Sunday, August 30, 2009

Suburkan kasih sayang kita dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52



Detik-detik ini mengimbau kembali sejarah negara kita bebas daripada belenggu penjajahan dan menandakan bahawa kita sebenarnya kini merdeka dan harmoni dalam membawa kegemilangan kepada hala tuju pembangunan negara yang tercinta. Suburkan kasih sayang, tanamkan kecintaan dan kesetiaan kita kepada negara sebagai satu tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT atas anugerah nikmat kemerdekaan ini.

Justeru itu, tuntutan ini perlu diperlihara agar aspek kesedaran dalam mempertahankan maruah bernegara dan kesedaran membela negara dibangunkan secara berterusan sebagai warisan dari satu generasi ke satu generasi.

Kita berbangga dilahirkan di bumi Malaysia yang tercinta, harmoni dan aman.

Kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Salam Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-52 dan Salam 1 Malaysia serta Salam Perpaduan kepada seluruh warga Malaysia yang berbilang bangsa.

Ikhlas daripada UMNO Bahagian P.179 Ranau

3 comments:

  1. bunyi saja merdeka kalau pemberian IC berlaluasa kepada PTI2 yg ada d negeri Sabah ni oleh Pemimpin 1Malaysia. Nda ada guna juga hidup Merdeka....Merdeka hanya kata2 tidak juga betul merdeka begini. sama juga menjadi 0 (Zero) kalau HAK rakyat Malaysia d gadai dengan kemasukan berjuta juta PTI dari Indonesia/Philippine/Pakistan....

    ReplyDelete
  2. Saya sokong dan amat2 bersetuju T.Cobra d atas penulisan anda...Saya fikir tidak ada lagi Rakyat Negeri dan Negara ini yg risau dan rimas akan perkara Batil yg berlaku dan masih berlaku ini.Wahai Blogger Pemuda UMNO anda lah yg BERHAK untuk mengomen dan bersuara d atas Perkara BATIL yg Pemimpin UMNO/BN lakukan ini.Jangan mengharapkan kepada Pemimpin yg Berjawatan dan berkedudukan, Mereka pasti tidak berani dan mahu bersuara gara2 Kedudukan itu...Datuk Masidi d mana sudah suara Datuk ygberani semasa PBS menjadi Kerajaan Negeri dahulu? Nah sekarang bersuaralah Demi Rakyat kita d Negara ini!!!

    ReplyDelete
  3. haha merdeka la konon. Sabah akan merdeka klu UMNO/BN d halau keluar dr negeri ni

    ReplyDelete

Instaforex