Friday, March 20, 2009

Pemilihan UMNO 2009

Debaran kini semakin hampir. Kita berharap para perwakilan sudah bersedia dan bijak untuk memilih calon-calon yang dipilih yang berupaya membawa demensi baru kepada kepimpinan UMNO selepas ini.

Bagi perwakilan khasnya di bahagian Ranau, ruang masa untuk menilai dan mendengar pandangan dan hujah-hujah daripada calon-calon kini hampir selesai. Pilihlah sebaik-baiknya dengan kematangan dan kebijaksaan, pilihlah mereka yang berupaya untuk membawa mesej rakyat dan mengembalikan kepercayaan kepada rakyat. Terpulang kepada perwakilan menentukan halatuju kepimpinan UMNO selepas ini.

Akhir kata, selamat dan semoga berjaya dalam perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

..
Pemuda Ranau

5 comments:

  1. Tak payahlah susah susah sangat fikir pasal UMNO ni.. Orang Kat Semenanjung ramai yang dah tolak parti UMNO ni.

    ReplyDelete
  2. Minta Pemuda UMNO Harapan Bangsa tolong jawab.
    Soalan-soalannya seperti berikut:

    1 - Kenapa Najib tidak disiasat?? (merujuk kepada kes pembunuhan Altantuya Shariibuu)

    2 - Kenapa Najib tidak siasat dan jelaskan bagaimana C4 boleh terlepas keluar dari kawalan tentera??? (sedangkan beliau adalah Menteri Pertahanan semasa kes itu berlaku)

    3 - Kenapa sewaktu YB Gobind Singh menggelar Najib pembunuh di parlimen, Najib bertindak untuk keluar dari dewan persidangan dan tidak menafikan gelaran tersebut??

    4 - Kenapa Najib tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap wartawan Perancis yang memberi bukti tentang kes pembunuhan Altantuya???

    5 - Kenapa apabila RPK memberi bukti tentang penglibatan Najib, Najib tidak disiasat dan RPK pula yang ditahan di bawah ISA??

    6 - Kenapa Najib berdalih kononnya beliau tidak mengenali Saiful Bukhari tetapi kemudiannya Najib mengaku beliau ada berjumpa Saiful di rumah dan pejabat TPM??

    7 - Kenapa Najib tidak berani dirinya dibicarakan di mahkhamah untuk membuktikan beliau tak bersalah??

    ihsan drp:http://perisik-rakyat.com/

    ReplyDelete
  3. Sdr Anonymous,

    Terima kasih atas komen2 yang diberikan. Segala permasalahan yang berlaku yang sering diperkatakan dalam media akhbar dan elektronik kerap menimbulkan isu-isu yang memeningkan kepala rakyat di Malaysia. Terpulang kepada kematangan rakyat Malaysia dalam menilai isu-isu seumpama ini ke arah kita bersama-sama membangunkan ekonomi kita yang sedang dilanda Krisis Ekonomi Dunia. UMNO masih relevan dalam memimpin Karajaan demi agama, bangsa dan negara.

    Keputusan & perdebatan dalam Mesyuarat Agung & Pemilihan UMNO baru-baru ini mencerminkan hasrat kita untuk mengharapkan sebuah kepimpinan yang dapat membuka lembaran baru dalam memercu sebuah karajaan yang dinamik selaras hasrat rakyat untuk hidup harmoni dan mengembalikan kekautan ekonomi negara.

    Perlantikan PM yang baru memberikan satu kekuatan untuk membawa Malaysia ke hadapan. Dasar Perpaduan diharapkan, gagasan ekonomi yang kukuh, perancangan kestabilan politik berupaya dipimpin sepertimana era Perdana Menteri sebelum ini. Sejarah telah membuktikan peralihan kuasa dalam UMNO membawa negara ke landasan yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Pemuda Ranau,
    Adakah saudara yakin kepimpinan yang baru akan membawa negara ke landasan yang terbaik? kita lihat saja kepimpinan yang lalu, bila saja Pak Lah mangambil alih dari Dr.M. Apa terjadi selepas itu. Perkembangan ekonomi tak meningkat, harga minyak naik, harga barang keperluan meningkat.Penghapusan rasuah masih di takuk lama.Tidak ada peningkatan, walaupun BPR telah di jenamakan semula. Krisis kehakiman juga belum dapat di pulihkan.

    Pemimpin UMNO sendiri mengamalkan politik wang (rasuah)utk merebut jawatan. Padahal mereka adalah pemimpin negara. Persoalannya dimanakah keikhlasan mereka untuk menolong rakyat. Yang kaya terus kaya, dan yang miskin terus miskin. Rakyat akan di layan sewaktu pilihanraya sahaja. Semua permintaan rakyat pada masa itu di tunaikan. Wang diberi, jalanraya diturap, jambatan dibaiki, rumah rumah utk org miskin dibina dan macam macam lagi. Sehingga ada orang mengharapkan ada wakil rakyat yang mati. Supaya pembangunan di tempat itu dapat disegerakan.

    Inilah politik orang UMNO, masa senang rakyat tak di pedulikan tetapi bila susah (pilihanraya) rakyat disanjung.

    Kita lihat pemimpin pimimpin UMNO, berkereta besar, rumah mewah, dan bermacam macam lagi harta mereka. Kadang kala mereka ini tidak mempunyai rasa simpati kepada rakyat yang "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Mereka tidak insaf terhadap nasib rakyat.

    Pemuda UMNO Ranau,
    Sebelum September 1998, saya adalah penyokong setia UMNO. Sehinggakan, apabila UMNO masuk ke Sabah, saya cukup gembira. Namun selepas tarikh tersebut, segala pengharapan dan kepercayaan terhadap UMNO leburrrr.

    Oleh itu kita fikir fikirkanlah. Parti mana yang lebih berpihak kepada rakyat.

    ReplyDelete
  5. Sokong saudara org tenom..dr org ranau

    ReplyDelete

Instaforex