Tuesday, August 4, 2009

Laporan - Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg Ranau, Sabah

Dalam mesyuarat UMNO bahagian Ranau ini, perjalanan mesyuarat telah diserikan lagi dengan ketibaan YB Dato Shaziman Abu Mansor yang juga merupakan Menteri Kerja Raya Malaysia telah merasmikan mesyuarat ini pada 1 Ogos 2009.



Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah YB Datuk Masidi Manjun Ketua UMNO Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian Tn Hj Jaimin Samitah, Naib Ketua Bahagian Sdr M. Yahya Dunggi, Ketua Wanita UMNO Datuk Amisah Yassin, Ketua Pemuda UMNO Sdr Faez Datuk Hj Nordin, Ketua Puteri UMNO Selhajinah Rasmin, barisan AJK UMNO Bahagian, barisan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO, pemimpin masyarakat serta pemerhati luar yang hadir bersama melihat mesyuarat ini berlangsung.

Dalam usaha memastikan halatuju UMNO Ranau, Ketua UMNO Bahagian YB Datuk Masidi Manjun turut menekankan usaha perpaduan dalam parti dan juga parti komponen yang lain. Dasar perjuangan yang digariskan dalam UMNO bahagian adalah Iman, Ilmu dan Ekonomi. Kepentingan 3 asas ini diharapkan dapat mencetus satu paradigma dalam masyarakat Ranau ke arah kecemerlangan dalam masyarakat. Ini jelas diperkatakan oleh YB Datuk dalam sedutan klip video ini dibawah.



Selain itu, YB Datuk juga telah mengutarakan permohonan kepada YB Dato Menteri agar infrastruktur perhubungan jalanraya di Ranau diberi keutamaan sebagai menyokong kepada asas perjuangan yang ke-3 iaitu Ekonomi, kerana beliau yakin jika perkara ini direalisasikan sudah pasti usaha akan meningkatkan lagi nilai tambah hasil sektor pertanian masyarakat di Ranau.

YB Datuk juga telah membawa YB Dato Menteri melalui jalanraya yang daif sepanjang perjalanan dari Kg Mohimboyon hingga ke Kundasang sebagai komitmen beliau untuk memastikan perkara ini dapat ditunaikan. Inilah harapan beliau dan inilah juga harapan masyarakat Ranau sebagai tanda sokongan bulat kepada pihak pemerintah.

Dalam ruang ini, PUR juga memaparkan sebahagian sedutan intipati ucapan oleh YB Dato Shaziman Abu Mansor yang menekan tentang konsep 1 Malaysia yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri kita. Selain itu penerangan tentang "KPI & KRA" dalam definisi masyarakat. Ikuti sedutan tersebut ...



Seramai 61 calon telah menawarkan diri untuk bertanding sebagai Perwakilan 7 (G7) ke Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung pada bulan oktober depan. Dalam keputusan proses pengundian yang dibuat, calon-calon yang berjaya dalam G7 ini adalah:

Nama Perwakilan 7 (G7) yang dipilih:-
1. Tn Hj Saprin Karim
2. En. Ridhwan Tan Sri Kasitah
3. En. Zainurin Sahad
4. En. Kohadie Watiman
5. En. Jasni Hj Harun
6. En. Suhaimin Manjun
7. En. Rosdin Riman

PUR juga merakamkan setinggi ucapan tahniah kepada mereka yang berjaya.





9 comments:

  1. Tahniah Pemuda UMNO Ranau d atas selesainya Mesyuarat Agung Tahunan kalian.Dan d atas terbinanya blog kamu tu naah...Saya ingin memperingatkan kamu d Ranau sana ingat2 akan masa dapan kita rakyat d Negeri Sabah ni....Bukan hanya ingat akan Akhirat Dunia pun penting juga. Berapa luas sudah tanah org kita d Ranau d Beli oleh org Asing yg sudah ber May Kad d Ranau tu?....Saya mecebar Pemuda UMNO Ranau jangan sahaja mau kedudukan dan Projek bersuaralah untuk menegakkan yang "HAK" dan tinggalkan yg 'BETIL" tu. Bersuaralah menantang kezaliman dan Pengeluaran May Kad dan Surat beranak untuk orang Asing tu Gaman...Jangan samapai Gunung Kinabalu tu d Apply oleh orang Philipine,Bugis,Pakistan dan India pula. Walaupun d org tu seagama dan sewaktu dengan kita.....Perjuangan kita ni belum selesai lagi kali....5 tahun mendatang inda ada lagi Dusun yg bersumpal kirai daun yg menjual Kobis d Kundasang dan Ranau tu lagi. Lihat saja nanti."DAGANG NDA USAH D TANAKKAN, KERA D HUTAN NDA USAH D BELIKAN SUSU"...Ingat tu wahai Pemuda UMNO Ranau...Jangan samapi Menang Sorak Kampong Tergadai.

    ReplyDelete
  2. Sdr Tuan Cobra,

    1. Terima kasih atas perhatian & ucapana yang diberikan.

    2. Perkara ini akan diteliti kebenarannya. Jika ada kebenarannya, kita akan rujuk kepada pihak yang berkenaan untuk dapatkan penjelasan tentang isu-isu yang dikemukakan.

    ReplyDelete
  3. Astagafirullah, Sudah terang lagi bersuluh...!!! Saya ni hanya mau Pemuda UMNO yg BERHAK boleh bersuara...Pemuda2 Komponen BN lain tdk akan dan dapat bersuara, Percayalah...PBS sudah berapa tahun memperjuangkan perkara ini tetapi kejatuhan PBS juga d sebabkan Pengundi Hantu pada tahun 1994. Sekarang ini BN @ UMNO d Malaya sana sudah d landa Tsunami besar...Melayu,Cina dan India sudah bersatu utk menjatuhkan UMNO @ BN d Malaya.Sekarang ini harapan BN @ UMNO adalah Negari Sabah/Sarawak sahaja lagi.Adakah Pergerakan Pemuda UMNO tidak pernah terlihat dan terfikir kebanjiran Philipine,Bugis (Indonesia),Pakistan dan India d Sabah ini? Cuba lihat apakah mereka mempunyai May Kad atau pun tidak? Lihat sahaja d Seluruh Sabah siapa yg banyak Teksi dan Bus2 yg besar? Kalau Bas KK/SANDAKAN/TAWAU/L.DATU tu hampir 100% d miliki oleh org Bugis Indonesia/China...Kenapa penduduk kita d Negeri Sabah ini kurang Faham atau sengaja tidak mahu Faham? Gunung Kinabalu itu akan menjadi milik mereka 1 hari nanti.Berfikirlah secara terbuka dan Positif kearah masa dapan kita Rakyat d Negeri Sabah ini. Hanya anda Pemuda UMNO yg boleh dan bersuara dengan kuat. Plan pengeluaran May Kad dan Surat Beranak kepada Pendatang asing selepas UMNO d landa Tsunami ini berjumlah 3.5 juta. Pintu pengeluaran adalah d Negeri Sabah. Cuba anda tanya kepada Datuk Masidi Manjun apakah perkara ini benara atau tidak, Beliau pasti mengetahuinya....Parti Komponen BN d Negeri Sabah dan Sarawak 2,3 bulan lagi PRU ke-13 mereka akan meninggalkan BN kerana ketidakpuasan hati mereka terhadap perkara ini.Oleh yg sedemikian kalau Pemuda UMNO bersuara terlebih dahulu lihat sahaja pasti Komponen BN yg mau cabut lari ini akan Bingkas dan menyokong serta membuat kenyataan kepada Usul dan Cadangan anda itu khasnya berkenaan dengan Pengeluaran May Kad dan Surat Beranak ini,Pemberian May Kad dan Surat beranak ini AMAT2 MERBAHAYA kepada Generasi kita d Negeri Sabah....Kedudukan BN sekarang ini benar tergugat dan terancam.Banyak lagi perkara yg Mungkar d lakukan olen Kepimpinan UMNO @ BN ini.Lihat sahaja Sejarah Kemerdekaan kita dan Pembentukan Negara Malaysia.Mungkin adik2 d Pergerakan Pemuda UMNO d seluruh Negeri Sabah ini benar2 Berghairah akan UMNO @ BN...Sebenarnya merekalah yg Mengadai HAK orang2 Melayu d Negara Malaysia ini kalau mahu tahu.Jangan sampai Menang Sorak Kampong tergadai...15 ke 20 tahun mendatang pasti akan ada perkara yg tdk d ingini berlaku d sebabkan Pemberian Status Warganegara dan May Kad ini,itu Ramalan saya.Cuba Pergerakan Pemuda Ranau berjumpa dan berbicara dari hati ke hati dengan Ketua Bahagian UMNO Ranau @ Dtk Masidi....Saya merasakan Pemimpin UMNO d Negeri Sabah ini yg saya boleh percayai hanya Datuk Masidi Manjun sahaja lagi. Jiwa dan Perasaan Datuk Masidi telus dan Ikhlas buat rakyat Negeri Sabah....Cuma beliau masih takut2 untuk bersuara...

    ReplyDelete
  4. Salam untuk PPUR, saya amat2 menyokong pendangan dan pendapat dari T.Cobra d atas ni...Hanya Pemuda UMNO sendiri yg wajib dan boleh bersuara tanpa Had dan limit sewaktu EGM d Kuala Lumpur, Itupun jika Pemuda UMNO itu merasakan kepentingan masa dapan anak/cucu dan Rakyat Malaysia. Mesyarakat d Semenanjung mungkin kurang faham dan Arif tentang perkara ini semuanya, Kecualilah Polis dan Askar diraja Malaysia dan yg bertugas d Sabah. Sampai bila Pemimpin Melayu ingin mempermainkan "MAY KAD" sebagai senjata ampuh untuk menggugurkan Parti yg melawan BN? Sampai kita d tumbangkan secara beramai ramai oleh Pendatang?....Sebagai Pemimpin yg berkuasa dalam Negara ini DS.Najib wajib berfikir 2,3 kali lagi sebalum memberikan May Kad Malaysia kepada pendatang daripada Pakistan,India,Philipine dan Indonesia....!!!

    ReplyDelete
  5. kepada Sdr Tn Cobra & Sulaiman,

    1. Hujah & fakta yang jelas untuk difahami.

    2. PUR akan kemukakan perkara ini kepada KP Sabah dan YB KUB DMM untuk diperhalusi suara rakyat berkenaan kegelisahan yang berlaku jika pengawalan pengeluaran myKad & surat beranak tidak dipantau dengan telus.

    3. Kementerian KDN perlu membuat perubahan dalam JPN agar proses pengeluaran dokumen ini diberikan kepada rakyat Sabah yang disahkan asal usulnya.

    4. Selain itu, ada beberapa aspek yang turut mempengaruhi proses pengeluaran dokumen ini, seperti:-

    A. Perkahwinan Campur - kita sedia maklum, generasi masa kini telah berubah gaya hidup mereka, hubungan semakin meluas melimpasi batas kedaerahan turut mempengaruhi salasilah keturunan dalam hak dalam bumiputera itu sendiri.

    B. Pentadbiran - mereka yang terlibat dalam memberi status kerakyatan, sama ada dari Ketua Kampung, Wakil Anak Negeri, Pegawai Kerajaan memungkinkan perkara ini terjadi.

    C. Komuniti - Hanya segelintir masyarakat peka tentang isu yang disebutkan, yang lain hanya dengar dan menganggapkan isu ini adalah tidak penting, tidak ada rasa tanggungjawab untuk bersama-sama membantu menyuarakan kegelisahan ini. Kalau dikatakan, etnik kita di Sabah tidak bersama-sama berpadu untuk berusaha bersama-sama. Perlu ada desakan diplomatik.

    D. Politik - Apa kata orang politik? Sudah diperjuangkan cuma tidak pasti hasil keputusan yang diterima. Lupa atau ditekan?


    5. Walaubagaimanapun, sukar atau tidak, kita perlu berjuang dengan cara yang bijak. Tanpa anda- suara akar umbi usaha ini hanya sia-sia aja.

    6. Perkara ini jugak akan dibawah ke perhatian Datuk MM, beliau bukan takut bersuara tetapi kurang sokongan dari rakan politik dan juga akar umbi. Macam mana mau kasi selesai kalau tepuk tangan bunyi sebelah saja.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana anda menjawab benar2 bertanggung jawab dan jawaban anda boleh d katakan tepat sekali...Tetapi jika Pergerakan Pemuda UMNO sendiri serta Pemimpin2nya takut dan termasuk anda org yg berhak boleh bersuara adalah lebih bagus anda yg memulakannya dari Ranau...D dalam kita memperjuangkan yang "HAK" kita tidak perlu mendapatkan sokongan dari kawan2, pada masa ini Pengarah JPN Negeri Sabah adalah seorang bumiputera tulin berbangsa Bajau dan berasal daripada Kg.Pengalat Besar Papar (Namanya Tuan Hj Japar Henry. Soal perkahwinan Silang itu mungkin tidaklah terlalu ramai bilangannya sehinggakan Nisbah kependudukan melebihi 100% setiap tahun termasuk Lelaki pun beranak...Mungkin itu sudah pasti tidak lojikkan..? KDN sudah tentu tidak hiraukan perkara ini jika penembahan dan Pengeluaraan May Kad dan pemberian Surat beranak itu hasil perbuatan dari dalam KDN itu sendiri, Diatas alasan kita ni sama2 beragama islam. Walhal penembahan ini adalah gara2 UMNO d landa Tsunami d Malaya sana....Tetapi kita yg menjadi mangsa dalam Rakyat Negeri dan Negara kita ini. "Fikir2kan lah nasib rakyat d dalam negara ini,Sekarang kita dd Negeri Sabah ini memang sudah terasa....Tadi saya ke Muzium Negeri Sabah, Apabila melihat gambar2 muka Penduduk Sabah @ Orang Sabah jelas menyedihkan...Kerana muka2 yg ada pada hari ini adalah berlainan dengan muka2 Penduduk negeri ini pada tahun 1960an....Apakah kita masih mengatakan "AH KITA MAHU MENEMBAHKAN ORANG ISLAM LEBIH BANYAK LAGI" apakah perkataan ini yg harus kita ungkapkan lagi? Sedangkan HAK kita setiap hari terhakis oleh kependatangan Rakyat daripada Philipine,Indonesia,Pakistan,India atau dari Negara China sendiri...!!!

    ReplyDelete
  7. Saya amat bersetuju 200% diatas kenyatan T.Cobra dan Sdra Sulaiman tu...Selagi Pemimpin UMNO belum sedarkan diri mereka atau takut nak bersuara sampai hari Qiamat pun keadaan ini akan bertambah parah lagi....Yang kerugian adalah Generasi Negara Malaysia yang akan datang...Generasi PATI memang tertawa dan tersenyum terbahak bahak. Contoh dekat perjalanan dari Kg.Tebobon menuju Putera Jaya Telipok ada sebuah Station minyak Petronas yg baru siap adalah kepunyaan seorg Suku Bugis...Nah janganlah lagi d lihat akan Jawatan dalam kerajaan kita, Menteri Persekutuan,Speakar Dewan Rakyat dan Ketua Menteri Sabah pun baru saja 1 generasi lah d Negeri kita ini kekayaannya (Harta & wang ringgitnya)sudah mencecah 1 billion....Kroninya semakin bertambah kaya raya terdiri daripada family terdekatnya....Apa lagi yg mahu d laporkan kepada KP UMNO Negeri...Hanya PUR sahaja mungkin Pergerakan yg masih asli keahlian Pemudanya dan Beaufort...PU yg lain tu samaunya sudah termasuk PATI2 yg mempunyai may kad....Janganlah ghairah nak berlumba lumba nak cari kekayaan diri bro....Perhatikanlah sekaliling Negeri kita yg tercinta ini.....Lihatlah dan melawatlah ke Muzium Negeri Sabah bagaimana peras rupa wajah orang Asli d negeri Sabah kita ini...

    ReplyDelete
  8. kesian ni pemuda umno ni..mcm kurang pengetahuan keadaan sekeliling pla...

    ReplyDelete
  9. Banyak pula orang melayu d ranau ni,..
    Mngagungkn bangsa orang lain sja orang ranau..

    ReplyDelete

Instaforex