Thursday, April 9, 2009

Kabinet bekerja utamakan rakyat - Najib

Ulasan ringkas Pemuda Ranau, barisan kabinet yang terdiri daripada mereka yang berpengalaman diharapkan dalam mencapai aspirasi rakyat. Mereka perlu peka kepada perubahan persekitaran yang dinamik meliputi trend gaya & tarap hidup generasi masa kini, gelombang teknologi yang mengadaptasikan kehidupan manusia, perjalanan aktiviti NGO yang menjadi organisasi yang makin berpengaruh sejak kebelakangan ini. Pastinya halangan yang dihadapi bakal menjadi cabaran yang rumit kerana masyarakat Malaysia mungkin atau sedang menghadapi "Revolusi Minda". Penilaian dan kehendak menjadi asas kepada peranan yang perlu dipikul oleh barisan kabinet yang bakal melalui proses peremajaan ke arah mencapai hasrat One Malaysian.


Ikutilah soalan yang diambil dari Agendadaily.com bersama Perdana Menteri ...

Barisan kabinet yang diumumkan hari Khamis adalah “kabinet bekerja yang mengutamakan rakyat” demikian penegasan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Menurutnya dalam mempertimbangkan pembentukan barisan kabinetnya, beliau memberikan pertimbangan kepaa dua prinsip iaitu parti dan rakyat.

“Akhirnya rakyat yang lebih utama. Walaupun parti diutamakan tetapi kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya.

“Kalau kita asyik fikir parti semata-mata dan lupakan rakyat, ia akan membawa kepada kejatuhan. InsyaAllah orang-orang parti memahami keputusan ini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa menjawab soalan dalam taklimatnya kepada editor media massa selepas pengumuman barisan kabinet di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya.

Najib menegaskan perkara itu sebagai menjawab soalan bahawa barisan kabinet yang dibentuknya itu tidak terlalu dipengaruhi oleh keputusan pemilihan UMNO bulan lalu.

Menurut Najib, beliau membuat keputusan membentuk kabinet yang mengutamakan rakyat kerana mahu rakyat mempunyai keyakinan kepada kerajaan.

Beliau juga menjelaskan, dalam menentukan barisan kabinet, beliau turut mengambil kira faktor parti komponen dan negeri-negeri.

“Saya dah cuba untuk mengecilkan jumlah barisan kabinet tetapi tidak boleh kerana keluarga kita (Barisan Nasional) besar,” jelasnya.

Selain itu Najib juga mahu anggota kabinet dan timbalan-timbalan menteri agar lebih berinteraksi dengan rakyat dengan mendekati mereka bagi mengetahui masalah yang dihadapi tanpa perlu kepada pendekatan yang terlalu formal.

Malah beliau turut memberitahu akan menggalakkan anggota pentadbirannya agar turut menggunakan media baru seperti blog untuk berinteraksi dengan rakyat.

Pada sessi taklimat itu juga Najib menjelaskan asas dan pertimbangan beliau melantik seseorang Menteri bagi sesebuah kementerian. Secara keseluruhannya selain pengalaman, antara faktor yang diambil kira ialah kepakaran setiap menteri tersebut.

Mengenai muka-muka baru, beliau berkata, ia adalah proses untuk meremajakan kerajaan.

Ditanya adakah beliau tergesa-gesa dalam membentuk barisan kabinetnya kerana beliau perlu menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN, beliau menolak tanggapan tersebut.

“Saya tidak tergesa-gesa…malah jika tiada ada pilihan raya kecil mungkin saya telah umum lebih awal,” ujar beliau.

Menjawab satu soalan, Najib memberitahu, bagi bekas menteri yang tidak disenaraikan semula, beliau telah menghubungi mereka tengahari Khamis memaklumkan perkara tersebut.

Di akhir taklimatnya, Agendadaily bertanya kepada beliau, jika selama hampir 30 tahun menganggotai pentadbiran kerajaan, beliau berada dalam keadaan menunggu pengumuman namanya disebut oleh Perdana Menteri bagaimana perasaannya kini apabila beliau pula mengumumkan barisan kabinet.

Jawapanya “inilah roda kehidupan…kadang-kadang tengok scroll di televisyen Perdana Menteri akan umum kabinet petang ini, rasa macam tak percaya…bukan saya tapi saya akan menyesuaikan diri.”

No comments:

Post a Comment

Instaforex