Friday, April 3, 2009

Tahniah Kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak


YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bersalam dengan Najib selepas Seri Paduka mengurniakan Suratcara Pelantikan sebagai Perdana Menteri di Istana Negara, pagi semalam.

Semoga Kepimpinan PM membawa Malaysia ke puncak mercu kejayaan. Kami amat mengagumi sejarah kepimpinan PM.

Gagasan PM:

Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat.

Saya mengajak seluruh warga sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.

Saya komited memastikan kepimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia termasuk di negara kita.

Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional.

1 comment:

  1. Patah Tumbuh Hilang Berganti.

    Pada bulan Mac ini kita akan mendapat PM baru.Peralihan kuasa yang aman,tenang,dan waras akan berlaku dalam UMNO.Presiden UMNO secara amalannya menjadi PM.Jadi dengan peralihan kuasa dalam UMNO akan bertukarlah PM negara ini.

    Kita patut bersyukur,dalam sejarah lebih 50 tahun kita merdeka,kita hanya ada lima orang PM.Apabila Dato`Seri Mohd Najib mengambil ahli tampuk negara pada penghujung bulan ini,beliau merupakan PM yang keenam.

    Yang penting,setiap PM bertanggungjawab mengekalkan perpaduan dan keharmonian negara.Mereka manusia biasa yang ada kelemahan.Tetapi mereka telah menjadi pemimpin kepada semua bangsa di Malaysia.

    ReplyDelete

Instaforex