sebenar selepas ini..sama-sama kita lihat.
    Siapapun yang memegang tampuk jawatan tersebut harus memikirkan ketelusan dalam perjuangan kepada rakyat dan kekukuhan kepimpinan BN,bukannya hanya 'makan sebelah' kerana akhirnya isu ini juga boleh mencorak soal sokongan/undi didalam PIRU13 nanti...
    Renungan bersama....

    ReplyDelete
  2. Keputusan ini sudah dibuat, pengerus BN baru d semua parlimen Sabah sudah diumumkan baru-baru ini.

    Kita berharap tidak ada kekecewaan antara parti komponen dan bekerja keras untuk menjuarai hati rakyat.

    Tahniah kepada Datuk Ewon Ebin atas perlantikan Pengerusi BN untuk Parlimen Ranau. Walaupun hati orang UMNO terkilan dengan keputusan yang diterima dari pucuk pimpinan. Bila sudah pegang pengerusi ini, jangan pulak orang UMNO tidak dilihat sama sekali suaranya.

    ..
    Pemuda UMNO

    ReplyDelete
  3. Entah benar atau tidak tapi saya ada mendengar banyak cerita orang ramai yang tidak semakin kurang yakin dengan kepimpinan sekarang. Kalau kita p ke kedai2 makan ranau dan dengar orang cerita di belakang banyak yang tidak sedap didengar. Saya tidak kisah dengan siapa pilihan orang ramai tapi bagi saya ialah pemimpin itu mesti dekat dengan rakyat dan senang beramah mesra dengan orang ramai. Entah di mana silapnya sehingga orang mula mengatakan yang pertandingan pengerusi BN Ranau akan berlaku nanti. Mereka kata yang Datuk Masidi akan dicabar oleh seseorang..

    ReplyDelete
  4. Kita berharapkan agar pertandingan tidak akan berlaku. Biasalah bila topik ini dibincangkan di kedai-kedai kopi, yang penting adalah pemimpin yang dapat bersatu dengan pemimpin komponen dalam bersama memajukan Ranau.

    Harap saya adalah tn Iddinm senantiasa memberi sokongan, pandangan & teguran kepada kami.

    ReplyDelete
  5. tiada cerita barulah. Masidi dulu orang kata ok tapi hangat hangat taie ayam juga. Banyak cakap tapi disebalik cakap dia saja yang tau. Dtk Ewon wpun org banyak cakap itu ini, tapi masih steady dan kekalkan rentak pemimpin....itu yang kita mau. Sama2 pemimpin jangan ada dibelakang, depan ketawa sama, makan sma tapi dibelakang kita tikam. Ingat....dusun bukan banyak. Bersatu sajalah....kita akan kuat. nabalu

    ReplyDelete
  6. Btul..1 kompenan yg sma..bt pa amk parti dr sebarang,kita org tempatan...umno tu bgs tp utk org melayu...fhm2...kalu bngsa lain msk kg sdri...ssh utk terima..sma mcm zmn jepun..cr lain sj..kita d jajah dlm cr baik dn kptngan org lain
    ..

    ReplyDelete

Instaforex