Thursday, February 26, 2009
Tingkatkan pendapatan golongan miskin
Sumber: Utusan Malaysia
TELUK INTAN 25 Feb. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan semua kementerian dan jabatan kerajaan terbabit agar menjalankan program meningkatkan pendapatan golongan miskin dalam usaha membantu mereka berdepan dengan suasana kelembapan ekonomi pada masa ini.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengenal pasti golongan tersebut bagi membolehkan bantuan disalurkan kepada mereka.
“Usaha-usaha sedang dijalankan oleh kementerian untuk memastikan yang benar-benar berhak sahaja akan mendapat bantuan daripada Program Jaringan Sosial ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau melancarkan Kad Jaringan Keselamatan Sosial Malaysia dan Bantuan Kebajikan Persekutuan di Arena Square di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.
Abdullah berkata, sehingga kini, pihak KPWKM telah menerima 92,654 permohonan bantuan dan daripada jumlah itu, sebanyak 40,561 permohonan telah diluluskan.
Kata beliau, sebanyak 15,358 permohonan tidak diluluskan manakala 36,735 masih dalam siasatan pihak kementerian.
Perdana Menteri berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menerima sebanyak 44,643 permohonan bantuan daripada program e-Kasih kendalian Jabatan Perdana Menteri.
Daripada jumlah itu, menurut Abdullah, sebanyak 13,560 permohonan diluluskan dan 12,723 permohonan ditolak manakala bakinya iaitu 26,283 permohonan sedang disiasat.
“Kerja-kerja mengenal pasti individu yang layak menerima bantuan akan terus berjalan dari semasa ke semasa malah bagi sesetengah kawasan, bantuan akan terus diberi bagi mereka yang telah dikenalpasti.
“Kita dapati dalam keadaan ekonomi yang susah sekarang, tentu sekali keluarga miskin sedang berada dalam tekanan dan mungkin rasa gelisah, jadi bantuan ini diharap dapat melegakan mereka,” katanya.
Tambah beliau, kerajaan pada masa yang sama turut memberi bantuan kepada golongan miskin di negara ini iaitu dalam bentuk penyediaan rumah, bantuan makanan, kesihatan dan pertanian.
Virus Saluran 4 dan 5 - Saluran Pengundi Muda?
Saya tertarik dengan rencana ini. Saya sekadar ingin bertukar fikiran adakah trend ini bakal mengubah persepsi pengundi muda akan datang terutama sekali di Ranau, Sabah. Kita berharap pemimpin-pemimpin kita senantiasa bersedia sepenuh jiwa raga menjadi pemimpin yang berjiwa rakyat memastikan tanggungjawab & amanah yang diberikan memberi kebaikan kepada rakyat. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang tapi pastikan gagasan dan wawasan itu dirancang agar itu boleh memberi impak yang berkesan kepada pembangunan daerah kita.
Teruskan pembacan kenapa kita sering memperkatakan Saluran 4 & 5 iaitu Saluran Pengundi Muda tidak memihak kepada BN. Mungkin ada sesuatu yang perlu dikaji dan difahami sedalam-dalamnya. Harap orang-orang muda kita di Ranau tidak terikut trend ini, kita berdoa agar mereka senantiasa berdiri di belakang BN.
Zulkiflee Bakar (Mingguan Malaysia)
SENARIO yang berlaku ketika proses pengiraan undi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu agak menarik untuk direnung.
Ini kerana ketika proses pengiraan bermula, Barisan Nasional (BN) dilihat mendahului kerana majoriti undi saluran 1,2 dan 3 menyebelahi parti itu. Bagaimanapun situasi berubah apabila kotak undi saluran 4 dan 5 dikira, BN tewas satu demi satu sebelum diisytiharkan kalah.
Namun begitu kegagalan BN menguasai saluran 4 dan 5 yang dianggap suara generasi muda bukanlah suatu kejutan, sebaliknya ia sememangnya sudah dijangkakan.
Malah itu merupakan kali kedua BN tewas dalam pilihan raya kecil akibat saluran berkenaan, sebelumnya BN kecundang di Permatang Pauh.
Kegagalan BN mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen serta kehilangan kuasa di Kedah, Perak dan Selangor juga dikaitkan dengan saluran tersebut.
Malah di Kelantan, pengundi muda dikatakan sama sekali tidak menyebelahi BN sehingga memungkinkan Pas terus berkuasa di negeri tersebut.
Generasi muda yang menguasai undi di saluran 4 dan 5 mempunyai pemikiran berbeza.
Perkembangan teknologi maklumat yang berkembang pesat telah membolehkan mereka bukan sahaja mendapat sebarang perkembangan dengan cepat malah boleh diracuni fikiran mereka oleh permainan kotor pembangkang.
Persepsi yang paling mencabar untuk dihapuskan oleh BN di kalangan generasi muda ialah kalau BN cakap itu propaganda dan kalau pembangkang cakap itu kebenaran.
Mengulas isu saluran 4 dan 5 ini, penganalisis politik, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, generasi mudah tidak mahu mendekati BN kerana mereka melihat parti itu termasuklah UMNO seperti tidak mewakili aspirasi mereka sebaliknya hanya untuk kepentingan orang-orang yang lebih dewasa khususnya golongan elit.
''Kepada mereka, UMNO sudah menjadi terlalu elitis, malah golongan muda dalam BN dan UMNO juga sangat elitis dengan gaya hidup 'super newah' dan umpama selebriti," katanya ketika dihubungi.
....Dalam tinjauan penulis di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, baru-baru ini, persepsi ini juga wujud di kalangan penduduk.
Mereka mengaitkan UMNO dengan gaya hidup mewah, mereka muak dengan gelagat sesetengah pemimpin Pemuda yang dilihat terlalu elit apabila masuk ke kampung-kampung.
Lebih memburukkan lagi keadaan melalui propaganda yang dilakukan oleh pembangkang tanpa mahu mengkaji sama ada sesuatu dakwaan itu benar atau tidak, pemimpin-pemimpin BN terutamanya UMNO sering dikaitkan dengan rasuah, skandal dan sebagainya.
Mungkin ia adalah persepsi tetapi akibat persepsilah BN hampir kecundang dalam pilihan raya umum lalu.
Semua ini tidak menguntungkan BN, persepsi buruk masih menebal di kalangan rakyat terhadap parti itu terutamanya generasi muda yang menguasai saluran 4 dan 5 masih menebal.
BN akan terus menghadapi masalah jika persepsi ini tidak ditangani dengan betul.
Keadaan menjadi semakin mencabar apabila tiada usaha bersungguh-sungguh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin muda dalam BN untuk mendekati pengundi-pengundi muda.
''Pemimpin-pemimpin atas BN dan UMNO sudah lama disengaged dengan orang muda di institut pengajian tinggi dan kolej-kolej, tiada dialog dua hala dan interaksi dengan golongan muda," kata Dr. Mohamed Mustafa.
Bagi parti tersebut, masalah lebih ketara ialah generasi muda tidak melihat mana-mana pemimpin parti itu yang sesuai atau setaraf dengan ketokohan yang ada kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Jika dulu walaupun mereka tidak menyukai BN dan UMNO tetapi berikutan ketokohan yang ada kepada Dr. Mahathir mereka sedia menyebelahi BN begitu juga kaum bukan Melayu.
Namun sekarang suasana sudah berbeza. Walaupun apa yang dikatakan oleh generasi muda mengenai barisan kepimpinan BN dan UMNO hanyalah persepsi tetapi tafsiran seumpama itu tidak harus dibiarkan.
''Kita terpaksa akui bahawa kepetahan bercakap yang ada kepada pembangkang tidak ada kepada sebahagian besar pemimpin BN, walaupun apa yang dikatakan oleh pembangkang hanyalah retorik dan hipokrit tetapi macam mana hendak kita hendak yakinkan rakyat, ini soalnya," kata seorang pemimpin Pemuda UMNO bertaraf Ahli Parlimen ketika dihubungi.
Sebagai contohnya, isu lompat parti, ia hakikatnya dipelopori oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi apabila ada ahli pembangkang beralih arah menyokong BN, pembangkang berjaya meracuni pemikiran rakyat untuk mempercayai ia perbuatan tidak bermoral tetapi semasa mereka menguar-uarkan 'mimpi 16 September' bagi menumbangkan kerajaan BN tidak pula soal ini ditimbulkan?
Begitu juga soal moral, apabila pemimpin BN didapati melakukan perbuatan yang bertentangan dengan moral, mereka menyerang habis-habisan sehinggakan rakyat melihat pemimpin BN terlalu jijik tetapi apabila ia dikaitkan dengan pembangkang, ia akan dianggap satu fitnah dan konspirasi politik paling jahat dan keji.
Tetapi BN tidak mampu menangani ini semua, generasi muda amat dekat dengan internet, membaca blog setiap hari adalah rutin mereka tetapi BN tidak mempunyai blog yang benar-benar berwibawa menangkis pembangkang.
Sebaliknya pembangkang bukan sahaja mempunyai ribuan blog yang menyokong mereka, malah 'memiliki' media on line yang menyebelahi mereka.
Kita akui bahawa BN cuba melawan melalui internet tetapi ia tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh, kalau pun wujud blog tersebut ia ibarat tempat melepaskan geram sahaja, lebih malang lagi ada sesetengah blog yang diketahui diasaskan oleh pemimpin UMNO bertindak 'membelasah' pemimpin UMNO sendiri.
Kesudahannya rakyat terutamanya generasi muda menjadi keliru dan membolehkan mereka menjadi yakin bahawa apa yang diperkatakan oleh pembangkang terhadap sesetengah pemimpin UMNO adalah betul......
Wednesday, February 25, 2009
Gambar calon UMNO pada kertas undi
KUALA LUMPUR 25 Feb. – Calon yang akan bertanding pada pemilihan UMNO Mac ini, tidak perlu risau sekiranya kurang dikenali oleh perwakilan kerana wajah mereka akan tertera pada kertas undi.
Ia dicadang diperkenalkan buat pertama kalinya pada pemilihan kali ini.
Setiausaha Kerja UMNO, Brig. Jen. (B) Datuk Husainay Hashim berkata, langkah itu bagi memudahkan perwakilan mengingati wajah calon-calon yang bertanding memandangkan jumlah mereka terlalu ramai.
“Ini juga satu langkah yang baik untuk mereka yang baru menjadi calon,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, langkah itu dicadangkan oleh Sekretariat Ibu Pejabat UMNO dan telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO semalam.
“Jawatankuasa itu ada memberi beberapa komen dan kita akan cuba membetulkannya, kita tidak mahu ada sebarang kekurangan langsung,” katanya.
Menurut beliau, keputusan mengenai penggunaan gambar calon pada kertas undi akan ditentukan oleh Majlis Tertinggi UMNO (MT).
Jelasnya, beberapa siri percubaan telah dijalankan dan pandangan beberapa pihak sudah pun diambil kira dalam rancangan menyertakan gambar calon itu.
Katanya, penyertaan gambar calon bukan sekadar untuk jawatan MT tetapi juga untuk semua jawatan melibatkan sayap-sayap parti.
Seramai 269 calon akan bertanding merebut pelbagai jawatan dalam MT dan ketiga-tiga sayap parti itu pada pemilihan yang berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.
Jawatan yang akan dipertandingkan untuk MT ialah Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli MT.
Sumber: Utusan Malaysia
Tuesday, February 24, 2009
Majlis Perasmian Kompleks Pusat Islam Dakwah Kundasang, Ranau
Usaha ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam melihat syiar Islam dapat disebarkan kepada rakyat yang mana agama Islam itu sesungguhnya membawa kepada perpaduan dan kecintaan terhadap penciptanya.
Gambar yang disediakan adalah sebahagian sahaja semasa majlis ini dijalanakan.
Saturday, February 21, 2009
Pemuda Umno Sabah hantar empat calon tanding Exco Pemuda Umno Pusat
KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Umno Sabah memutuskan akan menghantar empat calon dalam pertandingan Exco Pemuda Umno Pusat.
Mereka terdiri daripada Ketua Pemuda Kalabakan, Gasing Haji Saling, Mantan Ketua Pemuda Umno Semporna, Nixon Haji Abd Habi, Ketua Pemuda Umno Kota Kinabalu, Baharul Razha Haji Chuprat dan Ketua Pemuda Umno Tenom, Jamawi Haji Jafar.
Ketua Pemuda Umno Negeri, Datuk Japlin Akim, berkata pihaknya juga akan mengadakan beberapa program bagi memperkenalkan calon yang bertanding kepada perwakilan pada 28 Februari ini.
“Kita akan membawa mereka untuk mendekati pemimpin akar umbi dan perwakilan di setiap bahagian,” katanya.
Berkata dalam Mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sabah, di Bangunan Umno di sini, Japlin berkata dalam mesyuarat berkenaan pihaknya turut membincangkan tentang persediaan Pemuda Umno Negeri ke Perhimpunan Agung Umno Pusat di Kuala Lumpur pada Mac depan.
“Dalam persidangan itu nanti, kita juga telah memutuskan Exco Pemuda Hasnol Ayub sebagai wakil Pemuda Umno untuk berucap dalam perhimpunan itu nanti.
“Kita juga turut membincangkan persiapan yang lebih rapi sekiranya Majlis Tertinggi memutuskan pilihan raya akan diadakan di Pensiangan,” katanya yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Infrastuktur.
Wednesday, February 18, 2009
SEMINAR ROADSHOW IBS BUMIPUTERA SELURUH MALAYSIA
ZON: SABAH
TARIKH: 2 Mac. 2009
TEMPAT: Auditorium, Pusat Pentadbiran Persekutuan Sabah, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, Sabah
• PENYERTAAN ADALAH PERCUMA !!!!!!
• SIJIL PENYERTAAN DIBERIKAN
• KETERANGAN LANJUT LAYARI www.pkk.mecd.gov.my
Pengenalan Seminar
Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Bumiputera, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan mengadakan Program Seminar Roadshow IBS Bumiputera Seluruh Malaysia Peringkat Zon Utara, Tengah, Selatan, Timur Sabah dan Sarawak.
Antara objektif penganjuran ini adalah untuk :
* Memupuk kesedaran Usahawan Bumiputera mengenai pelaksanaan sistem IBS ini;
* Memberi penjelasan program-program yang telah diaturkan oleh agensi-agensi kerajaan mengenai sistem IBS ini;
* Memberi penjelasan peluang-peluang yang dapat diceburi oleh Usahawan Bumiputera dalam penggunaan sistem IBS;
* Memaklumkan dasar pelaksaaan projek IBS dalam industri pembinaan;
* Memaklumkan tatacara perolehan projek-projek kerajaan berasaskan IBS;
* Mengenalpasti bidang yang minat diceburi oleh kumpulan dalam menyokong program IBS;
* Berkongsi pengalaman dengan penggiat yang telah menceburkan diri dalam bidang IBS;
* Memudahkan pembentukan Usahawan Bumiputera dalam bidang IBS
Institue Of Studies (GIS) tawar pelbagai kursus
Lihat jadual temuduga dibawah.
Pelajar yang layak untuk mendaftar ke GIS akan mendapat pinjaman penuh daripada pihak kerajaan pendidikan seperti PTPTN (Perba-danan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan TPK (Tabung Pembangunan Kemahiran).
Untuk pelajar diploma, mereka akan mendapat elaun PTPTN dari RM4,000 sehingga RM14,000 untuk kegunaan sara diri, manakala untuk kursus JPK commis dan demi chef tahap 1 (L-041-1) & tahap 2 (L-041-2) akan mendapat elaun sara diri sebanyak RM3,000.
Hormati Keluhuran Perlembagaan
Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya pada hari ini sekali lagi kita dapat bersama-sama dalam istiadat perasmian penggal kedua, Parlimen Ke-12. Pada kesempatan ini beta ingin menyentuh beberapa perkara yang wajar diamati dan diambil perhatian.
Pada tahun 2008, dunia telah dilanda krisis kewangan global yang bermula di Amerika Syarikat, kemudiannya ke Eropah dan bahangnya dirasai oleh kebanyakan negara termasuk Malaysia.
Walaupun dunia pada masa kini menghadapi cabaran ekonomi yang amat getir, namun ekonomi negara masih bertahan kerana langkah-langkah telah pun diambil bagi memperkukuhkan asas ekonomi dan sistem kewangan negara sejak krisis kewangan pada tahun 1997/98.
Sehubungan itu, pada tahun lalu, ekonomi negara terus berkembang pada kadar sekitar lima peratus dan jumlah perdagangan antarabangsa kekal melebihi RM1 trilion.
Pada tahun ini situasi ekonomi dunia dijangka lebih mencabar dan boleh menggugat pertumbuhan ekonomi negara. Melalui Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Mamanda Perdana Menteri yang bermesyuarat setiap minggu, kerajaan sentiasa memantau dengan rapi persekitaran ekonomi global dan mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan impaknya ke atas ekonomi negara.
Antara langkah yang diambil ialah melaksanakan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion, mengkaji semula strategi pembangunan, menyenarai utamakan program dan projek pembangunan, menggalakkan perbelanjaan penggunaan dan pelaburan swasta serta melaksanakan projek yang mempunyai kesan pengganda tinggi bagi menjana pertumbuhan ekonomi dalam negara.
Beta berharap dengan pelaksanaan langkah-langkah tersebut ekonomi negara akan terus berkembang dan kesejahteraan rakyat akan terpelihara. Jika keadaan memerlukan, pakej tambahan untuk menstabilkan ekonomi akan diperkenalkan.
Kerajaan beta akan terus meminimumkan kesan kelembapan ekonomi global ke atas sektor perdagangan dan perindustrian negara. Antara langkah tersebut ialah mewujudkan iklim pelaburan yang lebih kondusif, meningkatkan daya saing negara serta memperkenalkan dasar pelaburan yang lebih liberal dan telus.
Dalam hubungan ini, promosi dan usaha bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan dari negara-negara yang mempunyai lebihan dana Timur Tengah dan Republik Rakyat China akan dipertingkatkan. Begitu juga pelaburan dari India dan rantau ASEAN. Di samping mengekalkan eksport ke pasaran tradisi, usaha-usaha akan digiatkan lagi untuk meneroka pasaran baru yang berpotensi.
Sektor perkhidmatan yang merupakan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan berperanan lebih besar dalam menjana pertumbuhan, memperluaskan asas ekonomi dan menyumbang kepada hasil eksport negara. Langkah-langkah liberalisasi sektor perkhidmatan secara terancang dan progresif akan terus diambil supaya sektor tersebut menjadi lebih kompetitif di peringkat serantau dan global.
Sektor pelancongan adalah antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi dan sumber pendapatan pertukaran wang asing negara.
Pada tahun lalu negara telah mencatatkan ketibaan seramai 22,050,000 pelancong dan menyumbang sebanyak lebih kurang RM48 bilion kepada pendapatan negara.
Pada tahun ini, di sebalik kelembapan ekonomi global, kerajaan menyasarkan ketibaan seramai 20 juta orang pelancong ke negara ini.
Sehubungan ini, promosi produk-produk pelancongan seperti ekopelancongan, pelancongan kesihatan, pelancongan pendidikan, pelancongan pelbagai keagamaan, program Malaysia Rumah Keduaku, program inap desa serta Malaysia sebagai lokasi membeli-belah, mesyuarat, konvensyen dan pameran antarabangsa akan terus dipertingkatkan lagi.
Selain itu, kerajaan beta juga akan mempromosikan program minat khas seperti sukan golf, selam skuba dan memancing. Bagi menggalakkan pelancongan domestik, destinasi-destinasi pelancongan yang sebelum ini kurang mendapat pendedahan akan dipromosikan dengan lebih agresif.
Pada masa yang sama penjagaan kebersihan, alam sekitar dan sistem pengangkutan serta kemudahan awam akan terus diberi perhatian bagi memajukan lagi industri pelancongan negara.
Beta sukacita kedudukan Malaysia dalam Laporan Kajian Bank Dunia bagi kemudahan menjalankan perniagaan telah meningkat daripada kedudukan ke-24 pada tahun 2008 kepada kedudukan ke-20 di kalangan 181 buah negara pada tahun 2009.
Pada masa yang sama, tumpuan akan terus diberi terhadap usaha-usaha meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang akan menyumbang kepada peningkatan daya saing negara. Ini semua boleh meningkatkan lagi kemasukan pelabur ke negara ini.
Bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana berdaya maju yang menerima kesan buruk daripada kelembapan ekonomi global, Skim Bantuan Jaminan PKS bernilai RM2 bilion telah disediakan bagi membolehkan mereka mempunyai akses kepada pembiayaan pada kos yang lebih rendah.
Justeru, beta menyeru institusi perbankan supaya terus menyediakan kemudahan pembiayaan kepada syarikat-syarikat perniagaan dalam usaha menjana dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Selain daripada langkah-langkah yang beta nyatakan, pihak industri sama ada besar, sederhana atau kecil wajar beralih kepada industri yang berasaskan tekonologi tinggi, misalnya bioteknologi. Pihak industri hendaklah juga mengambil peluang-peluang yang disediakan dengan menceburi dalam bidang pertanian dan pengeluaran makanan secara moden dan berskala besar.
Pihak swasta juga hendaklah mengambil peluang sepenuhnya di atas keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap pensijilan halal Malaysia. Ini bertujuan bagi memperkukuhkan kedudukan negara kita sebagai hab barangan dan perkhidmatan halal dunia.
Kepakaran Malaysia dalam perbankan Islam yang diiktiraf masyarakat antarabangsa juga boleh dieksploitasi bagi mempertingkatkan kedudukan Malaysia sebagai hab sistem perbankan Islam.
Komoditi juga merupakan antara penyumbang utama kepada ekonomi negara. Walau bagaimanapun, ketidaktentuan harga komoditi kebelakangan ini telah memberi kesan kepada pendapatan pekebun-pekebun kecil.
Sehubungan ini, kerajaan beta telah mengambil langkah-langkah perlu bagi meringankan beban mereka dengan menggalakkan industri hiliran, meningkatkan penggunaan biobahan api, meneroka pasaran-pasaran baru dan memberi insentif penanaman semula kelapa sawit dan getah.
Di samping itu, kerjasama dengan negara-negara pengeluar lain akan dipertingkatkan bagi menstabilkan harga komoditi di pasaran antarabangsa.
Masyarakat Felda juga tidak terlepas daripada kesan kejatuhan harga komoditi. Justeru, langkah-langkah menggiatkan aktiviti keusahawanan serta melaksanakan Program Bumi Hijau telah diambil untuk meringankan beban mereka. Kerajaan beta juga telah menyediakan pelbagai program untuk membangunkan sosioekonomi generasi kedua dan ketiga peneroka Felda. Golongan ini akan diperkasa melalui pelbagai latihan kemahiran termasuk dalam bidang teknologi tinggi.
Dalam usaha meringankan beban rakyat jelata menghadapi suasana ekonomi yang mencabar, beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan beta misalnya pemberian pelbagai subsidi serta meneruskan kawalan harga barangan keperluan.
Seperti yang dijanjikan, harga runcit petrol dan diesel telah diturunkan sebanyak tujuh kali selaras dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia.
Ini jelas menggambarkan keprihatinan kerajaan beta terhadap kesejahteraan rakyat jelata. Usaha ini hendaklah disokong oleh semua pihak termasuk para pengusaha, peniaga, badan bukan kerajaan dan persatuan pengguna.
Rakyat jelata juga perlu beriltizam bersama kerajaan beta menangani cabaran ekonomi masa kini dengan meningkatkan produktiviti, berbelanja dengan bijak serta mengutamakan barangan tempatan seperti mana kempen membeli barangan Malaysia yang telah dilancarkan oleh Mamanda Perdana Menteri bagi merangsang pertumbuhan ekonomi domestik.
Dalam menangani kenaikan harga barangan makanan, adalah menjadi hasrat kerajaan beta memastikan rakyat memperoleh bekalan makanan yang mencukupi dan pada harga yang berpatutan. Pada masa yang sama rakyat adalah digalakkan untuk mengeluarkan bahan makanan sendiri melalui Program Bumi Hijau.
Beta menyeru supaya kelembapan ekonomi yang dihadapi sekarang dijadikan sebagai titik tolak untuk para pengusaha mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dan mengutamakan tenaga kerja tempatan. Dalam sektor pembinaan misalnya, para pengusaha boleh mengguna pakai kaedah sistem binaan berindustri. Pada masa yang sama, tenaga kerja tempatan juga hendaklah tidak terlalu memilih kerja. Sehubungan ini, langkah kerajaan beta menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Pemberhentian Pekerja di peringkat nasional, negeri dan daerah, Jawatankuasa Pemudah Cara Penggajian Pekerja Yang Diberhentikan untuk melatih dan menempatkan pekerja-pekerja yang diberhentikan dan mengeluarkan garis panduan Pengurusan Pemberhentian Pekerja bagi membantu majikan mengekalkan tenaga kerja selama mana yang boleh, adalah tepat.
Kerajaan beta tidak akan sama sekali mengabaikan kaum-kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak, masyarakat Orang Asli serta masyarakat luar bandar termasuk petani, nelayan dan pekebun kecil. Pelbagai langkah dan usaha untuk mempertingkatkan taraf ekonomi kaum-kaum tersebut dan merapatkan jurang pembangunan antara kawasan luar bandar dengan bandar akan terus dilaksanakan.
Antara usaha-usaha tersebut termasuklah penyediaan peruntukan biasiswa yang khusus bagi kaum-kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak serta golongan-golongan yang amat memerlukannya. Di samping itu, kerajaan beta juga akan mengambil berat akan masalah-masalah yang dihadapi oleh kaum India dengan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Bagi Mengenal Pasti dan Memantau Penyertaan Kaum India dalam program dan projek kerajaan yang dipengerusikan oleh Mamanda Timbalan Perdana Menteri bagi mempertingkatkan penyertaan kaum tersebut dalam arus pembangunan negara.
Kerajaan beta telah mengambil langkah-langkah yang bersepadu bagi membantu rakyat menghadapi kesan-kesan sosioekonomi berikutan kelembapan ekonomi global. Sejak tahun lalu Projek Cari telah dilaksanakan bagi memastikan setiap rakyat yang memerlukan tanpa mengira kaum mendapat bantuan daripada kerajaan. Pada masa yang sama Jaringan Keselamatan Sosial telah diperluaskan dengan menaikkan kelayakan pendapatan isu rumah bagi membolehkan lebih ramai golongan yang memerlukan seperti golongan miskin, warga emas dan ibu tunggal diliputi di bawah skim-skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kemudahan perumahan terutamanya bagi golongan yang memerlukan terus menjadi agenda utama kerajaan beta. Sehubungan ini, Program Perumahan Rakyat, Program Bantuan Rumah, Projek Rumah Mesra Rakyat dan sebagainya akan terus dilaksanakan dan dipertingkatkan bagi memastikan rakyat golongan berpendapatan rendah memiliki rumah yang selesa mengikut kemampuan mereka.
Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi sebanyak 25,500 unit rumah akan dibina pada tahun ini. Skim Jaminan Kredit Perumahan telah disediakan bagi membantu golongan yang tidak berpendapatan tetap memiliki rumah kos rendah dan sederhana rendah.
Beta bangga dengan pengisytiharan bandar raya Melaka dan Georgetown sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO. Pengiktirafan tersebut hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya untuk mempromosi pelancongan negara. Beta ingin mengingatkan agar apa jua tindakan yang boleh menjejaskan pengiktirafan tersebut hendaklah dielakkan.
Beta dukacita walaupun negara kita telah 51 tahun merdeka, namun isu-isu perkauman yang sempit masih dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu dan menjadi perdebatan umum. Beta ingin menegaskan bahawa kerajaan beta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan.
Hak-hak setiap rakyat di negara ini yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan sentiasa dipelihara dan dihormati. Sehubungan ini, beta menyeru semua rakyat bersama-sama meningkatkan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran negara. Kepelbagaian kaum dan budaya yang dimiliki hendaklah digembleng menjadi kekuatan negara kita.
Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama-agama lain bebas untuk diamalkan. Oleh itu, beta mengingatkan semua pihak supaya menghormati kedudukan tersebut dan tidak mempersoalkannya.
Perlembagaan Persekutuan juga adalah undang-undang tubuh dan tertinggi di negara ini yang telah dipersetujui oleh semua pihak semasa negara mencapai kemerdekaan. Oleh itu, beta ingin mengingatkan supaya kesepakatan tersebut dihormati dan tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.
Generasi muda merupakan pelapis dan harapan masa depan negara. Justeru, sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan perlu diperjelaskan kepada golongan ini supaya mereka lebih memahami asas-asas pembentukan negara.
Di samping itu, prinsip-prinsip Rukun Negara hendaklah difahami dan dihayati oleh segenap lapisan rakyat.
Beta juga memandang berat kecenderungan sesetengah pihak yang mudah mempercayai fitnah dan berita-berita palsu yang disebar oleh pihak-pihak tertentu termasuk melalui laman-laman blog sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan rakyat. Sesungguhnya, kita harus belajar daripada sejarah di mana kejatuhan sesebuah empayar dan tamadun adalah berpunca daripada fitnah, hasad dengki dan perpecahan di kalangan rakyat.
Sehubungan ini, rakyat hendaklah berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar. Pengamal-pengamal media termasuk penulis-penulis blog hendaklah lebih beretika dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan demi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat.
Kerajaan beta juga mengambil berat mengenai isu ketenteraman awam dan keselamatan dalam negara. Namun, masih ada yang mempunyai persepsi negatif mengenai isu jenayah di negara ini seolah-olah ia tidak terkawal. Sehubungan ini, Polis Diraja Malaysia hendaklah sentiasa berusaha memerangi jenayah demi kesejahteraan rakyat. Beta juga menyeru rakyat jelata memberi kerjasama kepada pihak polis dalam usaha-usaha mereka membanteras jenayah dan menyertai Program Kepolisan Masyarakat.
Beta menyambut baik penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuktikan keikhlasan dan iltizam kerajaan beta mengotakan janji untuk membanteras rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Bagi memastikan usaha pembanterasan rasuah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, SPRM perlu dianggotai oleh pegawai-pegawai yang profesional, berkemahiran dan berkeupayaan tinggi serta terlatih dalam pelbagai bidang.
Justeru, bagi menarik golongan tersebut berkhidmat, SPRM akan menyediakan skim perkhidmatan dan saraan yang lebih baik. Skim baru ini merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada pegawai-pegawai SPRM di atas peranan dan sumbangan penting mereka dalam meningkatkan integriti dan membanteras jenayah rasuah di negara ini.
Penubuhan SPRM dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah bukti bahawa kerajaan beta berpegang pada janji-janjinya. Beta yakin kedua-dua suruhanjaya tersebut akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti institusi-institusi tersebut. Langkah kerajaan ini akan memantapkan lagi agenda integriti negara dan seterusnya melonjakkan martabat negara di persada antarabangsa.
Modal insan yang berkualiti adalah amat penting kepada pembangunan negara. Justeru kerajaan beta telah memperkenalkan Dasar Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Pelan Induk Latihan Pembangunan Kemahiran Pekerja Malaysia dan Pelan Strategik Pendekatan Islam Hadhari bagi melahirkan modal insan yang berkualiti.
Usaha-usaha memperluaskan pendidikan prasekolah akan terus dilaksanakan bagi memastikan peluang pendidikan diperoleh lebih awal. Di samping itu, transformasi kurikulum prasekolah dan sekolah rendah akan dilaksanakan agar lebih relevan dengan keperluan semasa dan akan datang. Beta menyeru agar semua pihak termasuk ibu bapa, masyarakat, badan bukan kerajaan dan badan korporat memainkan peranan membantu para pendidik untuk melahirkan modal insan yang cemerlang sehingga ke peringkat antarabangsa.
Dalam bidang pengajian tinggi, kerajaan beta telah menetapkan 18 agenda utama untuk dilaksanakan di bawah tujuh teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Antara agenda yang sedang dilaksanakan termasuklah Program Apex, MyBrain 15, kepimpinan, pembelajaran sepanjang hayat, pengantarabangsaan dan beberapa program lain yang akan dapat melonjakkan institusi pengajian tinggi awam ke tahap yang lebih cemerlang. Ini selaras dengan matlamat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang memiliki minda kelas pertama.
Pada masa ini, 41 peratus daripada penduduk negara terdiri daripada golongan belia iaitu yang berumur antara 15 hingga 39 tahun. Justeru, masa depan negara bergantung kepada golongan ini. Cabaran untuk membangunkan golongan belia kini bukan hanya tertumpu kepada aspek latihan dan pekerjaan, bahkan negara memerlukan belia yang berintegriti, memiliki identiti diri yang positif, berdaya saing dan cintakan negara. Sehubungan itu, jangkauan program kepada seluruh warga belia akan dipertingkatkan.
Dalam usaha membangunkan modal insan di luar bandar, Pelan Tindakan Desa yang bertujuan mengupayakan masyarakat luar bandar telah disediakan dengan penyertaan mereka sendiri. Beta menyeru agar semua agensi kerajaan bekerjasama bagi menjayakan pelan tersebut.
Kesihatan mental dan fizikal adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Rakyat yang sihat dan cergas boleh membawa kepada peningkatan produktiviti dan kesejahteraan keluarga. Justeru, beta menyeru supaya rakyat mengamalkan gaya hidup sihat, bersukan dan menjaga kebersihan persekitaran untuk menghindar penyakit-penyakit kronik dan berjangkit.
Menyedari pentingnya memelihara alam sekitar, kerajaan beta akan terus berusaha dengan lebih gigih untuk menangani kemerosotan kualiti udara, air dan persekitaran. Usaha-usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak termasuk orang ramai, para pengusaha ladang dan ternakan serta pihak industri demi kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang.
Sumber tenaga yang terjamin adalah salah satu ciri sebuah negara maju. Sehubungan ini, usaha-usaha akan diambil untuk memanjangkan jangka hayat bekalan sumber tenaga fosil sedia ada dan pada masa yang sama meningkatkan penggunaan sumber tenaga alternatif dan tenaga boleh diperbaharui.
Dalam bidang pengangkutan, kerajaan beta akan mempertingkatkan kecekapan pengangkutan awam serta berusaha mengurangkan kemalangan. Di samping itu, beta berharap para pengusaha pengangkutan awam akan terus meningkatkan kualiti perkhidmatan demi keselesaan dan keselamatan para penumpang.
Kerajaan beta juga prihatin kepada golongan kurang upaya dan telah mula mempertingkatkan kemudahan yang mesra orang kurang upaya. Penyediaan kemudahan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat. Di samping itu, kerajaan beta sedang mempertingkatkan penyertaan orang kurang upaya dalam sektor awam dengan memperuntukkan satu peratus daripada jumlah keseluruhan anggota perkhidmatan awam kepada mereka. Beta berharap langkah ini akan diikuti oleh sektor swasta.
Dasar luar Malaysia sentiasa berpaksikan kepada usaha mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Sepanjang tahun 2008, kepentingan Malaysia telah berjaya diketengahkan dan dilindungi di peringkat antarabangsa melalui amalan diplomasi yang proaktif. Malaysia telah berjaya mengukuhkan kerjasama dua hala dengan negara-negara sahabat dan kerjasama serantau terutamanya dengan ASEAN yang kini semakin maju sebagai badan serantau.
Kerjasama pelbagai hala dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa juga bertambah mapan, terutama dengan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, Pertubuhan Persidangan Islam, Komanwel serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sebagai pasukan pengaman di serata dunia mencerminkan iltizam Malaysia kepada keharmonian masyarakat antarabangsa.
Lawatan-lawatan negara ke Kemboja, Laos dan Kuwait yang telah beta sempurnakan pada tahun 2008 telah menyumbang kepada kesuburan, keakraban dan pengukuhan hubungan-hubungan ini. Beta berbangga suara dan pandangan Malaysia dalam menyorot kepentingan negara di peringkat antarabangsa sentiasa diiktiraf dan dihormati oleh masyarakat dunia.
Pengiktirafan dan penghormatan kepada negara dapat dilihat dengan kepercayaan masyarakat antarabangsa yang menyokong Malaysia menjayakan penganjuran beberapa mesyuarat, persidangan dan forum penting dunia pada tahun 2008 termasuklah Forum Ekonomi Dunia dan Sidang Kemuncak Lapan Negara-Negara Membangun. Ini melambangkan bahawa dasar-dasar Kerajaan Malaysia diterima pakai bagi kepentingan masyarakat antarabangsa.
Beta maklum dan menggalakkan daya usaha kerajaan beta untuk menjayakan beberapa lagi inisiatif antarabangsa pada tahun ini dalam bidang penerangan dan diplomasi awam, persidangan hak asasi manusia dan sebagainya. Beta menyeru semua petugas di Kedutaan Malaysia di seberang laut supaya bertugas sebagai satu pasukan di bawah panji negara.
Kerajaan beta sentiasa siap siaga berinteraksi supaya negara-negara kecil khususnya tidak ditindas atau ditekan atas alasan-alasan yang membelakangkan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. Justeru, tindakan kerajaan beta mengadakan sidang khas Parlimen pada 12 Januari 2009 untuk mengutuk tindakan Israel menyerang rakyat Palestin di Semenanjung Gaza adalah tindakan yang tepat.
Beta berbangga di atas kejayaan Malaysia mengusulkan supaya diadakan sesi khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membincangkan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Penghantaran bantuan perubatan serta sumbangan kewangan daripada rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama menyerlahkan lagi keprihatinan negara terhadap keamanan dan keselamatan sejagat amnya dan nasib rakyat Palestin khasnya.
Beta menyeru semua golongan rakyat tanpa mengira fahaman politik berganding bahu dan saling bekerjasama memajukan negara yang kita kasihi. Semua pihak termasuk parti-parti politik perlu menunjukkan kebijaksanaan dan kematangan serta tidak melakukan apa jua tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan dan pembangunan ekonomi negara.
Beta ingin mengingatkan sekali lagi supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat menunjukkan perilaku yang terpuji dalam Dewan yang mulia ini. Beta amat sedih dengan perilaku yang tidak sepatutnya di kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat pada sesi yang lalu yang memberi imej negatif kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Dewan ini khususnya serta negara amnya. Sehubungan ini, semua Ahli Yang Berhormat hendaklah sentiasa mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan Dewan.
Sebelum beta mengakhiri titah ini, beta maklum bahawa Mamanda Perdana Menteri akan menyerahkan kepimpinan negara kepada Mamanda Timbalan Perdana Menteri pada bulan hadapan setelah menerajui negara sejak 31 Oktober 2003.
Sehubungan ini, beta merakamkan penghargaan kepada Mamanda Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di atas kepimpinan dan segala sumbangan terutamanya dalam isu-isu pendemokrasian, akauntabiliti, integriti, pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman serta pendekatan Islam Hadhari.
Beta berharap peralihan kepimpinan ini akan berjalan lancar agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan.
Akhir titah, beta juga merakamkan penghargaan kepada Ahli-Ahli Dewan Negara, Ahli-Ahli Dewan Rakyat, anggota-anggota perkhidmatan awam, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan seluruh rakyat jelata yang telah bersama-sama menyumbang kepada pembangunan, kemakmuran serta keselamatan negara yang kita cintai.
Semua pihak hendaklah terus mempertingkatkan usaha-usaha menyokong kerajaan bagi menangani cabaran-cabaran terutamanya yang timbul akibat daripada kelembapan ekonomi global. Ini kerana tanpa sokongan padu semua pihak segala usaha tersebut tidak akan berjaya.
kap dan berkesan, SPRM perlu dianggotai oleh pegawai-pegawai yang profesional, berkemahiran dan berkeupayaan tinggi serta terlatih dalam pelbagai bidang.
Justeru, bagi menarik golongan tersebut berkhidmat, SPRM akan menyediakan skim perkhidmatan dan saraan yang lebih baik. Skim baru ini merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada pegawai-pegawai SPRM di atas peranan dan sumbangan penting mereka dalam meningkatkan integriti dan membanteras jenayah rasuah di negara ini.
Penubuhan SPRM dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah bukti bahawa kerajaan beta berpegang pada janji-janjinya. Beta yakin kedua-dua suruhanjaya tersebut akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti institusi-institusi tersebut. Langkah kerajaan ini akan memantapkan lagi agenda integriti negara dan seterusnya melonjakkan martabat negara di persada antarabangsa.
Modal insan yang berkualiti adalah amat penting kepada pembangunan negara. Justeru kerajaan beta telah memperkenalkan Dasar Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Pelan Induk Latihan Pembangunan Kemahiran Pekerja Malaysia dan Pelan Strategik Pendekatan Islam Hadhari bagi melahirkan modal insan yang berkualiti.
Usaha-usaha memperluaskan pendidikan prasekolah akan terus dilaksanakan bagi memastikan peluang pendidikan diperoleh lebih awal. Di samping itu, transformasi kurikulum prasekolah dan sekolah rendah akan dilaksanakan agar lebih relevan dengan keperluan semasa dan akan datang. Beta menyeru agar semua pihak termasuk ibu bapa, masyarakat, badan bukan kerajaan dan badan korporat memainkan peranan membantu para pendidik untuk melahirkan modal insan yang cemerlang sehingga ke peringkat antarabangsa.
Dalam bidang pengajian tinggi, kerajaan beta telah menetapkan 18 agenda utama untuk dilaksanakan di bawah tujuh teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Antara agenda yang sedang dilaksanakan termasuklah Program Apex, MyBrain 15, kepimpinan, pembelajaran sepanjang hayat, pengantarabangsaan dan beberapa program lain yang akan dapat melonjakkan institusi pengajian tinggi awam ke tahap yang lebih cemerlang. Ini selaras dengan matlamat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang memiliki minda kelas pertama.
Pada masa ini, 41 peratus daripada penduduk negara terdiri daripada golongan belia iaitu yang berumur antara 15 hingga 39 tahun. Justeru, masa depan negara bergantung kepada golongan ini. Cabaran untuk membangunkan golongan belia kini bukan hanya tertumpu kepada aspek latihan dan pekerjaan, bahkan negara memerlukan belia yang berintegriti, memiliki identiti diri yang positif, berdaya saing dan cintakan negara. Sehubungan itu, jangkauan program kepada seluruh warga belia akan dipertingkatkan.
Dalam usaha membangunkan modal insan di luar bandar, Pelan Tindakan Desa yang bertujuan mengupayakan masyarakat luar bandar telah disediakan dengan penyertaan mereka sendiri. Beta menyeru agar semua agensi kerajaan bekerjasama bagi menjayakan pelan tersebut.
Kesihatan mental dan fizikal adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Rakyat yang sihat dan cergas boleh membawa kepada peningkatan produktiviti dan kesejahteraan keluarga. Justeru, beta menyeru supaya rakyat mengamalkan gaya hidup sihat, bersukan dan menjaga kebersihan persekitaran untuk menghindar penyakit-penyakit kronik dan berjangkit.
Menyedari pentingnya memelihara alam sekitar, kerajaan beta akan terus berusaha dengan lebih gigih untuk menangani kemerosotan kualiti udara, air dan persekitaran. Usaha-usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak termasuk orang ramai, para pengusaha ladang dan ternakan serta pihak industri demi kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang.
Sumber tenaga yang terjamin adalah salah satu ciri sebuah negara maju. Sehubungan ini, usaha-usaha akan diambil untuk memanjangkan jangka hayat bekalan sumber tenaga fosil sedia ada dan pada masa yang sama meningkatkan penggunaan sumber tenaga alternatif dan tenaga boleh diperbaharui.
Dalam bidang pengangkutan, kerajaan beta akan mempertingkatkan kecekapan pengangkutan awam serta berusaha mengurangkan kemalangan. Di samping itu, beta berharap para pengusaha pengangkutan awam akan terus meningkatkan kualiti perkhidmatan demi keselesaan dan keselamatan para penumpang.
Kerajaan beta juga prihatin kepada golongan kurang upaya dan telah mula mempertingkatkan kemudahan yang mesra orang kurang upaya. Penyediaan kemudahan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat. Di samping itu, kerajaan beta sedang mempertingkatkan penyertaan orang kurang upaya dalam sektor awam dengan memperuntukkan satu peratus daripada jumlah keseluruhan anggota perkhidmatan awam kepada mereka. Beta berharap langkah ini akan diikuti oleh sektor swasta.
Dasar luar Malaysia sentiasa berpaksikan kepada usaha mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Sepanjang tahun 2008, kepentingan Malaysia telah berjaya diketengahkan dan dilindungi di peringkat antarabangsa melalui amalan diplomasi yang proaktif. Malaysia telah berjaya mengukuhkan kerjasama dua hala dengan negara-negara sahabat dan kerjasama serantau terutamanya dengan ASEAN yang kini semakin maju sebagai badan serantau.
Kerjasama pelbagai hala dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa juga bertambah mapan, terutama dengan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, Pertubuhan Persidangan Islam, Komanwel serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sebagai pasukan pengaman di serata dunia mencerminkan iltizam Malaysia kepada keharmonian masyarakat antarabangsa.
Lawatan-lawatan negara ke Kemboja, Laos dan Kuwait yang telah beta sempurnakan pada tahun 2008 telah menyumbang kepada kesuburan, keakraban dan pengukuhan hubungan-hubungan ini. Beta berbangga suara dan pandangan Malaysia dalam menyorot kepentingan negara di peringkat antarabangsa sentiasa diiktiraf dan dihormati oleh masyarakat dunia.
Pengiktirafan dan penghormatan kepada negara dapat dilihat dengan kepercayaan masyarakat antarabangsa yang menyokong Malaysia menjayakan penganjuran beberapa mesyuarat, persidangan dan forum penting dunia pada tahun 2008 termasuklah Forum Ekonomi Dunia dan Sidang Kemuncak Lapan Negara-Negara Membangun. Ini melambangkan bahawa dasar-dasar Kerajaan Malaysia diterima pakai bagi kepentingan masyarakat antarabangsa.
Beta maklum dan menggalakkan daya usaha kerajaan beta untuk menjayakan beberapa lagi inisiatif antarabangsa pada tahun ini dalam bidang penerangan dan diplomasi awam, persidangan hak asasi manusia dan sebagainya. Beta menyeru semua petugas di Kedutaan Malaysia di seberang laut supaya bertugas sebagai satu pasukan di bawah panji negara.
Kerajaan beta sentiasa siap siaga berinteraksi supaya negara-negara kecil khususnya tidak ditindas atau ditekan atas alasan-alasan yang membelakangkan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. Justeru, tindakan kerajaan beta mengadakan sidang khas Parlimen pada 12 Januari 2009 untuk mengutuk tindakan Israel menyerang rakyat Palestin di Semenanjung Gaza adalah tindakan yang tepat.
Beta berbangga di atas kejayaan Malaysia mengusulkan supaya diadakan sesi khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membincangkan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Penghantaran bantuan perubatan serta sumbangan kewangan daripada rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama menyerlahkan lagi keprihatinan negara terhadap keamanan dan keselamatan sejagat amnya dan nasib rakyat Palestin khasnya.
Beta menyeru semua golongan rakyat tanpa mengira fahaman politik berganding bahu dan saling bekerjasama memajukan negara yang kita kasihi. Semua pihak termasuk parti-parti politik perlu menunjukkan kebijaksanaan dan kematangan serta tidak melakukan apa jua tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan dan pembangunan ekonomi negara.
Beta ingin mengingatkan sekali lagi supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat menunjukkan perilaku yang terpuji dalam Dewan yang mulia ini. Beta amat sedih dengan perilaku yang tidak sepatutnya di kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat pada sesi yang lalu yang memberi imej negatif kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Dewan ini khususnya serta negara amnya. Sehubungan ini, semua Ahli Yang Berhormat hendaklah sentiasa mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan Dewan.
Sebelum beta mengakhiri titah ini, beta maklum bahawa Mamanda Perdana Menteri akan menyerahkan kepimpinan negara kepada Mamanda Timbalan Perdana Menteri pada bulan hadapan setelah menerajui negara sejak 31 Oktober 2003.
Sehubungan ini, beta merakamkan penghargaan kepada Mamanda Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di atas kepimpinan dan segala sumbangan terutamanya dalam isu-isu pendemokrasian, akauntabiliti, integriti, pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman serta pendekatan Islam Hadhari.
Beta berharap peralihan kepimpinan ini akan berjalan lancar agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan.
Akhir titah, beta juga merakamkan penghargaan kepada Ahli-Ahli Dewan Negara, Ahli-Ahli Dewan Rakyat, anggota-anggota perkhidmatan awam, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan seluruh rakyat jelata yang telah bersama-sama menyumbang kepada pembangunan, kemakmuran serta keselamatan negara yang kita cintai.
Semua pihak hendaklah terus mempertingkatkan usaha-usaha menyokong kerajaan bagi menangani cabaran-cabaran terutamanya yang timbul akibat daripada kelembapan ekonomi global. Ini kerana tanpa sokongan padu semua pihak segala usaha tersebut tidak akan berjaya.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIATuesday, February 17, 2009
Kenyataan Akhbar Datuk Masidi Manjun tidak bertanding Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO
Pada hari ini, 17hb Februari 2009 Satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh YB Datuk Masidi Manjun untuk tidak bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan UMNO bulan Mac depan. Ikuti bacaan salinan kenyataan akhbar yang disiarkan kepada media hari ini.
Kenyataan ini dibuat kerana YB Datuk Masidi mahu memfokuskan kepada tugas-tugas beliau sekarang selaku Menteri Penuh Kabinet Sabah, DUN Karanaan dan Ketua Bahagian UMNO Ranau yang memerlukan komitmen dan tanggungjawab penuh dalam memastikan tugas-tugas itu dilaksanakan dengan jayanya selaras dengan program Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Halatuju Negeri Sabah.
--
Pemuda Ranau
Nabawan bakal pengeluar gaharu bermutu terbesar di Sabah
KOTA KINABALU: Daerah Nabawan bakal menjadi estet penanaman gaharu atau ‘agarwood’ terbesar di Sabah selepas Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB) memeterai perjanjian dengan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) kelmarin.
Perjanjian itu bagi membangunkan industri gaharu di Sabah dan penubuhan kilang menghasilkan produk damar atau resin bernilai tinggi di Nabawan.
Menurut kenyataan SLDB, perjanjian itu ditandatangani oleh pengurus besar SLDB Jhuvarri Majid dan Ketua Pengarah Nuklear Malaysia Datuk Dr Daud Mohamad.
Setakat ini, SLDB dengan sebuah rakan perkongsian telah menanam 20,000 pokok gaharu di kawasan Litang, Lahad Datu.
Daud berkata usahasama itu adalah pertama antara dua agensi itu dan Nuklear Malaysia dengan teknologi terkini boleh membantu memperkenalkan pokok gharau yang boleh matang dalam tempoh masa yang singkat dan menghasilkan lebih banyak resin.
“Kami akan terbabit dalam pembukaan ladang serta sektor hiliran industri gaharu dan rakan perkongsian strategik ini adalah baik kerana SLDB mempunyai tanah dan keupayaan mengusahakan ladang secara komersial,” katanya.
Satu liter minyak gaharu, kata Daud, boleh mencapai harga antara RM30,000 hingga RM35,000 di pasaran terbuka dan mereka yang menanam pokok dan mengumpul damar boleh mendapat keuntungan.
Industri gaharu global bernilai RM3 bilion dan Malaysia merupakan negara pengeluar kedua terbesar di dunia.
Sementara itu, Jhuvarri berkata Sabah kerugian sejumlah besar nilai pokok gaharu liar kepada penguasaha haram dari luar negara yang membayar penduduk kampung mengumpul resin dan menyeludup keluar bahan itu untuk diproses dan dieksport.
“Katanya SLDB sanggup memainkan peranan sebagai agensi yang memberi lesen kepada semua pengumpul kayu gaharu dan mendapat kelulusan daripada agensi relevan supaya pengumpul bahan itu tidak melangar undang-undang.
“Penduduk kampung tidak faham bahawa mereka menyertai kegiatan haram mencuri kayu gaharu dan pada masa sama tidak tahu di mana untuk menjualnya.
“SLDB akan membeli apa juga yang mereka kumpul pada harga pasaran supaya mereka mendapat nilai yang tinggi dengan memproses resin di kilang kami sebelum kami menjual di pasaran antarabangsa,” katanya.
Sunday, February 15, 2009
Siapa Itu Karpal Singh?
Kesempatan ini, saya cuba selitkan artikel "Siapa Itu Karpal Singh" yang saya ambil dari saudara Dr Novandri Hasan Basri, akan isu-isu yang dibangkitkan dapat kita fahami dan ikuti sebaik-baiknya. Sila ikuti artikel berikut dibawah.
Saya sudah dalam politik sejak 1974. Siapa itu Pemuda UMNO?". Inilah kata-kata seorang pemimpin politik DAP yang begitu sombong tapi begitu bodoh. Nama beliau Karpal Singh. Beliau merupakan ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang.
Dan selama dua penggal, beliau tidak memberikan sebarang sumbangan langsung untuk Parlimen Bukit Gelugor hanya suara-suara sumbang beliau di dalam parlimen.
Kita semua tahu kenapa beliau dipilih sebagai ahli parlimen. Kononnya, agar berlaku check & balance di dalam segala aktiviti yang diputuskan di dalam parlimen. Dan Karpal Singh diharapkan agar menggunakan skil berhujah yang beliau mahir sebagai seorang peguam untuk meneliti serta melawan segala yang diusulkan oleh parti pemerintah.
Tetapi kita tahu beliau tidak dapat menyumbang apa-apa untuk parlimen beliau sendiri. Parlimen Bukit Gelugor hanya tinggal sebagai nama sahaja.
Mujurlah Parlimen Bukit Gelugor mempunyai beberapa ADUN yang menjaga kawasan-kawasan di dalam Parlimen Bukit Gelugor. Itu pun sekadar menuruti prosedur dan perlaksanaan yang telah dirancang oleh parti pemerintah negeri sebelum ini.
Pokoknya, tidak ada keistimewaan dan 'wow' factor di dalam ADUN DAP dan Keadilan di dalam Pulau Pinang.
Kini, Karpal Singh dengan begitu sinis mengatakan bahawa beliau sudah lama di dalam politik sejak 1974 jika dibandingkan dengan Pemuda UMNO yang membuat kenyataan polis mengenai tindakan Karpal Singh mempersoalkan titah Sultan Perak.
Jika beliau benar-benar sudah terlalu pandai kerana berpolitik sejak 1974, beliau sepatutnya lebih mahir di dalam soal-soal sensitif yang melibatkan Sultan beliau sendiri.
Realitinya, beliau perlu ingat bahawa beliau juga tertakluk kepada sistem Raja perlembagaan dan perlembagaan itu sendiri. Apakah beliau sudah lupa 'Kesetiaan kepada Raja dan Negara'?
Perkara 181. Kecualian bagi kedaulatan, dsb., Raja-Raja.
(1) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan di bawah wilayah-wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas.
(2) Tiada apa-apa jua prosiding pun boleh dibawa di dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.
Perkara 182. Mahkamah Khas.
(1) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Khas dan hendaklah terdiri daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, yang hendaklah menjadi Pengerusi, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi, dan dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.
(2) Apa-apa prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya hendaklah dibawa di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Fasal (1).
(3) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa khusus untuk membicarakan segala kesalahan yang dilakukan di Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri dan segala kes sivil oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu negeri walau di mana-mana pun kausa tindakan berbangkit.
dan juga :-
Perkara 183. Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.
Tiada tindakan, sivil atau jenayah, boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas sifat peribadinya kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.
Makanya, Karpal Singh perlu berhati-hati dan jangan cepat melenting apabila ada yang mempersoalkan tindakan beliau sendiri.
Tetapi dalam masa yang sama, penulis juga mengucapkan tahniah kepada beliau kerana membakar jambatan politik beliau dengan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin lain di dalam PKR.
Penulis tahu bahawa segalanya itu hanyalah sandiwara politik Karpal Singh dan Anwar Ibrahim dan mereka akan berpeluk mesra selepas ini kerana kemaruk politik Anwar Ibrahim.
Tetapi tindakan Karpal Singh itu sekurang-kurangnya membuka pekung di dada beliau sendiri dan jelas menunjukkan ketidakarifan politiking beliau yang kononnya sudah menjangkau 35 tahun.
Soalan seterusnya, apakah 35 tahun itu juga menunjukkan bahawa sudah tiba masanya untuk Karpal Singh mengundurkan diri dari arena politik dan duduk diam-diam di dalam rumah beliau?
Saturday, February 14, 2009
Pendaftaran keahlian UMNO on-line boleh dibuat melalui web
Dengan adanya sistem ini, pemimpin UMNO boleh mendapatkan statistik maklumat latarbelakang keahlian di seluruh negara dan dapat merangka pelan yang sesuai dalam mengambilkira penilaian setiap data-data yang diperolehi tersebut.
Biarlah semua ini akan menyenangkan kita dalam konteks perhubungan antara pusat dan negeri mahupun terus ke masyarakat ramai.
Pendaftaran keahlian UMNO on-line boleh dibuat melalui web http://www.daftar.umno.org.my/
Sunday, February 8, 2009
Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2009
Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah wakil-wakil rakyat, YB Datuk Masidi Manjun, YB Datuk Siringan Gubat, YB Dr Joachim Gunsalam, disertai para Pengerusi Persatuan, pemimpin-pemimpin masyarakat Cina Ranau, dan pemimpin-pemimpin parti politik BN.
Dalam majlis ini juga membuktikan bahawa perpaduan antara masyarakat di daerah Ranau yang telah lama wujud masih utuh dan terpelihara. Hubungan baik ini terjalin atas cara kepimpinan dan tanggungjawab yang dipegang oleh pemimpin-pemimpin BN selama ini. Semoga kerjasama dan perpaduan ini akan sentiasa terjalin dengan baik sampai bila-bila.
From Hakka CNY 2009 |
From Hakka CNY 2009 |
Thursday, February 5, 2009
Sultan Perak Perkenan Adun Pangkor MB Baru Perak
Beliau berkata Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar.
Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru itu akan diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 3.30 petang, Jumaat.
Upacara mengangkat sumpah Exco pula akan diadakan pada 10 Feb pukul 10 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Abdullah berkata demikian pada sidang akhbar sejurus tiba dari Perak di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dekat sini.
Beliau diiringi Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Mohd Annuar Zaini.
-- SUMBER: BERNAMA
Wednesday, February 4, 2009
Pakatan Rakyat Perak tumbang, BN bentuk kerajaan
[DIKEMAS KINI] PUTRAJAYA: Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia 11 bulan tumbang dengan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar daripada Pakatan.
Kini, Barisan Nasional (BN) mempunyai kapasiti untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.
Daripada empat yang keluar hari ini termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang kembali menyertai Umno.
Pada 25 Januari lalu, Nasarudin mengambil keputusan keluar daripada Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tiga yang lain akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas dan akan menyokong BN dari luar.
Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, BN Perak kini mempunyai bilangan majoriti ADUN untuk memerintah negeri itu berikutan keputusan yang diambil empat ADUN berkenaan.
"ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang telah maklumkan melalui surat kepada Sultan Perak mengenai tindakan mereka keluar dari parti masing-masing semalam manakala ADUN Bota kembali kepada Umno hari ini.
"Mereka telah beri mandat kepada saya selaku Pengerusi BN Negeri untuk mencalonkan nama Menteri Besar dan memberi aku janji akan bersama dan memberi sokongan kepada Menteri Besar yang dicalonkan oleh BN dan diperkenankan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Sidang akhbar tersebut turut dihadiri oleh empat ADUN berkenaan.
Berikutan perkembangan itu, BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi.
Najib berkata, walaupun BN mempunyai jumlah kerusi DUN sama banyak dengan Pakatan Rakyat tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketiga-tiga wakil raktyat Bebas itu telah menyatakan sokongan kepada BN dalam DUN termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar daripada kalangan anggota BN dan mempertahankan BN.
"Mereka tidak menyertai BN tetapi mereka adalah 'friendly independent' yang akan menyokong dan mempertahan BN dalam Dewan," katanya.
Najib berkata, sejajar dengan perkembangan ini, beliau akan menghadap ke bawah Duli Paduka Seri Sultan Perak dalam masa terdekat untuk memaklumkan secara rasmi bahawa BN Perak mempunyai sokongan yang diperlukan bagi menubuhkan kerajaan baru.
Najib berkata, Fasal 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan jika Menteri Besar hilang keyakinan atau majoriti, beliau hendaklah meletak jawatan bersama anggota exconya.
Najib berkata keempat-empat wakil rakyat itu telah memaklumkan kepada Speaker DUN Perak selain Presiden PKR dan Setiausaha Agung DAP hari ini bahawa mereka tidak lagi menjadi ahli parti berkenaan.
Mengenai tindakan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengumumkan pembubaran DUN hari ini tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Sultan Azlan Shah, Najib berkata hanya Sultan Perak yang boleh memperkenankan pembubaran DUN.
Najib menyifatkan perkembangan terkini sebagai bermulanya era baru di Perak.
Menjawab soalan, Najib berkata keempat-empat wakil rakyat itu membuat keputusan berdasarkan kerelaan masing-masing tanpa habuan atau sogokan.
Berhubung dakwaan kes rasuah yang sedang dihadapi oleh Jamaluddin dan Mohd Osman, Najib berkata: "Itu adalah isu berbeza dan saya tidak boleh jawab mengenainya".
Ditanya sama ada perkembangan ini akan menjadi halangan kepada pembangkang dalam usaha mereka untuk membentuk kerajaan, Najib berkata, hasrat menubuhkan kerajaan dengan cara yang tidak berdemokrasi telah dimulakan terlebih dahulu oleh pembangkang.
"Ada orang yang nak tubuhkan kerajaan pada 16 September sebelum ini.
"Sudah tentu mereka (pembangkang) tidak sangka ini akan berlaku tetapi mereka yang mulakan konsep tubuh kerajaan tanpa prinsip demokrasi," katanya.
Ditanya sama ada akan ada lagi wakil rakyat daripada pembangkang yang akan menyertai BN, Najib berkata:"Kita akan tengok kepada perkembangan yang akan berlaku."
Komen ADUN
Bagi Nasarudin (Bota), beliau mengambil beberapa pertimbangan untuk kembali menyertai BN iaitu berdasarkan keadaan politik yang tidak menentu dan bercelaru sehingga wujud satu kerajaan yang tidak kukuh di Perak.
"Saya juga mengambil kira dan menghormati pengundi-pengundi di kawasan pilihan raya Bota serta menghormati prinsip-prinsip amalan demokrasi.
"Selain itu saya juga mengambil kira nasihat dan pandangan rakan-rakan politik dan orang-orang perseorangan yang ingin melihat wujudnya keadaan dan suasana politik dan kerajaan yang kukuh di Perak.
"Maka saya dengan penuh perasaan dan kesedaran serta tanggungjawab akan kembali semula menyertai Umno dan BN hari ini.
Sementara itu Jamaluddin (Behrang) berkata, beliau akan menyokong BN di DUN Perak kerana yakin parti itu boleh membela nasib semua bangsa.
Katanya, beliau akan menyokong apa sahaja keputusan BN di DUN Behrang, demi kebaikan dan faedah rakyat.
Ditanya mengenai keputusannya untuk keluar daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas, Jamaluddin berkata, keputusan itu diambil kerana ada usaha dalam parti itu yang seolah-olah mahu menghalaunya keluar daripada parti.
"Sebenarnya saya tak ada cadangan pun untuk sertai mana-mana parti, tapi seperti ada usaha seolah-seolah menghalau saya dari PKR, jadi saya ambil keputusan jadi calon Bebas," katanya.
Ditanya mengapa beliau tidak terus menyertai BN, beliau berkata: "Sebab saya tidak fikir apa yang akan berlaku, saya terkejut dengan tindakan (PKR negeri) yang dilakukan terhadap saya," katanya.
Jamaluddin berkata, beliau yakin dapat meneruskan tugasnya sebagai wakil rakyat walaupun beliau anggota Bebas kerana percaya para pengundi di kawasannya akan tetap menyokong beliau berdasarkan perkhidmatan yang diberikan selama ini.
Sementara itu, Mohd Osman berkata, walaupun beliau kini merupakan anggota Bebas di DUN Perak tapi jiwanya adalah pada BN."Bebas tapi jiwa pada BN," katanya.
Mohd Osman berkata, beliau akan memainkan peranan sebagai anggota Bebas yang mesra pada BN di DUN Perak.
Beliau yakin dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dengan lebih berkesan sebagai anggota Bebas kerana tidak dikekang oleh mana-mana parti.
Mohd Osman menegaskan beliau tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti politik buat masa ini.
1 FEBRUARI, 9.30 MALAM:Di IPOH: ADUN Behrang menafikan yang beliau ada menghantar surat letak jawatan kepada Speaker DUN dan mahu mencabar kesahihannya.
1 FEBRUARI, 6.40 PETANG:Di PETALING JAYA: Menteri Besar Perak hampir yakin kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering akan keluar Pakatan Rakyat.
1 FEBRUARI, 5.45 PETANG:Di IPOH: Dua ADUN perak daripada PKR yang "hilang" sejak Isnin lalu mengumumkan peletakan jawatan serta-merta. ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang tadi.
1 FEBRUARI, 10 PAGI: Di KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ada kemungkinan ADUN dari Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai BN.
1 FEBRUARI, 11 PAGI: Di IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meminta dua ADUN dari PKR yang "hilang" sejak Isnin lepas supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.
31 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Tertinggi PKR bermesyuarat malam ini dengan membincangkan secara mendalam isu ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering. Ia juga beranggapan bahawa kedua-dua mereka sudah hampir pasti keluar PKR.
30 JANUARI: Di IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, kedua-dua daripada PKR, akan menyertai BN.
29 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Pengerusi BN Perak bagi menggantikan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletak kedua-dua jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Timbalan Pengerusi BN Perak.
25 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim keluar Umno dan BN untuk menyertai PKR dan Pakatan Rakyat.
Tuesday, February 3, 2009
Mayor DBKK disambung semula, bagaimana pula "Mayor" Majlis Daerah Ranau?
Bagaimana penilaian tersebut dibuat? apa yang diketahui, aspek-aspek perancangan bandar merangkumi pengindahan bandar, kebersihan, kempen, program-program pembangunan yang dibuat dengan teliti dan teratur dan termasuk kekuatan dan komitmen kakitangan yang berdedikasi membantu beliau dalam mendapat penghargaan dari penduduk warga Kota Kinabalu seterusnya kontrak beliau disambung semula.
Dalam melihat situasi ini, kita amat berharap agar Mayor kita bagi Majlis Daerah Ranau berupaya dan berjaya untuk memberi nafas baru dalam memikirkan pelan perancangan yang terbaik bagi menjadikan daerah Ranau ini adalah daerah yang indah dan menjadi kebanggaan warga Ranau itu sendiri.
Kita perlu memberi keyakinan kepada Mayor kita untuk merancang semula pendekatan-pendekatan yang sesuai. Kerjasama dari semua agensi dan penduduk setempat amatlah perlu agar usaha dalam menjaga keindahan pekan Ranau bukan hanya tanggungjawab Mayor itu sendiri tetapi adalah tanggungjawab kita bersama. Kita juga berharap agar cadangan-cadangan yang dikemukakan dapat diterima dan diteliti untuk disesuaikan kepada bagaimana konsep kempen, program dan pelan pembangunan digunapakai untuk kebaikan kita bersama.
Jadikan daerah Ranau ini daerah yang dibanggakan, indah, bersih dan menjadi bualan pelancong-pelancong dalam dan luar negeri.
Sunday, February 1, 2009
Ruangan Suara Pembaca
--
Pemuda Ranau
Program Homestay : Satu Pengenalan Industri Untuk Warga Ranau
Dalam melihat peluang yang ada dalam industri ini, masyarakat Ranau haruslah memikirkan kebaikan yang boleh dikongsi bersama melalui konsep muafakat melalui gotong-royong, berkerjasama dan bersepakat. Industri yang dicadangkan adalah melalui "Program Penginapan Desa" atau dikenali sebagai Homestay.
Saya amat tertarik dengan kenyataan Menteri Pelancongan Malaysia, Dato' Sri Azalina Othman Said, yang mengatakan bahawa beliau akan meningkatkan peranan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia untuk memperhebatkan lagi publisiti mengenai program penginapan desa di negara ini. Rujuk Artikel "Rebut Peluang Program Penginapan Desa, Kata Azalina - Bernama"
Kita berharap masyarakat di Ranau akan melihat ini sebagai satu landasan dalam menjadikan industri Homestay sebagai satu kekuatan ekonomi kampung yang dapat memperkenalkan budaya kampung setempat malah juga memberi kesan yang positif kepada keuntungan yang bakal diperolehi oleh mereka sendiri melalui pertanian, kebudayaan, penambahbaikan prasarana dan sebagainya.
Maka dengan itu, untuk lebih memahami apakah itu Industri Homestay, saya masukkan sedikit sebanyak pembacaan yang seterusnya.
Pengenalan Industri Homestay:
Artikel ini diambil dari Homestay Malaysia
Homestay adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal di mana pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih dan berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami cara hidup seharian keluarga berkenaan dan kebudayaan secara langsung.
Program Homestay diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 1988 sebagai satu usaha mempelbagaikan produk pelancongan melalui penawaran penginapan alternatif kepada pelancong. Program ini telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1995 di Desa Murni, Kerdau, Temerloh, Pahang oleh Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan. Ia adalah satu program di bawah Pelan Induk Plancongan Luar Bandar yang bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam sektor pelancongan.
Program ini memberi peluang kepada pelancong untuk menikmati percutian yang berbeza dan murah yang mana pelancong tinggal bersama keluarga tuan rumah yang menyertai program ini dan merasai sendiri bagaimana tuan rumah menjalani kehidupan seharian mereka. Pengalaman ini dapat meningkatkan pengetahuan pelancong mengenai cara hidup dan budaya penduduk tempatan di destinasi yang mereka lawati.
Program Homestay dilihat sebagai satu produk pelancongan alternatif yang berpotensi untuk mendapat sambutan memandangkan terdapat peningkatan dalam permintaan yang tinggi di kalangan pelancong antarabangsa terhadap pelancongan yang mempunyai ciri-ciri peningkatan pengetahuan, termasuk memerhati, mengalami dan mempelajari cara hidup penduduk tempatan di destinasi yang dilawati.
Di samping menjadi satu produk pelancongan alternatif yang menawarkan percutian dengan harga yang rendah kepada pelancong, Program Homestay juga merupakan satu strategi yang diambil kerajaan untuk meningkat dan membangunkan taraf hidup penduduk luar bandar melalui penglibatan mereka dalam perancangan dan pembangunan pelancongan. Justeru itu, Program Homestay juga boleh dilihat sebagai projek komuniti yang dapat memupuk perpaduan dan dalam masa yang sama dapat mendorong kearah kemajuan komuniti.