Friday, November 21, 2008

Projek gas Kimanis-Bintulu bawa kesan berganda untuk rakyat dan ekonomi Sabah

21st November, 2008

Sumber: New Sabah Times

KOTA KINABALU: Pemilikan, kuasa dan hak-hak meneroka, mengguna dan memperolehi sumber petroleum di Malaysia adalah dalam bidang kuasa Petronas secara eksklusif di bawah Akta Pembangunan Petroleum, 1974.

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran berkata, walau bagaimanapun Kerajaan Persekutuan telah memberi jaminan bahawa projek Sabah Oiland Gas Terminal (SOGT) tidak akan menjejaskan bekalan minyak dan gas untuk keperluan dalam negeri ini, serta pembayaran royalti ke atas minyak dan gas yang dihantar ke Bintulu, Sarawak.

"Projek Sabah- Sarawak Gas Pipline (SSGP) merupakan salah satu komponen Projek Bersepa-du Minyak dan Gas yang sedang dijalankan oleh Petronas di negeri ini," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet Negeri 2009 bagi Jabatan Ketua Menteri di Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin.

Semasa sesi perbahasan Bajet Negeri 2009, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang, Melanie Chia Chui Ket menggesa kerajaan membatalkan projek penyaluran gas Petronas dari Kimanis ke Bintulu.

Nasir berkata, projek bersepadu itu melibatkan pembangunan medan-medan minyak dan gas yang baru ditemui di luar pantai Sabah, pembinaan SOGT di Kimanis dan pembinaan SSGP dari Kimanis ke Kompleks LNG Petrnoas di Bintulu, Sarawak.

Beliau berkata, melalui projek SOGT itu, sumber gas yang dikeluarkan daripada luar pantai Sabah akan didaratkan di SOGT, Kimanis.

"Sebahagian daripada gas yang dikeluarkan akan dibekalkan untuk kegunaan sektor-sektor tenaga dan perindustrian di Sabah dan selebihnya akan disalurkan ke Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak melalui SSGP," katanya.

Menurutnya, projek-projek yang dijalan-kan Petronas di Sabah pada masa ini telah dan akan membawa banyak kesan penggandaan (multiplier effect) kepada rakyat dan pertubuhan ekonomi negeri Sabah.

Antaranya pertumbuhan kawasan-kawa-san bandar dan pusat-pusat perindustrian baru, peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan serta pembangunan modal insan bagi menyo-kong industri berasaskan minyak dan gas di Sabah.

"Kerajaan negeri menyedari bahawa industri hiliran berasaskan minyak dan gas wajar diwujudkan di Sabah seperti termaktub dalam Pelan Induk Perindustrian Sabah (SIAP) dan telah mengambil inisiatif serta langkah-langkah sewajarnya," katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri melalui Unit Peran-cang Ekonomi Negeri (UPEN) juga telah menu-buhkan satu jawatnkuasa sementara yang dianggotai oleh Pejabat Pegum Besar Negeri, Pejabat Setiausaha Hasil Bumi, Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Perindustrian, Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan dan Perbadanan Tenaga Sabah bagi merangka strategi dan langkah-langkah bersepadu untuk membangunkan industri hiliran minyak dan gas di Sabah.

Menurutnya, pada 1 Januari tahun ini, rezab gas di luar pantai Sabah adalah berjumlah 12.7 trilion kaki padu atau (kira-kira 14 peratus daripada jumlah rezab gas Malaysia).

"Medan-medan gas yang terdapat di luar pantai Sabah adalah kecil dan berselerak, tidak seperti medan-medan gas di luar pantai Semenanjung Malaysia dan Sarawak,"katanya.

Oleh yang demikian katanya, pembangunan rezab gas di luar pantai Sabah perlu dijalankan secara berkelompok dan ini melibatkan kos yang tinggi.

Katannya, kos pelaburan pembangunan loji minyak, gas dan petrokimia pada masa ini adalah terlalu tinggi berikutan peningkatan harga pasaran bahan-bahan binaan dan peralatan.

Walau bagaimanapun katanya, sebahagian daripada gas yang bakal didaratkan telah diperuntukkan untuk kegunaan sektor tenaga dan perin-dustrian di negeri ini.

"Petronas dan Yayasan Sabah telah mengadakan usaha sama bagi pembangunan sebuah Loji Janakuasa Elektrik dengan kapasiti sebanyak 300MW di Kimanis," katanya..

Pembinaan loji itu dijangka akan memperkukuh lagi sektor tenaga di Sabah dan menjadi pemangkin kepada pembangunan industri-industri lain di Sabah.

No comments:

Post a Comment