Friday, November 28, 2008

Kementerian Pelancongan perlu kerjasama semua pihak gubal strategi: Masidi

28th November, 2008

Sumber: New Sabah Times

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar memerlukan kerjasama dan input berterusan daripada semua pihak yang terlibat dalam industri pelancongan untuk membolehkan kementerian menggubal atau mengubah strategi mengikut keperluan semasa.

Menterianya Datuk Masidi Manjun berkata, ini perlu untuk membolehkan kementerian mengawasi dan meningkatkan taraf pelancongan negeri agar produk dan perkhidmatan yang ditawarkan menepati piawaian atau kehendak pelancong.

Bliau berkata, kerjasama semua pihak, terutama sekali sektor swasta sebagai pengerak dalam pembangunan pelancongan amat penting untuk memastikan pembangunan dan hala tuju sektor ini dapat dicapai serta membolehkan kerajaan am-nya dan kementerian khasnya melaksa-nakan tugas dan peranannya dengan lebih efektif.

“Ini juga penting bagi memastikan sektor pelancongan negeri mampu bekembang dan berdaya saing.

“Dengan itu, penubuhan Majlis Perun-dingan Pelancongan Negeri (MPPN) tepat pada masanya untuk mewujudkan satu saluran perhubungan atas prinsip perundingan di antara ‘stakeholders’ industri pelancongan iaitu pihak kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGOs),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan MPPN dan mesyuarat pertama MPPN di Le Meridien, di sini, kelmarin.

Turut hadir kedua-dua pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Ellron Angin dan Bolkiah Ismail, Setiausaha Tetap ke-menterian itu Datuk Suzanna Liew dan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Tengku Datuk Dr. Zainal Adlin Tengku Mahmod dan ahli-ahli MPPN.

Masidi yang juga Pengerusi MPPN berkata, antara objektif penubuhan majlis itu ialah sebagai saluran formal untuk kerajan menyampaikan kepada ‘stakeholder’ industri pelancongan mengenai perkembangan dan dasar-dasar baru pelancongan negeri dan negara.

“MPPN juga akan menjadi saluran untuk kerajaan mendapatkan pandangan daripada orang awam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sektor pelancongan bagi merancang strategi serta mengenalpasti potensi pelaburan dalam sektor ini untuk memantapkan lagi pembangunan pelancongan di Sabah.

“Penubuhan MPPN tidak akan mengambil-alih peranan dan fungsi Ahli Lembaga Pelancongan Sabah kerana fungsi Sabah Tourism adalah untuk promosi dan penganjuran acara manakala fungsi MPPN akan merangkumi semua as-pek di bawah industri pelancongan seperti pelaburan, kemudahan, infrastruktur dan perkhidmatan,” jelas beliau.

MPPN dianggotai 32 ahli daripada pelbagai sektor termasuk agensi kerajaan negeri, persekutuan, organisasi pelancongan, sektor komersial, institut pendidikan, NGOs, persatuan profesional dan individu.

Masidi berkata, mereka yang dipilih menganggotai majlis itu adalah berdasar-kan kepada pengalaman dan kepakaran dalam bidang masing-masing serta mampu menyumbang kepada perkembangan in-dustri pelancongan negeri.

Menurutnya, bagi memantapkan lagi MPPN, beberapa jawatankuasa kerja kecil diwujudkan iaitu jawatankuasa mengenai polisi dan strategi pemasaran yang merangkumi pengubalan polisi, pemasaran dan fokus pasaran.

“Jawatankuasa Kecil mengenai kemudahan asas dan infrastruktur yang merangkumi keperluan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik, perhubungan dan jawatankuasa kecil mengenai perkhidmatan pelancongan juga turut diwujudkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Instaforex