Sumber: Utusan Malaysia
HARI ini semua rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-52. Tetapi suasana sambutan di seluruh negara tidak seperti biasa kerana ulang tahun kemerdekaan jatuh pada bulan puasa Ramadan. Sambutan di peringkat Pusat, dibuat sederhana di Dataran Parlimen.
Usia 52 tahun amat besar maknanya. Pelbagai peristiwa dan pengalaman pahit manis telah kita sama-sama harungi.
Apabila menonton iklan hari kemerdekaan di televisyen, ia membawa kenangan manis dan menyentuh jiwa semua lapisan masyarakat kita yang berbilang kaum.
Dalam suasana hubungan kaum yang kini diasak dengan tindakan provokasi dan tuduhan melampau demi kepentingan kaum masing-masing, elok kita sama-sama renung dan fikirkan apa akan kita lakukan selepas ini. Adakah semua kaum di negara ini mahu bercakaran dan musnahkan perpaduan yang telah dijalin sejak lebih 52 tahun itu?
Ada kebenaran dalam perutusan Hari Kemerdekaan Perdana Menteri bahawa membaik pulih jambatan sedia ada di samping meruntuhkan tembok-tembok pemisah yang wujud di antara rakyat pelbagai kaum adalah cabaran terbesar negara.
Jika kita buka minda dan fikirkan, kekeruhan hubungan antara kaum sebelum Mac 2008 tidaklah seburuk seperti sekarang. Semua kaum berbaik sangka dan tidak timbul tuduh-menuduh dan mencabar Perlembagaan negara. Hakikatnya perpaduan kaum yang diasaskan oleh pejuang-pejuang terdahulu kini diasak dan cuba digoncang pihak tertentu kerana mahu rebut kuasa.
Perpaduan kaum adalah tunjang kekuatan dan kemakmuran Malaysia. Jika tunjang ini ditetak-tetak selalu, akhirnya ia akan musnah.
Begitu juga dengan perpaduan kaum, jika tidak dipelihara, kesan kemusnahannya sukar untuk dipulihkan seperti dahulu.
Sebab itu berulang-ulang kali pemimpin negara mengingatkan kita supaya pertahankan perpaduan kaum. Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengingat tentang sejarah dunia yang sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus dengan baik akan berakhir dengan kegagalan.
Bacaan lanjut disini
Monday, August 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam singgah...
ReplyDeletewww.rantauanakdesa.blogspot.com
***Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengingat tentang sejarah dunia yang sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus dengan baik akan berakhir dengan kegagalan***
ReplyDeleteDtk Seri Najib berkata d atas....Apakah pemberian MYKAD MALAYSIA yg berlaluasa kepada PTI daripada Negara Philippine,Indonesia,India dan Pakistan itu satu cara pengurusan Negara ini dengan baik? Jawab dan fikir2kanlah pemimpin2 Pemuda UMNO seluruh Negara...Jangan nak sebuk dengan mencari Kontrak2 saja.....