Friday, December 5, 2008

Perpaduan dan setiakawan mampu perkasa Umno, kata Abdul Rahim

PAPAR: Umno hendaklah sentiasa berada di barisan paling hadapan dalam memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat pelbagai kaum serta berkeupayaan mengha-dapi apa jua situasi yang melibat-kan kepentingan rakyat dan negara, kata Ketua Umno Bahagian Papar, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail.

“Ini sangat penting bukan sahaja bagi memastikan peranan dan perjuangan Umno terus relevan tetapi demi mempertahankan peranan dan kedu-dukannya sebagai tonggak kekuatan kerajaan pakatan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Pertama Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Papar, di sini.

Abdul Rahim berkata, asas kepada kekuatan Umno ialah kekukuhan perpaduan seluruh anggota dan pemim-pinnya, termasuklah amalan semangat setiakawan serta menjunjung etika parti yang mengutamakan disiplin, integeriti dan permuafakatan.

“Perjuangan Umno, khususnya untuk merubah nasib rakyat dan negeri Sabah, masih jauh dan Umno adalah jentera atau saluran terbaik untuk merealisasikan harapan dan cita-cita besar itu” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Ahlijawatankuasa Umno Ba-hagian yang baru agar bekerja keras melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan penuh dedikasi, jujur dan ikhlas.

“Kemenangan (menjadi ahli) itu menunjukkan anda mendapat kepercayaan anggota akar umbi, dan saya percaya anda juga sangat berkeupayaan untuk memenuhi harapan an-ggota-anggota parti itu,” katanya.

Katanya, sebarang perselisihan pendapat di kalangan pemimpin atau anggota adalah sebaik-baiknya ditujukan ke arah memperkasakan parti dan bukan sebaliknya.

“Selaku Ketua Bahagian, saya akan mengamalkan sikap terbuka tetapi pada masa yang sama saya juga mengharapkan input idea atau cadangan-cadangan yang bernas, su-paya kita dapat bergerak maju sebagai satu pasukan yang mantap dan ideal,” katanya

Mengenai kemenangannya untuk menerajui Umno Bahagian Papar, Abdul Rahim berkata ia menganggapnya satu amanah dan tanggungjawab besar, khususnya dalam memper-kasakan Umno Bahagian itu.

“Saya berharap dengan bantuan dan sokongan barisan kepimpinan baru Umno Bahagian Papar dapat me-laksana dan menterjemahkan budaya politik dan budaya kerja yang lebih dinamis, berintegeriti dan berdaya saing, selaras dengan usaha mentranformasikan parti Umno,” katanya.

Beliau juga meminta mereka yang gagal merebut jawatan yang ditandingi supaya tidak merasa terpinggir kerana sebagai anggota Umno peranan dan sumbangan mereka tetap diperlukan.

“Dalam Umno, istilah ‘yang menang ambil semua dan yang kalah hilang semua’ tidak wujud, kerana yang diutamakan ialah keterushidupan dan kesinambungan perjuangan parti (Umno),” katanya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Umno Bahagian, Datuk Haji Gulam Haidar Khan Bahadar, Naib Ketua Bahagian, Juil Nuatim, Ketua Per-gerakan Wanita Bahagian, Datin Hajah Dayangku Ainun Haji Pengi-ran Bagul, Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Armizan Mohd Ali dan Ketua Pergerakan Puteri Bahagian, Suriati Adam.

No comments:

Post a Comment

Instaforex