Saturday, January 10, 2009

Berita baik untuk Kontraktor Kelas F di Ranau

Merujuk New Sabah Times, cabutan undi khas untuk Kontraktor F di Sabah akan bermula pada 12hb Januari ini. Ini menunjukkan keperihatinan kerajaan dalam membantu kontraktor-kontraktor kecil disamping ini dapat merancakkan lagi ekonomi negara kita.

Kita berharap segala kerja yang dibuat itu akan dibuat dengan penuh amanah dan bertanggungjawab agar projek-projek terlibat itu memberi manfaat kepada kampung-kampung yang berkenaan. Untuk laporan lanjut mengenai cabutan ini, ikuti dibawah ini.

Cabutan undi bagi PIA, PIAS fasa pertama bermula 12 Jan ini


10th January, 2009

KOTA KINABALU: Cabutan undi bagi kerja-kerja di bawah Projek Penyelen-ggaraan Infrastuktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) fasa pertama untuk tahun ini akan diadakan bermula pada 12 Januari (Isnin) ini di bahagian Keningau.

Cabutan undi itu akan dijalankan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (SDO) bersama-sama dengan Dewan Ban-daraya Kota Kinabalu (DBKK), Majlis Perbandaran dan semua Pejabat Dearah di negeri ini.

Pegawai Kemajuan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Haji Matusin Sunsang (gambar) berkata, ini pelaksa-naan cabutan undi itu, ada selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi peluang sama rata kepada kontraktor kelas F.

“Ini untuk membolehkan mereka mendapatkan kerja kontrak dengan mengagihkan projek-projek kecil Persekutuan secara adil dan saksama di kalangan kontraktor kelas F melalui undian,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, kelmarin.

Beliau berkata, cabutan undian untuk fasa pertama di bahagian Keningau pada 12 Januari ini yang akan diadakan bermula pada jam 9 pagi untuk pendaftaran dan 10.30 pagi untuk undian akan diadakan di Dewan Masyarakat Keningau.

Bahagian Keningau melibatkan daerah-daerah, Tambunan, Keningau, Tenom, Nabawan, Daerah Kecil Kemabong, Dae-rah Kecil Sook dan Daerah Kecil Pagalun-gan.

Pada 14 Januari cabutan undi akan diadakan di Bahagian Beaufort (Dewan Masyarakat Pa’ Beaufort), Bahagian Tawau pada 20 Januari (Dewan Mas-yarakat Tawau), bahagian Sandakan pada 22 Januari (Dewan Masyarakat Sandakan).

Bahagian Kota Kinabalu akan di-jalankan selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 Januari (Dewan Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah) dan bahagian Kudat pada 2 Febuari (Dewan Tun Mustapha).

Matusin berkata, sebanyak RM87.6 juta jumlah keseluruhan projek diterima bagi negeri Sabah untuk fasa pertama ini untuk kedua-dua program tersebut.

Jumlah keseluruhan peruntukan untuk projek PIA dan PIAS untuk Sabah pada tahun ini ialah RM130 juta.

Setakat ini katanya, sebanyak 1,004 projek PIAS telah diluluskan dengan nilai anggaran sebanyak RM74.5 juta, manakala RM13 juta telah diperuntukkan untuk projek PIA bagi menjana 207 projek

Menurutnya, sasaran adalah untuk memastikan sekurang-kurnagnya 80 peratus kontraktor berdaftar di semua Pejabat Daerah di negeri ini akan memperolehi projek yang ditawarkan.

Jelasnya ini membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membela nasib kontraktor kelas di negeri ini.

Beliau berkata, pada pengundian kali ini pihaknya juga akan membahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan pertama kontraktor yang mempunyai keupayaan kewangan di bawah RM10,000 ke bawah akan diberikan bagi melaksanakan projek-projek di bawah RM50,000 ke bawah.

Manakala kontraktor yang mempunyai kewangan RM10,000 ke atas akan melaksanakan projek-projek RM50,000 hingga RM200,000.

Katanya, pelaksanaan projek PIAS dan PIA itu dijangka akan mengambil masa di antara empat hingga lapan minggu.

Justeru itu, katanya, semua kontraktor yang berjaya diharap dapat memberikan sepenuhnya komitmen untuk menyiapkan projek dalam jangka masa yang diberikan.

“Perkara ini penting kerana projek-projek ini berteraskan keperluan rakyat negeri ini yang sentiasa mengharapkan kemajuan dalam pembangunan khususnya dari aspek infrastruktur asas dan awam,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Instaforex