Sunday, March 8, 2009

Merencana Perubahan Minda Bumiputera Dengan Mempratikalkan Kreativiti & Innovasi "PURPLE BEACH"

Ambil masa 10 minit untuk melapangkan fikiran, relaks-relaks duduk memikirkan apa yang berlaku kepada persekitaran kita masa ini. Cuba fikirkan & renungkan perlakuan orang-prang kita di Ranau dari segi ekonomi, kerjaya, aktiviti rutin harian, keluarga, aset milik sendiri, pertanian, pasaran, sosial dan macam-macam lagi. Adakah kita perihatin kepada persekitaran kita. Fikirkan juga diri kita, adakah kita selesa dengan kehidupan sekarang atau masih banyak kekurangan dan ruang lagi yang perlu diperbaiki.

Mungkin kita rasakan apa yang difikirkan tadi makin berserabut entah sampai sukar untuk menyimpulkan apa yang bermain dikotak fikiran kita.

Baru-baru ini, saya dan Cikgu Thomas @ Tarmizi menghadiri satu seminar di KCCI Penampang, Sabah yang saya rasakan dapat merangsangkan dan membantu kita untuk mengubah mindset minda kita terhadap persekitaran yang berada di sekeliling kita. Program seminar ini yang berteraskan Konsep Purple Beach - Sistem M3IQRA sebagai tool yang berkesan untuk mencetuskan revolusi minda ke arah mencerna pemikiran yang Kreativiti dan Innovasi secara lebih berkesan lagi. Saya suka untuk meletakkan beberapa gambar disini dan sedikit sebanyak point-point yang boleh kita kongsi bersama.



Ada beberapa topik yang saya cuba kongsikan disini.

1. Apa kah dia Kreativiti & Innovasi?

Terlebih dahulu apa itu kita perlu tahu idea ini macam mana, kerana kreativit & innovasi bermula dari idea-idea yang kita hasilkan. Sesuatu idea itu dihasilkan melalui bagaimana cara kita melihat sesuatu perkara itu, bagaimana ia dapat kita digambarkan dan diilhamkan serta bagaimana ia dapat dicipta dengan cara yang baru. Ia selalunya idea yang special, luar biasa, terkini dan unik.

Jadi, jika kita faham sudah apa itu idea, maka dengan konsep yang lebih mudah, kreativiti adalah hasil-hasil sesuatu idea yang dikumpulkan kemudiannya menghasil dan membentuk idea-idea yang baru. Innovasi itu pula adalah bagaimana mana kreativiti itu diimplementasikan membentuk sesuatu yang terkini.

Permahaman cara kampung kira macam kita umpamakan benih itu idea-idea yang ada ditanam, disiram dan dijaga baik-baik dalam pasu kemudiannya ia membesar dengan mengeluarkan pokok-pokok yang cantik dan berseri.

2. Kreativiti itu amat penting dan perlu ada dalam diri kita, tanpanya kita sukar untuk maju dan bersaing dalam memajukan diri.

3. Kita sebagai bumiputera perlu bergabung memberi idea-idea dan berusaha untuk mengilhamkan bagaimana sumber yang kita miliki itu dipergunakan secara lebih berkesan lagi. Kita perlu keluar dari ke pompong pemikiran dalam kotak. Cuma kita perlu belajar dan mempraktikkan cara kita untuk memahirkan diri lebih berkreatif dan berinovasi.

4. One track mindset bermaksud pemikiran minda yang hanya menjurus satu arah seperti perjalanan keretapi. Kita perlu berusaha menjadikan diri ini berfikir dalam semua bentuk penunjuk arah, seperti helicopter.

5. Maka itu, kita perlu belajar dan belajar untuk menajamkan pemikiran kita agar kita sentiasa bersedia dan berfikiran positif untuk menghadapi kekalutan persekitaran yang tidak menentu. Kaedah yang terbaik adalah bagaimana kita dapat memahami Formula M3IQRA dalam kehidupan kita seperti yang digariskan:
1. Mindset Reset - Menukar cara kita berfikri
2. Motivation - Aspirasi untuk lebih berkreatif
3. Methods - Belajar teknik untuk berkreatif
4. Inquisitiveness & Ingenuity - Senantiasa bertanya dan berasa ingin tahu
5. Questioning - Banyak bertanya bagi menambah pengetahuan
6. Reasoning - Analisis dan logik akan sesuatu
7. Action - Bertindak atau implement


Kita berharap agar kita sebagai bumiputera sentiasa berusaha untuk memajukan diri, jangan biarkan diri kita ketinggalan kerana kita punya kekuatan yang harus dieksploitasikan. Untuk pengetahuan lanjut sila rujuk Ghazi - Malaysian Association of Creativity and Innovation (MACRI)

Thursday, March 5, 2009

Pemuda Dedah Bukti Siapa Sebenarnya Samseng Di Parlimen

Oleh Kazman Kamal

Shah Alam -- Pemuda UMNO Selangor hari ini tampil mendedahkan bukti siapa sebenarnya yang bersikap seperti samseng dalam insiden kekecohan yang berlaku di Parlimen baru-baru ini.

Ketuanya, YB Shukor Idrus berkata pihaknya mempunyai rakam video berhubung kejadian tersebut yang menunjukkan tiada sebarang bentuk kekasaran mahupun serangan dilakukan terhadap YB Karpal Singh seperti mana dakwaan pihak pembangkang.

Jelas beliau lagi kehadiran ketua-ketua Pemuda UMNO Selangor di Parlimen adalah atas dasar jemputan sebagai tetamu Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Hj Abdul Latif Ahmad untuk perbincangan dan makan tengahari.

"Tiada sebarang bentuk kekasaran mahupun serangan dilakukan terhadap Karpal Singh seperti yang didakwa pembangkang. Jikalau pun ada pihak yang mengadu terkena tepis, ia hanyalah lantaran lambaian tangan oleh semua pihak di dalam kekalutan yang berlaku.

"Tidak ada gugur sehelai pun rambut Karpal Singh", katanya pada sidang media di Bangunan UMNO Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata kekecohan hanya berlaku apabila beberapa ahli Parlimen DAP dating untuk campur tangan.

"Sekurang-kurangnya empat insiden provokasi, keganasan dan kekasaran yang dimulakan serta dilakukan terhadap Pemuda UMNO oleh Ahli Parlimen DAP.

"Sewaktu kekecohan tersebut berlaku, Karpal sudah beredar dan tidak lagi berada di situ", ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang seterusnya berkata apa yang dilaporkan media oleh ahli Parlimen DAP yang kebanyakan mereka tidak pun melihat kejadian dan menerima maklumat secara “hearsay” adalah fitnah semata-mata untuk mengaburi pandangan rakyat dan memberi gambaran yang salah di dalam Dewan Rakyat.

"Kita tidak faham mengapa Karpal yang bukan sahaja seorang yang berumur dan dihormati membuat provokasi terhadap golongan muda seperti kami.

"Sewajarnya sebagai seorang yang sudah tujuh penggal menjadi Ahli Parlimen, beliau lebih bijaksana di dalam kepimpinan dan tidak berlagak samseng terhadap rakyat biasa khususnya generasi muda.

"Kita berasakan hak kita dicabuli Karpal khususnya apabila beliau menggunakan statusnya sebagai seorang OKU mengambil kesempatan ke atas kami rakyat biasa", katanya.

Dalam insiden ini tegas beliau lagi Karpal telah menyalahgunakan status OKUnya, status Ahli Parlimennya serta menggunakan kawan-kawan DAPnya yang juga adalah Ahli Parlimen.

Pada sidang media itu juga Pemuda Selangor turut memberikan rakaman video dan gambar kejadian dalam format CD kepada wartawan bagi membuktikan dakwaan mereka

Sunday, March 1, 2009

Pak Lah tetap serah kuasa hujung Mac ni

[DIKEMAS KINI] HUA HIN, Thailand: Dilihat sebagai kenyataan menolak tanggapan sesetengah pihak tidak akan berundur selepas pemilihan Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, beliau kekal dengan pendiriannya untuk menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak Mac ini.

"Itu adalah rancangan yang saya buat... oleh itu kita perlu mengikut perancangan tersebut," kata beliau pada sidang akhbar di hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN di sini sebentar tadi.

Abdullah yang juga Presiden Umno tidak mempertahankan kedudukannya itu pada pemilihan kali ini.

Pemilihan berlangsung 26 Mac ini sempena Perhimpunan Agung Tahunan Umno.

Beliau dijadual menyerahkan jawatan Perdana Menteri sejurus selepas itu.

Bagaimanapun belum ada tarikh tetap diumumkan lagi.

Abdullah berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN.

Kelmarin, Abdullah berkata, beliau tidak berasa sedih atau sayu menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN terakhirnya sebelum bersara selepas perhimpunan Umno hujung bulan depan.

"Saya tak ada apa-apa... biasa saja, tak rasa sayu, tak sedih. Ini kerja biasa," kata beliau yang juga Menteri Pertahanan.

Menilai hubungan erat UMNO-MCA

PERSATUAN Cina Malaysia yang lebih terkenal dengan nama singkatnya MCA genap berusia 60 tahun pada Jumaat lalu.

Sempena ulang tahun kelahirannya itu MCA patut menilai dirinya secara menyeluruh dan mengambil kira pelbagai jasa dan kejayaan di samping menginsafi pelbagai kegagalan dan rasa terkilan.

Begitu pula, pihak lain di luar MCA, sama ada orang awam atau golongan cendekiawan, sama ada rakan kongsinya dalam Barisan Nasional (BN) atau musuh politiknya dalam pakatan pembangkang, demi mendapatkan gambaran yang menyeluruh dan seimbang, perlulah melihat MCA dalam satu hamparan sejarah sosial yang luas sepanjang kewujudannya.

Apa pun cacat cela dan kelemahannya sejak akhir-akhir ini, jasa MCA cukup banyak dalam memperkasa pendidikan Cina hingga dapat melahirkan bukan sahaja Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) malah juga Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR). Apa pun sungutan masyarakat Cina mengenai Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC), dengan cara dan gayanya tersendiri MCA telah berjaya memperkasa dan mengembangkan rangkaian kerja sistem persekolahan yang seakan-akan terpisah daripada sistem pendidikan kebangsaan itu.

Peluang-peluang ekonomi yang memang sedia terbuka luas bagi orang-orang Cina, semakin bertambah mewah dengan kelincahan MCA berdiplomasi.

Sejak negara ini merdeka saiz golongan kelas menengah Cina bertambah dengan pesat meninggalkan etnik-etnik lain di belakang. Begitu pula pertumbuhan golongan profesional dan pemilikan ekuiti dalam syarikat-syarikat yang ditubuhkan di Malaysia.

Orang Cina jauh lebih ke depan berbanding dengan orang Melayu atau India di negeri ini. Di samping menabur jasa yang bukan sedikit kepada masyarakat Cina, MCA juga telah berjasa besar mewujudkan iklim sosial dan kestabilan politik yang diperlukan untuk kemajuan ekonomi Malaysia.

Barangkali banyak yang sudah lupa, malah mungkin ada yang tidak tahu sama sekali bahawa MCA telah memainkan peranan penting dan memberi jasa yang besar dalam menjalin kerjasama yang berkesan dan produktif antara masyarakat Melayu dan Cina di negara ini.

Kerjasama itu telah melancarkan usaha-usaha mencapai kemerdekaan negara ini di pertengahan tahun 1950-an dulu. Setelah kemerdekaan tercapai kerjasama UMNO-MCA yang kemudian secara formal bergabung di bawah nama Perikatan itu berlanjutan terus untuk "mengisi" kemerdekaan.

Sememangnya belum semua impian menjadi kenyataan dan belum semua masalah dapat diselesaikan, tetapi tanpa kerjasama MCA dan UMNO tersebut tidak mustahil jika "impian" akan jadi "igauan" dan pelbagai masalah akan berlarutan.

Erti keamanan dan kemakmuran yang dinikmati Malaysia sejak setengah abad yang lalu itu akan jauh lebih rendah kadarnya berbanding dengan apa yang sudah dicapai berkat kerjasama UMNO-MCA.

Justeru kesepakatan UMNO-MCA yang menjadi lambang kerjasama Melayu-Cina tersebut wajarlah dipelihara dan dilanjutkan demi kestabilan politik Malaysia.

Mungkin kerana lupa atau tidak tahu tentang peranan MCA merintis kerjasama Melayu-Cina setengah abad yang lalu itu, sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan di kalangan sesetengah pemimpin MCA menunjukkan sikap yang terlalu "provokatif" yang boleh menjejaskan hubungan baik UMNO-MCA.

Antara contoh sikap provokatif itu ialah "tuduhan UMNO membuli MCA", serta kenyataan-kenyataan tentang isu ketuanan Melayu dan kontrak sosial. Sebahagian daripada kenyataan-kenyataan tersebut memang lebih bersifat perbezaan tentang pengertian istilah.

Tetapi tanpa disedari, nada atau dengungan kenyataan itu seakan-akan berpunca daripada parti pembangkang, bukan dari parti rakan kongsi UMNO yang memerintah.

Malah ada orang-orang Melayu yang beranggapan bahawa sejak akhir-akhir ini sesetengah pemimpin MCA 'lebih DAP daripada DAP', sedangkan sebelum itu, untuk sekian lama MCA mempunyai imej yang positif sebagai satu parti politik masyarakat Cina yang telah meletakkan asas yang kukuh membina kerjasama antara kaum, khususnya antara Melayu dan Cina.

Memang benar bahawa hubungan MCA dengan UMNO tidak senantiasa ramah dan mesra. Sepanjang setengah abad sejarah "perkongsian" kedua parti itu sekali sekala berlaku juga sengketa.

Seorang pakar Sains politik, R.K. Vasil dalam bukunya yang berjudul Politics in a Plural Society menyatakan bahawa Perikatan (UMNO-MCA) itu telah merubah jalan sejarah Malaysia. Malah lebih dari itu, boleh dikatakan bahawa kerjasama UMNO-MCA-MIC itu telah merubah peta politik wilayah semenanjung Tanah Melayu khususnya dan rantau Asia Tenggara amnya.

Kerukunan hubungan dan kerjasama sedemikian yang perlu dipelihara dan dipastikan oleh pimpinan MCA generasi mutakhir.

Fama tandatangani Perjanjian Jual Beli bersama 16 peserta Ladang Kontrak

KOTA KINABALU: Lembaga Pema-saran Pertanian Persekutuan (Fama) menandatangani Perjanjian Jual Beli bersama 16 peserta Ladang Kontrak bimbingan Fama, Jabatan Pertanian dan Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri (LPP), bagi menjamin pasaran para peserta.

Perjanjian jual beli melibatkan pengusaha dari Kota Marudu, Kinaba-tangan, Lahad Datu, Kimanis, Ranau, Tenom dan Tambunan yang mengusahakan tanaman halia, cili padi, tembikai, capsicum dan pamelo itu akan bermula dari Mac ini hingga Disember 2009.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, antara faedah perjanjian itu kepada para peserta ialah, para petani mendapat jaminan pasaran ke atas produk yang dikeluarkan, menjana dan menambah pendapatan mereka serta jaminan bantuan khidmat nasihat teknikal dan pengurusan ladang yang lebih sistematik daripada agensi dan jabatan.

“Selain itu para peserta juga akan mendapat khidmat nasihat kemudahan kredit modal untuk melaksanakan projek dan menikmati peluang kursus serta latihan untuk meningaktkan motivasi dan pengetahuan dalam bidang pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Maj-lis Menandatangani Perjanjian Jual Beli diantara Fama dengan 16 peserta Ladang Kontrak Bimbingan Fama, Jabatan Pertanian dan Lembaga Pertu-buhan Peladang, di Dewan Utama Wisma Pertanian, di sini, kelmarin.

Perjanjian tersebut merupakan kali kedua ditandatangani. Kali pertama melibatkan tiga peserta ladang kontrak bimbingan Jabatan Pertanian di Kun-dasang.

Jenis tanaman mereka adalah sayuran tanah tinggi seperti acapsicum, cauliflower dan brokoli.

Turut hadir Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Bobbey A. Suan, Setia-usaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Matius Sator; Pengarah Fama, Ibrahim Mah-mood dan Timbalannya, Che Samudin Hasan.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, perjanjian yang ditandatangani juga memberi faedah kepada pelbagai pihak antaranya, Fama akan mendapat jaminan bekalan yang berterusan dengan kuantiti dan kualiti yang diingini mengikut masa yang diperlukan.

Manakala para petani pula akan mendapat jaminan pasaran dan pulangan yang lumayan. Dengan itu secara tidak langsung akan memenuhi aspirasi kerajaan untuk mewujudkan jaminan bekalan makanan serta mening-katkan bilangan petani yang menjalankan pertanian secara komersil,” katanya.

“Pihak Fama akan memasarkan hasil-hasil tani tersebut untuk pasaran di semenanjung Malaysia dan juga eksport ke pasaran Eropah.

“Contohnya halia dan cili padi akan dieksport ke Sememanjung, Halia Eksport (untuk pasaran Eropah), tembikai, belimbing dan pamelo (untuk pasaran domestik iaitu untuk pasaraya, pasar tani dan jualan runcit) dan capsicum untuk pasaran di semenanjung,” katanya.

Berkenaan dengan sasaran peserta Ladang Kontrak tahun ini, Yahya berkata, 1,000 peserta disasarkan dengan kawasan tanaman lebih kurang 1,000 hakter.

“Antara tanaman utama yang berpotensi untuk dimajukan di negeri ini ialah halia, cili merah, cili padi, keladi cina, pamelo, mangga, tembikai, jambu batu, jambu batu tanpa biji dan belimbing.

“Negeri kita mempunyai tanah yang luas, subur dan sesuai untuk tanaman pertanian, dengan itu saya berharap rakyat Sabah terutamanya para petani merebut peluang yang disediakan kerajaan untuk memajukan diri dalam bidang pertanian,” katanya.

Tambahnya lagi, Sabah masih mengimport halia daripada negara luar kerana negeri ini kekurangan bekalan, begitu juga dengan harga sayur-sayuran, harganya mahal kerana permintaan yang tinggi tapi pengeluaran sedikit.

“Jadi saya berharap para petani dapat mengusahakan pertanian secara komersial, bagi memastikan bekalan makanan di negeri ini sentiasa mencukupi seterusnya meningkatkan pendapatan para petani,” katanya.

Sumber: New Sabah Times
Instaforex