Wednesday, August 12, 2009

Kasitah Gaddam bebas tuduhan rasuah


GEMBIRA...Bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada pertuduhan rasuah dan penipuan melibatkan saham milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) pada 1996.Beliau gembira meraikan pembebasannya bersama isteri dan barisan peguamnya. Foto SIN CHEW.

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam hari ini (Rabu, 12 Ogos 2009) dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada pertuduhan rasuah dan penipuan melibatkan saham milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) pada 1996.

Hakim Suraya Othman memutuskan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua pertuduhan untuk membolehkan mahkamah memanggil Kasitah untuk membela diri.

"Berdasarkan pernilaian maksimum terhadap keterangan yang dikemukakan sepanjang kes pendakwaan, intipati penting bagi keduadua pertuduhan tidak dibuktikan melalui fakta di mahkamah.

"Dalam keadaan itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada keduadua pertuduhan yang dihadapinya," kata Suraya dalam penghakiman setebal 73 muka surat.

Kasitah, 62, yang jelas gembira memberitahu pemberita yang beliau amat lega dan gembira dengan keputusan itu dan akan segera pergi mengunjungi ibunya di Ranau sebelum pergi menunaikan umrah bersama sama keluarga dan rakannya.

"Saya amat bersyukur kepada Allah dan saya tidak menjangka akan dibebaskan hari ini selepas melalui keperitan ini sejak 2004," katanya sebelum dipeluk oleh anggota keluarga dan isterinya Rosni Ambuting.

Kasitah dituduh menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi LKTNS untuk faedah peribadi dengan mengambil bahagian dalam keputusan untuk meluluskan penjualan 16.8 juta saham Sapi Plantation yang dipegang lembaga itu kepada Briskmark Sdn Bhd.

Beliau turut dituduh memperdayakan LKTNS dengan tidak mendedahkan tawaran oleh PPB Oil Palms untuk memperuntukkan lima saham syarikat itu bagi setiap satu saham Sapi Plantation dalam proses penyenaraian.

Suraya berkata hujahan pihak pendakwaan ialah Kasitah telah merencanakan penjualan saham Sapi kepada Briskmark untuk membayar balik pinjaman banknya sebanyak RM11.5 juta dengan DCB Bank tetapi keterangan pengarah Briskmark Datuk Wasli Mohd Said dan akauntan Vincent Chia mendedahkan RM11.5 juta itu diperoleh daripada keuntungan jualan saham Intra Oil (IOs) milik Kasitah.

Beliau berkata keterangan pegawai bank DCB telah membuktikan berlaku jualan secara tulen saham IOS di mana Chia telah menggunakan keuntungan rahsianya sebanyak lebih RM30 juta dalam transaksi saham PPB Oil Palms untuk membeli saham IOS.

Beliau berkata pihak pendakwaan hanya bergantung kepada keterangan Wasli dan Chia yang dicemari dengan kepentingan peribadi di mana Chia telah menguruskan dua transaksi serentak saham PPB Oil Palm dan IOS dalam membuat keuntungan rahsia itu.

Katanya Chia telah mewakili lima pihak, di mana beliau mewakili Briskmark, pemilik Arkwell Enterprise Ltd, sebagai penasihat kepada firma perakaunan Arthur Anderson, Kasitah dan LKTNS, yang meletakkannya dalam kedudukan serius bagi konflik kepentingan melalui "banyak peranan" yang dimainkannya.

"Saya tidak menemui apaapa yang mengatakan Vincent Chia ialah rakan subahat. Bagaimanapun, daripada keterangan yang dikumpulkan, adalah jelas bahawa Vincent Chia ialah seorang oportunis yang licik, seorang tanpa prinsip atau rasa bersalah," kata Suraya.

Bacaan lanjut disini

5 comments:

  1. Alhamdulilah bgi Family TS.Kasitah, Kekadang pemimpin ni kalau hilang arah tujuan dan mudah lupa diri itulah yg menimpa dirinya...Saya berharap kepada TS.Kasitah kurangkan lah minum Beer dan Stout tu, Supaya pemikiran lebih waras dan sentiasa berwaspada kepada hala tuju perjuangan diri...Ingat dan Imbaulah kembali pada tahun 70an lagi semasa TS.Kasitah menjadi Calon Perikatan dulu...Apa yg TS.Kasitah perolihi? Nah sekarang sudah mempunyai kedudukan buatlah dengan cara Pemimpin berkedudukan. Bukan senang hendak naik semula setelah Kecundang d sebabkan oleh Hunar dan olah diri sendiri ni.Bercerminlah d dapan cermin yg besar supaya badan kita kenampakan semunya....

    ReplyDelete
  2. Kembali beraksi.....Alhamdullilah!! Syukurrr!! Gemilangkan semula UMNO Ranau!!

    ReplyDelete
  3. Bah... nanti ramailah yg panas punggung, mula sudah balik 'turun padang' kunun - kunun mo berdamping sama rakyat....Dakat sudah tu PRU 13,siap siap la kana cantas.Jgn cakap ia tidak berlakyu di Ranau, tambiranglaa klu ada yg cakap gitu.

    Bah Datuk Masidi n Hj, Jaimin, panas sdh kaa punggung?

    ReplyDelete
  4. tk Masidi kalau mau Cerah masa dapan berpolitik jgn ikut gerak lengkah TS.Ghani Gilong...Yg hanya pandai mengaut kauntungan kedalam Poket sendiri saja.Bersuaralah HENTIkanlah Pemberian dan pengeluaran MYKAD MALAYSIA tu...Ini bukan lagi untuk Rakyat Negeri Sabah tetapi ini untuk rakyat d Negara kita Malaysia.....Bersatulah menentang KEBATILAN Datuk Masidi...Mulut jangan d Bisukan dan jangan takutkan C Musa Aman tu......

    ReplyDelete
  5. Dtk Masidi janganlah takut dengan kemunculan semula TS.Kasitah, TS.Kasitah ni pemimpin yg sudah Vetran dan berpenyakit bah...!!!TS.Kasitah ni sudah banyak duit saja, ini kali Perwakilan UMNO d Ranau akan Mandi/basah kerana terkena duit TS.Kasitah...Dtk Masidi "WAJIB:lah buka mulut sedikit jangan sampai menjadi Bisu....

    ReplyDelete