PETALING JAYA, 5 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru.
Beliau berkata Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar.
Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru itu akan diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 3.30 petang, Jumaat.
Upacara mengangkat sumpah Exco pula akan diadakan pada 10 Feb pukul 10 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Abdullah berkata demikian pada sidang akhbar sejurus tiba dari Perak di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dekat sini.
Beliau diiringi Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Mohd Annuar Zaini.
-- SUMBER: BERNAMA
Thursday, February 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
well,to be honest,part of me cakap ini catastrophe dalam sistem politik kita..tapi peduli apa,orang Malaysia memang jaguh dalam REALPOLITIK..orang perak gembira,BN selesa,Pak Lah gembira,ekonomi bagus...oklah tu...
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteApabila mengetahui bahawa Pemuda Umno Ranau sudah mempunyai webpage sendiri maka saya agak teruja untuk melayari hasil tangan orang Ranau.Tapi mungkin salah saya yang terlalu berekspektasi tinggi,saya gagal mendapatkan 'kepuasan' yang saya inginkan.Saya seolah-olah sedang melayari sebuah kiosk maklumat yang "biasa2" yang saya boleh temui di mana-mana tempat lain.
Saya tidak ingin sinikal di sini tapi kita sering bercakap tentang suara grass root dalam pemuda.Kita sering bercakap tentang brainstorming dalam pemuda.Kita sering bercakap tentang musyawarah antara yang dipimpin dan yang memimpin dalam pemuda.Kita tidak ingin ada yang melabel pemimpin2 pemuda sebagai tidak approachable kata kita.
Persoalannya adakah usaha2 itu kita jumpa dalam blog ini.Mungkin ada tapi sangat KURANG!Ahli-ahli pemuda sukar untuk melibatkan diri apa lagi untuk saling bertukar pendapat sesama sendiri.Apa kata blog ini menyediakan ruangan forum tempat ahli2 melontar idea mereka/berbincang.Mungkin perlu juga diwujudkan kolum feedback atau surat pembaca-bukankah ini boleh mewujudkan interaksi dua hala antara AJK Pemuda Bahagian dengan ahli2 lain yang ada rasa untuk mengunjungi blog ini.Tanpa kolum-kolum tersebut..percayalah, ahli grass root akan sukar untuk melibatkan diri dan terbatas dalam memberi sumbangan idea,teguran,etc kepada pemimpin mereka(untuk berjumpa,agak sukar..telefon,mungkin ada yang rasa telefon bini atau sumandak lebih berbaloi.)
Mungkin komen nie pun bukannya menyelerakan sangat..tapi apa salah give and take..menerima dan berubah..dulu time kempen,ada yang berslogan Pemuda Ranau BERANI BERUBAH..jadi apa kata kita pakat ramai2 untuk BERUBAH kepada yang lebih baik.
Sekian.
Pemuda UMNO Sarayoh(Pemuda Original)
Terima kasih Saudara Pemuda UMNO Sarayoh diatas komen yang diberikan, segala cadangan-cadangan tersebut kita akan berusaha untuk sediakan.
ReplyDeleteUntuk pengetahuan saudara, blog ini baru sahaja diwujudkan, dan saya yakin wujud kekurangan pada awal-awal ini. Namun, kita berharap dengan adanya blog ini sedikit sebanyak kita dapat mencetuskan satu budaya yang dapat mematangkan kita akan tujuan dan matlamat kita dalam UMNO yang peka dan bertanggungjawab dalam membawa pemuda-pemuda di Ranau ke landasan yang sebaiknya bukannya membimbing kepada gejala-gejala yang merosakkan bangsa kita pada masa akan datang.
Pada masa ini juga, kita cuba untuk memberi input-input berbentuk gambaran semasa aktiviti Pemuda UMNO Ranau, pembacaan melalui sumber-sumber akhbar tempatan yang merangkumi isu-isu politik semasa, peluang-peluang oleh dasar kerajaan berbentuk keusahawan dan pembangunan modal insan, buah pemikiran daripada blogger-blogger lain dan bahan-bahan yang dipilih dan sesuai dimasukkan dalam blog ini.
Kita berharap dengan wujudnya blog Pemuda Ranau ini juga berupaya menaikkan selera pemuda kita khasnya di Ranau untuk lebih terdedah, melibatkan diri dalam menyuarakan pendapat, idea, cadangan demi kebaikan UMNO kita di Ranau.
Kita berusaha untuk menarik pemuda-pemuda kita diluar sana untuk menyumbang dan terlibat sama secara langsung dan tidak langsung akan segala input itu dicerna dan difahami.
Kita berharap saudara Pemuda UMNO Sarayoh dijemput khas untuk bersama-sama kami mengambil peranan ini menjadikan kecanggihan IT era ini sebagai "Standing Point" mengubah arus pemikiran pemuda kita di Ranau.
Terima kasih atas perihatin saudara.