Thursday, December 4, 2008

Kereta bawa penumpang keempat di belakang boleh disaman

Sumber: New Sabah Times

KUALA LUMPUR: Pemanadu kenderaan berkapasiti empat penumpang berdepan kemungkinan disaman sekiranya membawa lebih pe-numpang di bahagian tempat duduk belakang, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselama-tan Jalan Raya (JKJR) Da-tuk Suret Singh.

Katanya tindakan akan diambil berdasarkan peraturan jalan raya sedia ada, sekalipun penumpang keempat di tempat duduk belakang dikecualikan daripada undang-undang pe-makaian tali pinggang keledar.

“Ada undang-undang lain, bukan undang-undang tali pinggang keledar, yang boleh menyebabkan tindakan ini di-ambil, umpamanya kerana membawa muatan secara ber-bahaya,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian pe-lancaran program pemasangan tali pinggang keledar tempat duduk belakang di Proton Platinum Centre, Mutiara Da-mansara di sini kelmarin.

Beliau berkata penumpang keempat di tempat duduk belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar berisiko sehingga 80 peratus lebih tinggi untuk terbunuh atau cedera jika kemalangan berlaku.

Katanya tinjauan pertama JKJR mendapati kemungkinan terdapat penumpang keempat di tempat duduk belakang adalah sembilan peratus dan tinjauan kedua mendapati ianya menurun kepada lima peratus.

“Ini bermakna terdapat pe-nurunan dalam trend membawa penumpang keempat di tempat duduk belakang berikutan kesedaran orang ramai dalam isu keselamatan di jalan raya,” kata Suret Singh.

Beliau berkata saman maksimum sebanyak RM300 akan dikenakan terhadap pemandu kenderaan jika didapati mana-mana penumpangnya tidak memakai tali pinggang keledar.

Suret Singh memuji Proton Holdings Berhad kerana sanggup membelanjakan RM7 juta untuk kos pemasangan tali pinggang keledar secara percuma bagi 226,000 unit ken-deraan Proton Saga dan Gen 2.

No comments:

Post a Comment

Instaforex