Monday, June 29, 2009

Kompleks Sukan Ranau & Rumput Kerbau


Pembinaan Kompleks Sukan Ranau kini dalam fasa akhir pembinaan. Tinjauan yang dibuat membuatkan kami kagum kerana kompleks ini tersergam megah di atas bukit yang memboleh panorama persekitaran daerah Ranau yang berdekatan dengan Pekan Ranau dapat dilihat dari sini.

From Kompleks Sukan Ranau

Kemudahan-kemudahan yang ada bakal merancakkan aktiviti-aktiviti sukan daerah Ranau melalui kemudahan yang disediakan. Harapan ini diharap dapat mencetus minat belia dan warga Ranau untuk melahirkan atlet-atlet harapan Ranau yang membawa panji-panji bendera Sabah dan Malaysia dipersada yang lebih berprestij lagi. Pergunakan segala kemudahan yang ada kerana inilah pusat yang bakal melahirkan jaguhan-jaguhan yang lahir dari Ranau. Kita berharap wawasan yang dibawah oleh YB Datuk Masidi Manjun, Ketua Bahagian UMNO Ranau dapat diterjemahkan sebaik-baiknya.



Bila berpijak dan berdiri di kawasan Kompleks Sukan ini, saya teringat kata-kata yang pernah diucapkan diluar sana, berperasan dan membayangkan seolah-olah bermain bola di Stadium Sukan La Paz di Bolivia. Kedudukan Kompleks Sukan Ranau ini memang terletak di kawasan tinggi, saya pasti ramai peminat & pengemar sukan berhajat untuk merasai suasana kemudahan-kemudahan yang bakal disediakan nanti.

Walau bagaimanapun, ada juga rasa kecewa dan terkilan kerana dalam pemantauan yang dibuat, keadaan rumput di padang utama hanya menggunakan "Rumput Kerbau" yang bila difikirkan tidak sesuai atau "ngam" betul status stadium yang dibina ini. Mungkin penanaman "Rumput Kerbau" ini dapat ditukar kepada rumput yang sesuai. Harap pihak kontraktor yang bertanggungjawab kepada pembinaan ini dapat menimbang semula perkara ini demi kebaikan bersama.

14 comments:

  1. rumput karabau saja ka pula?? kalo main bola banyak tondirokot la malakat di stokin

    ReplyDelete
  2. rumput karabau pun rumput karabau la.. janji Ranau famous sudah bah.. hehe >.<"

    ReplyDelete
  3. Aku bangga dengan kompleks sukan dikawasan altitud tinggi ini. Walaupun semalam di TV3 ada atlit yg mempertikaikan tempat ni, biasalah mereka lebih suka keadaan di US ataupun Beijing walaupun hasilnya tak nampak pun.

    ReplyDelete
  4. tunjuk saya siapa atlit olahraga yang sudah keluar negara (olahraga) dengan jumlah budgetnya sekali , maksudnya per individu . Berapa RM? yang telah dibelanjakan telah memenangi pingat Emas olimpik?.

    ReplyDelete
  5. Pengulas yang taru story 'RUMPUT' kerbau pun macam babi. Tiada isu lain kah??..gandad..

    ReplyDelete
  6. Hehehe..Ranau famous ka? Atlit2 dri Sem. M'sia sdh lemah semangat tgk realiti Ranau macamana.... kotumbayaai kou no!!! Mantad jungle boi RanauSTAN,mi spek no inklish!!!

    ReplyDelete
  7. peningkatan yg bagus. janganlah isu rumput sahaja di perbesarkan. jangan takut tendirokot, bersyukurlah sebab daerah kita di beri kemudahan yang tak ada ditempat kawasan lain.yang penting sekali, komplek ni nanti dapat melahirkan ahli2 sukan yg cemerlang...

    ReplyDelete
  8. yang ponting....aro stadium boh....

    ReplyDelete
  9. tempat kompleks ini di atas bukit memang sesuatu yang boleh merangsang atlet2 untuk berlatih dengan lebih fokus lagi disebabkan situasinya yang agak tenang dari kesibukan...semangat pun akan naik setinggi gunung ganang disekelilingnya..

    ReplyDelete
  10. keadaan terkini kompleks ini masih lagi belum siap sepenuhnya..cuma trek yg rasanya sudah memenuhi kreteria untuk latihan atlet..kontraktor perlu dipantau selalu..supaya hasil kerja lebih berkualiti.kelengkapan spt gym yg serba lengkap perlu disediakan secukupnya...

    ReplyDelete
  11. mmg bagus la kalu di ranau ada kompleks sukan tp harap2 yang lengkap la dengan semua kemudahan yang sepatutnya.jgn setengah jalan ja.

    ReplyDelete
  12. apa-apapun jangan komen lebih2 dulu, kita tunggu stadium siap sepenuhnya baru komen.ini belum siap dah banyak dah komen,kalau yang dah sempurna sangat tu,sila turun bantu apa yang patut di stadium, jangan dok komen ja tapi goyang kaki ja,m

    ReplyDelete
  13. Kawan-kawan sekalian, kalau kamu baca betul-betul komen pengulas ni, dia memuji memuji kompleks ranau bukannya dia mengutuk. Tapi dia cuma persoalkan kenapa kontraktor pigi tanam rumput karabau dipadang tu bukan rumput yang sepatutnya. logikla pa yg dia cakap. cuba kalau contoh kita mo buat rumah banglo, mahal-mahal kita bayar kontraktor suru bikin rumah banglo, sekali siap rumah teres seja. memang patut dipertikaikan sama itu kontraktor. sa rasa itu la bha tu maksud tu pengulas. pa2 pun sa bangga ma ada kompleks bgini di ranau. suda pigi tingu satu kali. mimang siok la suasana dia. hehe. peace :)

    ReplyDelete
  14. Sa rasa spatutnya rumput yg dtnam ada yg btul atau sesuai..mngkin budjet x ckp..msk kdai kopi..hahaha..mungkin la kan..tgk rumput dua bsr2..kalu men bola konpem kena.takel tu rumput sj...siapa yg mau p tgk...haha

    ReplyDelete

Instaforex