Friday, March 13, 2009

Pemilik kedai telefon bimbit didakwa hina Sultan Perak

Kita berharap jangan diambil judgement yang tidak adil tentang pertuduhan yang dibuat ke atas saudara Rutinin. Perkara ini sebenarnya masih dalam peringkat awal dan mengikut sumber yang dipercayai, beliau sebenarnya didakwa disebabkan premis kedai telefon bimbit beliau mempunyai talian internet streamyx yang didaftarkan atas nama beliau.

Mengikut cerita beliau, tempat premis beliau sering dikunjungi rakan-rakan yang kerap menggunakan komputer di premis dan melayari internet. Oleh kerana sudah biasa dengan rakan-rakan ini, maka penggunaan komputer beliau itu boleh dikatakan digunakan semacam "public use". Dalam hal ini, ada rakan-rakan yang nakal telah mengambil kesempatan menggunakan komputer ini tanpa disedari oleh beliau, menulis perkataan yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap Sultan Perak. Begitulah ceritanya.

Maka itu, kita berharap peguam bela kepada tertuduh, Sdr Muammar Julkarnain akan membantu beliau untuk perbicaraan pada bulan Mei nanti. Kita berharap saudara Rutinin berjaya dan dilepaskan daripada pertuduhan.

Ikuti kenyataan akhbar yang diambil dari utusan malaysia ...

KOTA KINABALU 13 Mac – Seorang pemilik kedai telefon bimbit didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi komen-komen dalam blog yang menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Dalam pendakwaan kira-kira pukul 9 pagi itu, tertuduh, Rutinin Suhaimin, 35, yang berasal dari Kundasang, Ranau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Hakim, Ummu Kalthom Abdul Samad memutuskan tarikh 25 dan 26 Mei ini perbicaraan kes tersebut.

Tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 dengan deposit sebanyak RM5,000 bersama dua penjamin dari Ranau dan Kota Kinabalu. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Instaforex