Sunday, March 1, 2009

Fama tandatangani Perjanjian Jual Beli bersama 16 peserta Ladang Kontrak

KOTA KINABALU: Lembaga Pema-saran Pertanian Persekutuan (Fama) menandatangani Perjanjian Jual Beli bersama 16 peserta Ladang Kontrak bimbingan Fama, Jabatan Pertanian dan Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri (LPP), bagi menjamin pasaran para peserta.

Perjanjian jual beli melibatkan pengusaha dari Kota Marudu, Kinaba-tangan, Lahad Datu, Kimanis, Ranau, Tenom dan Tambunan yang mengusahakan tanaman halia, cili padi, tembikai, capsicum dan pamelo itu akan bermula dari Mac ini hingga Disember 2009.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, antara faedah perjanjian itu kepada para peserta ialah, para petani mendapat jaminan pasaran ke atas produk yang dikeluarkan, menjana dan menambah pendapatan mereka serta jaminan bantuan khidmat nasihat teknikal dan pengurusan ladang yang lebih sistematik daripada agensi dan jabatan.

“Selain itu para peserta juga akan mendapat khidmat nasihat kemudahan kredit modal untuk melaksanakan projek dan menikmati peluang kursus serta latihan untuk meningaktkan motivasi dan pengetahuan dalam bidang pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Maj-lis Menandatangani Perjanjian Jual Beli diantara Fama dengan 16 peserta Ladang Kontrak Bimbingan Fama, Jabatan Pertanian dan Lembaga Pertu-buhan Peladang, di Dewan Utama Wisma Pertanian, di sini, kelmarin.

Perjanjian tersebut merupakan kali kedua ditandatangani. Kali pertama melibatkan tiga peserta ladang kontrak bimbingan Jabatan Pertanian di Kun-dasang.

Jenis tanaman mereka adalah sayuran tanah tinggi seperti acapsicum, cauliflower dan brokoli.

Turut hadir Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Bobbey A. Suan, Setia-usaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Matius Sator; Pengarah Fama, Ibrahim Mah-mood dan Timbalannya, Che Samudin Hasan.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, perjanjian yang ditandatangani juga memberi faedah kepada pelbagai pihak antaranya, Fama akan mendapat jaminan bekalan yang berterusan dengan kuantiti dan kualiti yang diingini mengikut masa yang diperlukan.

Manakala para petani pula akan mendapat jaminan pasaran dan pulangan yang lumayan. Dengan itu secara tidak langsung akan memenuhi aspirasi kerajaan untuk mewujudkan jaminan bekalan makanan serta mening-katkan bilangan petani yang menjalankan pertanian secara komersil,” katanya.

“Pihak Fama akan memasarkan hasil-hasil tani tersebut untuk pasaran di semenanjung Malaysia dan juga eksport ke pasaran Eropah.

“Contohnya halia dan cili padi akan dieksport ke Sememanjung, Halia Eksport (untuk pasaran Eropah), tembikai, belimbing dan pamelo (untuk pasaran domestik iaitu untuk pasaraya, pasar tani dan jualan runcit) dan capsicum untuk pasaran di semenanjung,” katanya.

Berkenaan dengan sasaran peserta Ladang Kontrak tahun ini, Yahya berkata, 1,000 peserta disasarkan dengan kawasan tanaman lebih kurang 1,000 hakter.

“Antara tanaman utama yang berpotensi untuk dimajukan di negeri ini ialah halia, cili merah, cili padi, keladi cina, pamelo, mangga, tembikai, jambu batu, jambu batu tanpa biji dan belimbing.

“Negeri kita mempunyai tanah yang luas, subur dan sesuai untuk tanaman pertanian, dengan itu saya berharap rakyat Sabah terutamanya para petani merebut peluang yang disediakan kerajaan untuk memajukan diri dalam bidang pertanian,” katanya.

Tambahnya lagi, Sabah masih mengimport halia daripada negara luar kerana negeri ini kekurangan bekalan, begitu juga dengan harga sayur-sayuran, harganya mahal kerana permintaan yang tinggi tapi pengeluaran sedikit.

“Jadi saya berharap para petani dapat mengusahakan pertanian secara komersial, bagi memastikan bekalan makanan di negeri ini sentiasa mencukupi seterusnya meningkatkan pendapatan para petani,” katanya.

Sumber: New Sabah Times

No comments:

Post a Comment

Instaforex