Showing posts with label Program Belia. Show all posts
Showing posts with label Program Belia. Show all posts

Saturday, July 4, 2009

Program Mega Konvoi Dakwah Bermotor 2009

Idea program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat Islam dan menarik minat golongan bukan Islam, mengisi masa lapang dan meningkatkan jati diri para belia, memberi pendedahan cara perlaksanaan solat selain di dalam surau mahupun masjid.
From Jun-July 2009

Program ini adalah atas kerjasama antara Pusat Latihan Islam Kundasang (PLIK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) cawangan Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang bermula dari Masjid Kundasang hingga ke Kg Tontolob Liwan, Tambunan. Konvoi bermotor ini disertai seramai 260 orang, sepanjang perjalanan ini, peserta turut menziarai surau dan masjid, tazkirah tentang keperibadian belia, pelaksanaan solat, keindahan Islam serta penyampaian bantuan berupada bahan makanan kepada fakir miskin. Tempat-tempat tersebut adalah Masjid Pekan Ranau, Surau Kg Kinarasan, Masjid Kg Randangong, Surau Kg Langkau, Surau Kg Mompoit dan Surau Kg Tungou.



Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada para belia Islam atau yang bari memeluk Islam untuk mengenali tentang keindahan Islam, memberi pendedahan dalam kerjasama berpasukan dan mengurangkan gejala sosial di kalangan belia.

Sunday, June 21, 2009

Mampukah Pementasan Teater berunsur sejarah dapat memupuk minat belia di Ranau?

Baru-baru ini, saya telah menghadiri satu pementasan teater bertajuk "Tumpalak Rundum" yang berunsur sejarah orang Murut di Tenom. Teater ini telah dipentaskan di Dewan Besar, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) Cawangan Sabah pada 19 Jun 2009 yang lalu.

Teater ini memaparkan konflik yang mencetuskan pemberontakan Rundum pada tahun 1915 oleh orang Murut yang diketuai oleh Ontoros semasa penjajahan British di Borneo Utara di Tenom. Pementasan teater ini diarah oleh Sdr Hasmin Azroy Abdullah yang merupakan hasil karya oleh Encik Abd Karim Gullam & Nurul Syafiqa Abdullah @ Stella.

Saya suka untuk menyatakan di sini bahawa tenaga produksi yang terdiri daripada pelakon, krew teknikal, dan pengarah kebanyakan dianggotai oleh belia-belia muda. Saya sempat menemubual mereka tentang penglibatan mereka ini. Apa yang mengujakan saya bahawa semua ini didorongi oleh minat, komitmen dan semangat tanpa mengharapkan sesuatu yang berbentuk wang ringgit. Apa yang penting adalah kepuasan dalam menjayakan sesuatu pementasan.

Disebalik kumpulan pementasan ini, tulang belakang kumpulan yang diberi nama Kumpulan Seni Teater Asli Tenom atau dikenali sebagai "Santara" ditunjangi cara pengurusan yang baik merangkumi aspek kebajikan ahli, peralatan, latihan dan komitmen serta sokongan penuh oleh penasihat kumpulan iaitu Sdr Jamawi Jaafar, Ketua Pemuda UMNO Tenom merangkap Pengerusi Biro Kesenian & Kebudayaan UMNO Malaysia dan Negeri Sabah.

Klip video semasa pementasan teater tersebut:


Perkara ini membuat saya berfikir sejenak bahawa Ranau juga mempunyai bahan-bahan sejarah yang boleh diteaterkan. Belia-belia kita juga perlu dilibatkan dengan aktiviti seperti ini agar aktiviti-aktiviti kosong yang tidak sihat dapat diisi. Saya juga ada berbincang dengan bekas pelakon teater bagi mengetahui perkembangan semasa teater di Ranau. Tapi, khabaran tidak begitu mengembirakan dan kurang aktif. Berbanding dahulunya, antara nama yang dikenali seperti Kumpulan Aki Nabalu dan Kumpulan Gade (Gabungan Anak Desa) yang kerapkali mewarnai acara-acara kebudayaan dan kesenian dari Ranau mahupun luar Ranau.

Sebenarnya, Teater boleh diketengahkan untuk menarik minat golongan muda di Ranau sebagai salah satu pilihan aktiviti kebudayaan, yang mana bakat-bakat terpendam dapat ditonjolkan, perpaduan belia disemarakkan dan memupuk masyarakat belia yang tahu tentang sejarah nenek moyang daerah sendiri.

Berjaya atau tidak itu jangan difikirkan dahulu, apa yang perlu adalah membentuk kumpulan pengurusan yang dapat memulakan usaha ini disamping turut mendapat kerjasama pihak sekolah, agensi kerajaan dan masyarakat secara keseluruhannya.

Akhir kata, kita berharap sesuatu perancangan yang holistik dapat diambil tindakan memandangkan program kebudayaan & kesenian sebenarnya dibawah peranan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar.

Monday, January 26, 2009

Program Kemasyarakatan : Pergerakan Pemuda UMNO Ranau, Jabatan Kesihatan Ranau dan Penduduk Kg Singgaron Baru

From Gambar Aktiviti

Usaha-usaha dan peranan yang diambil bersama dalam menjadi aktiviti kemasyarakatan Sempena Perasmiaan Naiktaraf Sumber Paip Graviti yang berlangsung pada 25hb Januari 2009 (Ahad) antara penduduk kampung di Singgaron Baru, Pergerakan Pemuda UMNO dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Ranau telah menjadi realiti. Usaha murni kerajaan dalam membantu penduduk kampung mendapat bekalan kualiti air yang bersih melalui sumbangan peruntukan ada. Konsep gotong royong menjayakan projek program ini turut dapat mengeratkan lagi hubungan erat antara agensi-agensi dan organisasi yang terlibat.

From Gambar Aktiviti


From Gambar Aktiviti


From Gambar Aktiviti


From Gambar Aktiviti


From Gambar Aktiviti

Monday, December 8, 2008

Program Sukan Bola Sepak Mukim Perancangan



Aktiviti sukan telah berlangsung di Mukim Perancangan pada 6 Disember 2008 (Sabtu) bertempat di Padang SK Perancangan. Program ini telah dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda Bahagian Ranau, En Johari Suhaimin. Hadir bersama adalah AJK Pemuda UMNO Bahagian.

Program Sukan Bola Sepak 9 Sebelah adalah Anjuran bersama antara Klinik Kesihatan Perancangan & Pemuda Kg Perancangan merupakan satu program yang dilaksanakan Sempena menyambut Sambutan Hari Krismas 2008.

Sebanyak 13 buah pasukan dari sekitar mukim ini telah mengikut program sukan ini. Aktiviti ini seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara belia-belia di kampung disamping dapat mencungkil bakat baru dan memupuk semangat kesukanan.

Jawatankuasa program ini terdiri daripada En Jasni Madadi Selaku Penasihat, En Jenisin Tambi sebagai Pengerusi penganjur. Turut menghadiri program ini adalah para pemimpin kampung dan belia-belia dari kampung-kampung yang berdekatan.



Apa yang dimaklumkan disini juga, wakil Pemuda Perancangan ada memohon agar pihak agensi kerajaan yang berkenaan dapat mengambil berat agar Padang Pemainan Kg Perancangan yang ketika ini rosak dapat dibaiki segera agar kemudahan ini dapat digunakan secara kerap untuk perjalanan program sukan Kg Perancangan, dimana selama ini hanya ada sebuah Padang SK Perancangan yang digunakan.

Sunday, December 7, 2008

Ministry proposes Kids Sukma from next year

BERA: The Youth and Sports Ministry proposes to organise the Kids Sukma, a nursery-level sporting event, starting next year to scout for talent at an early age.

Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said yesterday the ministry planned to develop new talent among children as Malaysia was still short of world-class athletes.

He said the ministry would discuss with the Rural and Regional Development Ministry and the Education Ministry to decide on the direction of the programme.

“Many big countries such as China have started scouting for athletes at an early age because they would be easier to mould and train to become world-class champions,” he said at the Bera district Kemas kindergarten graduation day here yesterday.

He said that through the Kids Sukma, children would be exposed to popular sports such as football, badminton, athletics and other games to add variety to the competition.

Malaysia had proven to be capable of producing talented world-class athletes such as Datuk Nicol David and Datuk Misbun Sidek, with the right strategy, he said.

However, he said, the ministry’s efforts to promote sports among children needed support from parents.

Monday, December 1, 2008

Peruntukan usahawan belia ditambah menjadi RM3,000

Sumber: New Sabah Times

30th November, 2008

LABUAN: Kementerian Belia dan Sukan akan menaikkan peruntukan Usahawan Muda daripada RM2,000 kepada RM3,000 bermula tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, pertambahan sebanyak RM1,000 adalah sebagai usaha mening-katkan perniagaan para belia, selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.

“Sebanyak 20 belia dari setiap daerah yang berjaya menyertai kursus keusaha-wanan anjuran Jabatan Belia dan Sukan layak untuk mendapat peruntukan tersebut” kata-nya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Program Memperkasakan Pertubuhan Belia 2008 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di dewan Konvensyen Ujana Kewangan dekat sini, pagi kelmarin.

Hadir sama di majlis itu Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dato’ Haji Fathul Razi Haji Bakri, Presiden Majlis Belia Labuan, Haji Shuib Nasir, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Datuk Haji Yunus Haji Kurus, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Zawiyah Muhamad dan Pengarah Majlis Sukan Labuan, Arman Annuar Tan.

Ismail Sabri berkata, kementeriannya juga turut melonggarkan syarat pinjaman kepada warga belia yang membuat pinjaman di bawah RM5,000 dengan tidak lagi memerlukan penjamin, manakala bagi mereka yang membuat pinjaman RM15,000 hingga ke RM50,0000, hanya diperlukan mengemuka-kan seorang penjamin dengan gaji bulanan tidak kurang daripada RM800.

“Inilah antara kemudahan yang diberikan oleh kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan bagi memudahkan golongan belia menjalankan perniagaan” katanya.

Pada Majlis itu, beliau turut menyampaikan cek bernilai RM RM57,000 kepada Majlis Belia Labuan (MBL) untuk diagihkan kepada persatuan belia yang berdaftar di pulau ini.

Antarayang menerima bantuan daripada peruntukan itu ialah MBL sebanyak RM10,000, Persatuan Pengakap Malaysia, Labuan, RM5,000, dan 14 buah persatuan belia menerima RM3,000 setiap persatuan.

Sementara itu, seramai 20 peserta bimbingan Usahawan Muda turut menerima bantuan sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Mengenai cadangan Majlis Belia Labuan untuk mewujudkan Asrama Belia Labuan, beliau berkata, kementeriannya akan menimbang dan meneliti permohonan itu sebelum di majukan ke dalam agenda pembangunan Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK10).

Terdahulu dari itu beliau turut merasmikan Pusat Belia Labuan yang terletak di Ujana Kewangan.

Sementara itu, pada sidang akhbarnya, beliau berkata peruntukan yang disalurkan terus kepada setiap persatuan itu adalah bertujuan untuk memperkasakan persatuan agar dapat mejalankan aktiviti mengikut cita rasa persatuan itu sebndiri.

Katanya, kementerian juga membuat pendekatan baru dengan membenarkan persatuan untuk mengendalikan aktiviti mereka sendiri tanpa merujuk kepada jabatan.

“Kalau dulu aktiviti belia banyak dirancang oleh jabatan… bagaimanpun kita dapati ada aktiviti yang kita rancang tidak sesuai dengan naluri para belia. Hari ini kita buat pendekatan baru dengan membenarkan mereka melaksanakan program mengikut kehendak belia itu sendiri” katanya.

Katanya, Kementerian yakin perlaksanaan aktiviti sendiri itu serta pemberian kewangan secara terus kepada persatuan akan dapat melahirkan belia yang lebih kreatif dan mampu menjadi pemimpin.

Instaforex