Wednesday, April 15, 2009

Dari Meja Presiden 7 : MeCD dimansuhkan, Usahawan Bumiputera Seperti Ayam Kehilangan Ibu

Sejak beberapa hari ini saya dihujani dengan pelbagai panggilan telefon dan email daripada usahawan-usahawan malah kawan-kawan yang berniaga bertanyakan itu dan ini. Dimanakah kita harus mengadu, dimana harus di rujuk dan pelbagai lagi persoalan yang diutarakan menjadikan saya seperti tempat untuk mereka merujuk.

Saya juga telah beberapa kali menghungi MeCD (sekarang dah tak ada) dan mereka sendiripun tidak tahu dimanakah mereka akan ditempatkan. Selang beberapa jam, saya dimaklumkan bahawa MARA dan TEKUN akan diletakkan di bawah Kementerian Luar Bandar manakala LPKP diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan, tetapi sehingga artikel ini ditulis SKM, PNS, SME Bank, UDA, INSKEN, MKM dan beberapa agensi yang penting tidak tahu hala tuju.

Saya tidak akan terasa apa-apa apabila sesuatu yang terjadi itu tidak ada kena mengena dengan usahawan kita. malah saya malas nak ambil tahu jika tidak melibatkan kepentingan usahawan, tetapi bagi usahawan bumiputera penyusunan semula kementerian dalam senarai kabinet baru ini menampakkan kehilangan sesuatu yang amat berharga.

Tiba-tiba saja usahawan bumiputera yang selama ini kurang bercakap mula bersuara. mereka sedar YAB Dato’ Seri Najib Tun Haji Abdul Razak terlepas pandang bila ghairah menyusun semula kementerian daripada 28 kementerian hanya tinggal 25. Mana lagi tiga..? rupa-rupanya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) yang selama ini menjadi tunjang kepada pembangunan usahawan bumiputera telah dimansuhkan. YB Dato’ Noh Omar yang menjadi menteri pula dipindahkan ke Kementerian Asas Tani dan kini kita menanti-nanti apakah alasan YAB Dato’ Seri Najib berbuat demikian kepada usahawan Bumiputera?

Sejak penubuhan kementerian tersebut, ramai usahawan bumiputera mendapat manfaat daripadanya. Pinjaman demi pinjaman ditawarkan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai karenah birokrasi, namun niat membantu usahawan bumiputera tetap tersemat sebagai visi kementerian itu. Tetapi YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri seolah-olah baru tersedar dari lamunan apabila isu ini disuarakan oleh usahawan bumiputera.

Dengan nada mencari alasan, YAB Timbalan Perdana Menteri meminta usahawan bumiputera bersabar dan kerajaan sedang memikirkan sesuatu untuk tujuan itu. Apa ini...? bangsa lain tak perlu kementerian seumpama itu untuk berjaya kerana pemimpin parti mereka begitu prihatin dengan pembangunan usahawan bangsa mereka. Mereka kini jauh maju ke hadapan meninggalkan usahawan bumiputera yang masih terkial-kial bertatih mencari tapak untuk berjalan.

Apabila YAB Perdana Menteri antara sedar atau tidak memansuhkan kementerian ini, usahawan Bumiputera kini seolah hilang tempat bergantung, tempat mereka mendapatkan bantuan, dalam keadaan kemelesetan ekonomi global ini, ditambah lagi patah ranting tempat bergayut, kemana mereka hendak mengadu. Tak kan usahawan Bumiputera nak mengadu kat kementerian kesihatan kot..! dah lah lembaga perlesenan kenderaan perdagangan yang selama ini diletakkan dibawah kementerian Pembangunan usahawan pula diletakkan di bawah kementerian pengangkutan, siapa nak jaga pemandu teksi yang rata-rata terdiri daripada orang melayu...

Jika ini merupakan visi YAB Perdana Menteri untuk mewujudkan one malaysia, tindakan pemansuhan kementerian itu merupakan satu tindakan yang bijak..

Bagi usahawan-usahawan The RIGHTS saya menyeru supaya mereka bersabar dan tidak melatah, kerana sebelum ini pun kita berdiri di atas kaki sendiri dan diharap semua usahawan The RIGHTS dapat membantu rakan-rakan lain untuk terus berjaya dalam perniagaan........

Haris Fadzlah Mat Ali
Presiden

Sumber: The Right


No comments:

Post a Comment

Instaforex