Thursday, January 1, 2009

110 guru akan dihantar ke kawasan ramai mualaf

KOTA KINABALU: Seramai 110 guru agama bertauliah akan dihantar ke kawasan-kawasan yang mempunyai ra-mai golongan mualaf bertujuan mening-katkan kefahaman mereka mengenai Islam.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran, berkata mereka akan ditugaskan ke seluruh Sabah terutamanya di kawasan pedalaman untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar yang mendesak.

“Guru agama ini akan dihantar pada bila-bila masa kerana pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) hanya menunggu kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) negeri.

“Daripada bilangan 110 guru agama itu, hanya sembilan orang terdiri adalah siswazah manakala selebihnya bukan siswazah. Dengan adanya guru-guru ini, ia akan dapat menampung kekurangan guru agama di Sabah,” katanya yang merupakan menteri yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal agama Islam di negeri ini.

Sabtu lalu, Penyelaras Program-Prog-ram Mualaf Sabah, Mohd. Nazri Abdullah meminta kerajaan menghantar lebih ba-nyak guru-guru agama di kawasan saudara baru bagi membimbing mereka.

Menurut Mohd. Nazri, ketiadaan guru-guru agama membuatkan mereka yang baru memeluk Islam terkapai-kapai kerana tiada bimbingan selain mencegah daripada balik ke agama asal.

Nazri berkata, guru-guru agama berkenaan akan ditempatkan di kawasan yang amat memerlukan terlebih dahulu sebelum ditugaskan ke daerah tertentu.

Mengenai kampung-kampung mualaf yang masih tidak mempunyai surau atau masjid, beliau berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan untuk membina kemudahan itu melalui Bajet Sabah 2009.

“Dalam Bajet Sabah 2009, kita tidak lupa untuk menyediakan dana bagi membina surau atau masjid untuk golongan mu-alaf. Oleh itu kerajaan amat berharap ma-salah ini akan dapat diatasi,” katanya.

Berhubung masalah mualaf-mualaf di Sabah yang masih tidak menerima wang zakat termasuk mereka yang sudah me-meluk Islam selama 20 tahun, beliau ber-kata pihaknya juga mengambil berat per-kara itu.

Beliau meminta saudara-saudara baru yang masih belum menerima zakat supaya merujuk kepada pusat zakat untuk menyemak nama mereka yang layak sama ada tercicir atau tidak tersenarai.

“Bagaimanapun kita akan siasat dahulu dakwaan ini sama ada benar atau apa masalah sebenarnya. Kita tidak mahu ada pihak yang mendakwa tetapi tidak ada bukti untuk menyokong apa yang di-katakan,” ujarnya.

1 comment:

  1. Satu tindakan & usaha yang wajar dilakukan oleh Kerajaan. Sokongan padu dalam meningkat kefahaman Islam dan menjaga kebajikan saudara baru kita.

    ReplyDelete

Instaforex