Monday, January 26, 2009
Gerhana Annular Matahari 26 Januari 2009
Justeru itu, kita perlu memahami kenapa perkara ini berlaku. Ini menunjukkan tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah SWT pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.
Saya juga berharap kita dapat berkongsi maklumat tentang perkara yang jarang berlaku seperti ini. Saya juga suka membawa saudara-saudara untuk mengunjungi laman web sahabat kita, Dr Mustapha Nasir melalui Jabatan Astronomi PUSKAL-Sabah.
Harap ini boleh memberi manafaat kepada kita semua.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA
Pergerakan Pemuda UMNO Ranau mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina (Tahun Lembu) kepada warga Cina khususnya di Ranau.
Salam Perpaduan dan semoga hubungan erat yang terjalin tetap terpelihara dan bersama-sama kita untuk berusaha dalam mengekalkan keharmonian negara kita yang tercinta.
Program Kemasyarakatan : Pergerakan Pemuda UMNO Ranau, Jabatan Kesihatan Ranau dan Penduduk Kg Singgaron Baru
From Gambar Aktiviti |
Usaha-usaha dan peranan yang diambil bersama dalam menjadi aktiviti kemasyarakatan Sempena Perasmiaan Naiktaraf Sumber Paip Graviti yang berlangsung pada 25hb Januari 2009 (Ahad) antara penduduk kampung di Singgaron Baru, Pergerakan Pemuda UMNO dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Ranau telah menjadi realiti. Usaha murni kerajaan dalam membantu penduduk kampung mendapat bekalan kualiti air yang bersih melalui sumbangan peruntukan ada. Konsep gotong royong menjayakan projek program ini turut dapat mengeratkan lagi hubungan erat antara agensi-agensi dan organisasi yang terlibat.
From Gambar Aktiviti |
From Gambar Aktiviti |
From Gambar Aktiviti |
From Gambar Aktiviti |
From Gambar Aktiviti |
Saturday, January 24, 2009
Siri Lawatan YB KJ - Naib Ketua Pergerakan Pemuda Malaysia ke Bahagian UMNO Ranau
Berikut adalah corotan gambar semasa lawatan YB.
From YB KJ |
From YB KJ |
From YB KJ |
From YB KJ |
Sunday, January 18, 2009
Kunjungan Mesra Antara YB Datuk Masidi Manjun & Komponen BN dengan Pekedai Ranau Sempena Tahun Baru Cina 2009
Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakahir pada jam 11.00 pagi. Turut berlangsung dalam program ini adalah Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Warga Emas Kaum Cina sebagai perihatinnya pemimpin BN kepada golongan yang memerlukan.
From Chinese New Year 2009 |
From Chinese New Year 2009 |
From Chinese New Year 2009 |
From Chinese New Year 2009 |
From Chinese New Year 2009 |
From Chinese New Year 2009 |
Saturday, January 10, 2009
Berita baik untuk Kontraktor Kelas F di Ranau
Kita berharap segala kerja yang dibuat itu akan dibuat dengan penuh amanah dan bertanggungjawab agar projek-projek terlibat itu memberi manfaat kepada kampung-kampung yang berkenaan. Untuk laporan lanjut mengenai cabutan ini, ikuti dibawah ini.
Cabutan undi bagi PIA, PIAS fasa pertama bermula 12 Jan ini
10th January, 2009
KOTA KINABALU: Cabutan undi bagi kerja-kerja di bawah Projek Penyelen-ggaraan Infrastuktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) fasa pertama untuk tahun ini akan diadakan bermula pada 12 Januari (Isnin) ini di bahagian Keningau.
Cabutan undi itu akan dijalankan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (SDO) bersama-sama dengan Dewan Ban-daraya Kota Kinabalu (DBKK), Majlis Perbandaran dan semua Pejabat Dearah di negeri ini.
Pegawai Kemajuan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Haji Matusin Sunsang (gambar) berkata, ini pelaksa-naan cabutan undi itu, ada selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi peluang sama rata kepada kontraktor kelas F.
“Ini untuk membolehkan mereka mendapatkan kerja kontrak dengan mengagihkan projek-projek kecil Persekutuan secara adil dan saksama di kalangan kontraktor kelas F melalui undian,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, kelmarin.
Beliau berkata, cabutan undian untuk fasa pertama di bahagian Keningau pada 12 Januari ini yang akan diadakan bermula pada jam 9 pagi untuk pendaftaran dan 10.30 pagi untuk undian akan diadakan di Dewan Masyarakat Keningau.
Bahagian Keningau melibatkan daerah-daerah, Tambunan, Keningau, Tenom, Nabawan, Daerah Kecil Kemabong, Dae-rah Kecil Sook dan Daerah Kecil Pagalun-gan.
Pada 14 Januari cabutan undi akan diadakan di Bahagian Beaufort (Dewan Masyarakat Pa’ Beaufort), Bahagian Tawau pada 20 Januari (Dewan Mas-yarakat Tawau), bahagian Sandakan pada 22 Januari (Dewan Masyarakat Sandakan).
Bahagian Kota Kinabalu akan di-jalankan selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 Januari (Dewan Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah) dan bahagian Kudat pada 2 Febuari (Dewan Tun Mustapha).
Matusin berkata, sebanyak RM87.6 juta jumlah keseluruhan projek diterima bagi negeri Sabah untuk fasa pertama ini untuk kedua-dua program tersebut.
Jumlah keseluruhan peruntukan untuk projek PIA dan PIAS untuk Sabah pada tahun ini ialah RM130 juta.
Setakat ini katanya, sebanyak 1,004 projek PIAS telah diluluskan dengan nilai anggaran sebanyak RM74.5 juta, manakala RM13 juta telah diperuntukkan untuk projek PIA bagi menjana 207 projek
Menurutnya, sasaran adalah untuk memastikan sekurang-kurnagnya 80 peratus kontraktor berdaftar di semua Pejabat Daerah di negeri ini akan memperolehi projek yang ditawarkan.
Jelasnya ini membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membela nasib kontraktor kelas di negeri ini.
Beliau berkata, pada pengundian kali ini pihaknya juga akan membahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan pertama kontraktor yang mempunyai keupayaan kewangan di bawah RM10,000 ke bawah akan diberikan bagi melaksanakan projek-projek di bawah RM50,000 ke bawah.
Manakala kontraktor yang mempunyai kewangan RM10,000 ke atas akan melaksanakan projek-projek RM50,000 hingga RM200,000.
Katanya, pelaksanaan projek PIAS dan PIA itu dijangka akan mengambil masa di antara empat hingga lapan minggu.
Justeru itu, katanya, semua kontraktor yang berjaya diharap dapat memberikan sepenuhnya komitmen untuk menyiapkan projek dalam jangka masa yang diberikan.
“Perkara ini penting kerana projek-projek ini berteraskan keperluan rakyat negeri ini yang sentiasa mengharapkan kemajuan dalam pembangunan khususnya dari aspek infrastruktur asas dan awam,” tambahnya.
Tuesday, January 6, 2009
3 sah bersaing, gelanggang Kuala Terengganu diakui sengit
Oleh G.MANIMARAN
KUALA TERENGGANU: Gelanggang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu dibuka secara rasmi pagi tadi dengan semua parti mengakui bahawa ia bakal menyaksikan persaingan sengit - lebih sengit daripada dua pilihan raya kecil sejak awal 2007.
Ia menjadi rebutan tiga 'muka baru' sama sekali di peringkat Parlimen Kuala Terengganu.
Tiga calon tersebut ialah Datuk Wan Ahmad Farid Wan Sallleh dari Barisan Nasional (BN), Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) dan seorang calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam.
Pilihan raya umum ke-12 Mac lalu juga menyaksikan persaingan tiga penjuru iaitu masing-masing calon BN, PAS dan Bebas.
Pilihan raya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail pada 28 November lepas.
Pada pilihan raya umum lepas, Razali menang kerusi itu dengan majoriti 628 undi.
Mengikut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pengundi berdaftar di kawasan Parlimen ini ialah seramai 80,229 orang.
Hari pengundian pula ditetapkan pada 17 Januari ini.
Di sebalik publisiti sebelum ini, dua calon masing-masing dari parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dan calon tanpa parti melakukan 'kejutan' dengan tidak menyerahkan borang penamaan calon.
Naib Presiden AKIM, Harun Mohamed dan Isma Airfath Hassanuddi tidak menyerahkan borang. Sebanyak 11 borang penamaan calon dikeluarkan oleh SPR setakat semalam.
Harun hadir di pusat penamaan calon pagi ini tetapi tidak mengemukakan borang penamaan calon manakala Isma tidak kelihatan langsung di pusat penamaan calon.
Proses penamaan calon telah berjalan dengan lancar dan baik, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika ditemui tengah hari tadi.
"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar," kata beliau ketika ditemui.
"Ini merupakan proses penamaan calon paling lancar sejak pilihan raya kecil Ijok, Selangor. Tiada apa-apa insiden yang tidak diingini berlaku," kata Ketua Polis Negeri Terengganu, Datuk Shukri Dahlan yang mempunyai pengalaman mengendalikan pilihan raya kecil Ijok dan Permatang Pauh.
PROSES PENAMAAN CALON
Ketika mengumumkan status pengesahan calon yang bertanding kira-kira pukul 11.35 pagi tadi, Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim berkata, pihaknya hanya menerima tiga borang penamaan calon setakat 10 pagi tadi.
Proses penamaan calon diadakan dari pukul 9 hingga 10 pagi manakala sesi bantahann ialah selama sejam dari 10 pagi.
Proses penamaan calon diadakan di Stadium Negeri, Jalan Sultan Mahmud di sini - bertentangan dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Farid, 46, yang merupakan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri telah dicadang oleh Mohd Sabri Alwi dan disokong oleh Wong Foon Meng.
Sementara itu, Wahid pula dicadangkan oleh Datuk Mustafa Ali dengan disokong oleh Md. Azmi Lok Yusof.
Wahid merupakan Ketua PAS Kuala Terengganu dan Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam - salah satu Dewan Undangan Negeri dalam bahagian Parlimen Kuala Terengganu.
Azharuddin juga 46 tahun, seorang ahli perniagaan, dicadangkan oleh Ahmad Affendy Shah Mamat @ Adam dan disokong oleh Zakaria Abdullah.
Calon mempunyai masa tiga hari untuk memutuskan sama ada mahu kekal bertanding ataupun sebaliknya.
Kertas undi akan dicetak selepas itu iaitu 9 Januari ini dan kertas undi pos akan diedarkan mula 10 Januari.
SUASANA PENAMAAN CALON
Berdasarkan aturan urusan proses penamaan calon, rombongan penyokong BN akan bergerak dari kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu, sementara rombongan penyokong PAS pula akan bergerak dari Bulatan Batu Bersurat.
Kediaman Rasmi Menteri Besar terletak satu kilometer dari sebelah kanan Stadium Negeri manakala Bulatan Batu Bersurat pula dari sebelah kiri.
Bagaimanapun, sehingga pukul 8.20 pagi ini, belum ada pergerakan bagi kedua-dua parti BN dan PAS. Suasana ini agak berlainan berbanding penamaan calon di Permatang Pauh di mana suasana hangat telah dirasai seawal pukul 7.30 pagi.
Penyokong-penyokong BN didapati mula berkumpul di kediaman rasmi Menteri Besar bermula pukul 6.30 pagi manakala para penyokong PAS pula memenuhi kawasan Bulatan Batu Bersurat sebelum bergerak ke Stadium Negeri.
Cuaca pagi ini amat baik berbanding tiga hari lalu yang mengalami cuaca hujan yang berterusan.
SPR membuka proses penamaan calon pada pukul 9 pagi.
Tidak sampai lima selepas dewan penamaan calon dibuka 9 pagi, Farid yang hadir dengan emakai baju Melayu berwarna biru tua, diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN memasuki pusat penamaan calon.
Rombongan BN ini dianggarkan 15,000 orang. Juga hadir lebih 10 orang anggota Kabinet, pemimpin-pemimpin parti komponennya.
Kira-kira pukul 9.20 pagi, Wahid yang berbaju Melayu hijau tua pula memasuki pusat penamaan calon iringan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat.
Rombongan PAS juga dianggarkan 15,000 orang.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Shukri Dahlan menganggarkan jumlah keseluruhan rombongan iringan kira-kira 25,000 dengan kawalan keselamatan membabitkan 1,005 orang.
Jumlah penyokong iringan itu lebih besar berbanding himpungan anggota rombongan ketika Permatang Pauh.
Kira-kira lima minit kemudian, Harun yang berbajuk batik pula tiba dengan diiringi beberapa penyokongnya. Beliau bagaimanapun tidak menyerahkan borang penamaan calon dan memutuskan untuk menarik diri di saat-saat akhir.
Dalam pada itu, pada pukul 9.30 pagi, Azharudin yang memakai jubah putih masuk ke dalam pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang penamaannya.
Calon dari Kampung Ladang Pasar itu hanya diiringi oleh pencadangnya.
Bagaimanapun Azharudin berhadapan dengan masalah teknikal kerana pencadangnya bukan merupakan pemilih berdaftar dalam bahagian pilihan raya Kuala Terengganu.
SENGIT DAN SURVIVAL PARTI
Pemimpin-pemimpin yang bertanding pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini menyifatkan ia sebagai pertarungan 'survival masa depan' yang paling sengit.
Malam tadi, pemimpin-pemimpin BN mengulangi bahawa cabaran di Kuala Terengganu sebagai tanda kebangkitan semula perikatan itu.
Wan Ahmad Farid berkata: "Jadikan pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai tempat kebangkitan semula BN yang dikatakan tiada lagi masa depan."
Beberapa pemimpin BN dan Pakatan Rakyat yang ditemui mengakui bahawa cabaran kali ini sangat penting demi survival masa depan parti masing-masing.
BN mahu mengekalkan kerusi ini manakala PAS dan Pakatan Rakyat mahu mengembangkan asasnya menjelangnya pilihan raya umum akan datang.
Sunday, January 4, 2009
RM188.14 juta bagi laksana pelbagai program modal insan
SANDAKAN: Sejumlah RM188.14 juta telah diperuntukkan kerajaan negeri dalam bajet negeri 2009 bagi melaksanakan pelbagai program modal insan tahun ini.
Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Hj Muasa Hj Aman, melalui perntukan sebanyak itu kerajaan mahu melahirkan modal insan kelas pertama yang mampu menjadi pengerak kemajuan dan pembanguna negeri.
“Bagi merealisasikan Sabah sebagai se-buah negeri maju kerajaan akan melipat gandakan usaha bagi memastikan memper-kasakan modal insan kelas pertama menerusi pelaburan besar dalam bidang pendidikan,” katanya.
Selain itu, menurut Musa aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) terus diperhebatkan termasuk latihan dalam perkhidma-tan untuk anggota perkhidmatan awam, akses ke institusi pengajian tinggi melalui bantuan biasiswa.
Dalam pada itu katanya, sejumlah RM16 juta turut diperuntukkan untuk kerja-kerja awal bagi melaksanakan projek Hap Pen-didikan di daerah ini menerusi Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dengan jumlah RM60juta melalui peruntukan Kerajaan persekutuan bagi menjana pembangunan insan untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya.
Musa yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, komitmen kerajaan dalam meningkat-kan pembangunan fizikal dan kerohanian merupakan usaha berterusan yang memerlukan sokongan masyarakat Islam di negeri ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan perhimpunan Maal Hijrah 1430 peringkat Bahagian Sandakan di dewan masyarakat di sini, kelmarin.
Turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman; Yang Dipertua Muis, Datuk Syed Abbas Syed Ali; Presiden MPS, Yeo Boon Hai; Datuk Zakaria Mohd Edris, Datuk Armani Hj Mahiruddinm dan Wakil Rakyat Sukau, Saddi Abdul Rahman.
Sehubungan itu Musa, menggesa mas-yarakat Islam melihat program pembangunan yang dilaksanakan kerajaan jalan pencetus semangat hijrah untuk merobah interpretasi sikap ke arah meningkatkan kualiti hidup umat Islam di negeri ini.
“Umat Islam mesti menentukan arah sebagai penggerak perubahan minda untuk maju dengan melihat peluang yang wujud dari pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) jika mahu menjadi sebahagian dari inti kemajuan negeri ini,” katanya.
Dalam mensyukuri nikmat keamanan yang ada di negara ini umat Islam di negeri ini me-nurut Musa wajar menghayati falsafah hij-rah secara ilmiah dengan turut melakukan konsep itu bagi memastikan masyarakat islam sentiasa dipandang tinggi kalangan masya-rakat global.
“Ketika dunia dilanda berbagai krisis ekonomi krisis nila kemanusiaan,pada ketika umat islam menjadi sasaran keganasan di Plastien kita di negara ini dapat hidup aman dan nikmat ini wajar disyukuri,” katanya.
Pada majlis perhimpunan itu, Zainuddin Hj Aman, dianugerahkan Al Khalid kerana sumbangan beliau dalam mengembangkan pendidikan Islam di daerah ini.
Antara penerima lain, Anugerah Khas diberikan kepada Dewan Perniagaan dan Industri India Muslim Sandakan, anugerah Iman Al Shafie kepada Hj Ibrahim Hj Harun dan Anugerah Jasamu dikenang diberikan kepada Allahyarham Haji Ramli Nordin, dan kesemua anugerah disampaikan oleh ketua Menteri Sabah.
Saturday, January 3, 2009
MajlisRumah Terbuka Krismas 2008 & Sambutan Tahun Baru 209 Kg Kibbas, Ranau
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Datuk Hj Masidi Manjun, En Jaimie @ Jaimit bin Shapi (Pengerusi Penganjur), Ketua-Ketua & Wakil Gereja SIB & RC, Ketua Kampung & JKKK Kg Kibbas dan warga kampung.
Program ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung malah ini juga mencerminkan bahawa hubungan erat yang terjalin tidak mengira agama dan bangsa masih utuh demi menegakkan perpaduan sesama masyarakat.
From Gambar Aktiviti |
Thursday, January 1, 2009
110 guru akan dihantar ke kawasan ramai mualaf
KOTA KINABALU: Seramai 110 guru agama bertauliah akan dihantar ke kawasan-kawasan yang mempunyai ra-mai golongan mualaf bertujuan mening-katkan kefahaman mereka mengenai Islam.
Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran, berkata mereka akan ditugaskan ke seluruh Sabah terutamanya di kawasan pedalaman untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar yang mendesak.
“Guru agama ini akan dihantar pada bila-bila masa kerana pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) hanya menunggu kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) negeri.
“Daripada bilangan 110 guru agama itu, hanya sembilan orang terdiri adalah siswazah manakala selebihnya bukan siswazah. Dengan adanya guru-guru ini, ia akan dapat menampung kekurangan guru agama di Sabah,” katanya yang merupakan menteri yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal agama Islam di negeri ini.
Sabtu lalu, Penyelaras Program-Prog-ram Mualaf Sabah, Mohd. Nazri Abdullah meminta kerajaan menghantar lebih ba-nyak guru-guru agama di kawasan saudara baru bagi membimbing mereka.
Menurut Mohd. Nazri, ketiadaan guru-guru agama membuatkan mereka yang baru memeluk Islam terkapai-kapai kerana tiada bimbingan selain mencegah daripada balik ke agama asal.
Nazri berkata, guru-guru agama berkenaan akan ditempatkan di kawasan yang amat memerlukan terlebih dahulu sebelum ditugaskan ke daerah tertentu.
Mengenai kampung-kampung mualaf yang masih tidak mempunyai surau atau masjid, beliau berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan untuk membina kemudahan itu melalui Bajet Sabah 2009.
“Dalam Bajet Sabah 2009, kita tidak lupa untuk menyediakan dana bagi membina surau atau masjid untuk golongan mu-alaf. Oleh itu kerajaan amat berharap ma-salah ini akan dapat diatasi,” katanya.
Berhubung masalah mualaf-mualaf di Sabah yang masih tidak menerima wang zakat termasuk mereka yang sudah me-meluk Islam selama 20 tahun, beliau ber-kata pihaknya juga mengambil berat per-kara itu.
Beliau meminta saudara-saudara baru yang masih belum menerima zakat supaya merujuk kepada pusat zakat untuk menyemak nama mereka yang layak sama ada tercicir atau tidak tersenarai.
“Bagaimanapun kita akan siasat dahulu dakwaan ini sama ada benar atau apa masalah sebenarnya. Kita tidak mahu ada pihak yang mendakwa tetapi tidak ada bukti untuk menyokong apa yang di-katakan,” ujarnya.