Tuesday, February 3, 2009

Mayor DBKK disambung semula, bagaimana pula "Mayor" Majlis Daerah Ranau?

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim atas kerja keras beliau selama ini. Atas sokongan orang ramai, tugasan beliau telah disambung sepenggal lagi. Sila rujuk Daily Express Feb 3, 2009 Mayor's term is extended.

Bagaimana penilaian tersebut dibuat? apa yang diketahui, aspek-aspek perancangan bandar merangkumi pengindahan bandar, kebersihan, kempen, program-program pembangunan yang dibuat dengan teliti dan teratur dan termasuk kekuatan dan komitmen kakitangan yang berdedikasi membantu beliau dalam mendapat penghargaan dari penduduk warga Kota Kinabalu seterusnya kontrak beliau disambung semula.

Dalam melihat situasi ini, kita amat berharap agar Mayor kita bagi Majlis Daerah Ranau berupaya dan berjaya untuk memberi nafas baru dalam memikirkan pelan perancangan yang terbaik bagi menjadikan daerah Ranau ini adalah daerah yang indah dan menjadi kebanggaan warga Ranau itu sendiri.

Kita perlu memberi keyakinan kepada Mayor kita untuk merancang semula pendekatan-pendekatan yang sesuai. Kerjasama dari semua agensi dan penduduk setempat amatlah perlu agar usaha dalam menjaga keindahan pekan Ranau bukan hanya tanggungjawab Mayor itu sendiri tetapi adalah tanggungjawab kita bersama. Kita juga berharap agar cadangan-cadangan yang dikemukakan dapat diterima dan diteliti untuk disesuaikan kepada bagaimana konsep kempen, program dan pelan pembangunan digunapakai untuk kebaikan kita bersama.

Jadikan daerah Ranau ini daerah yang dibanggakan, indah, bersih dan menjadi bualan pelancong-pelancong dalam dan luar negeri.

No comments:

Post a Comment

Instaforex