Sunday, November 23, 2008

RM17 BILION UNTUK BINA JALAN BERTURAP DI SABAH

Sumber: New Sabah Times
KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sekitar RM17 bilion bagi melaksanakan projek jalan raya yang akan memastikan semua kawa-san dalam lingkungan 30 kilometer dari pinggiran bandar dan pekan di Sabah menikmati kemudahaan jalan berturap menjelang 2015.

Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed berkata penyediaan peruntukan yang besar itu selaras dengan wawasan kerajaan untuk melonjakkan pembangunan infrastruktur di negeri ini, sekaligus membuktikan kesungguhan Kerajaan Persekutuan membela nasib rakyat Sabah.

"Kita sedar banyak lagi jalan yang belum dinaiktaraf atau diturap di Sabah dan ada juga kawasan terpencil yang belum ada jalan raya.

"Sebab itu, kementerian akan berusaha untuk menyediakan kemudahan asas khususnya jalan raya dalam ling-kungan 30km dari pekan untuk kebaikan penduduk luar bandar, dan kita berharap semua ini selesai menjelang tahun 2015 atau selewat-lewatnya 2017," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat pembangunan infrastruktur Sabah di sini kelmarin.

Mohd Zin berkata Sabah mempunyai rangkaian jalan sepanjang 15,756.65 kilometer dengan 5,686.50 kilometer adalah jalan berturap manakala 9,635.03 kilometer jalan berkelikir dan selebihnya jalan tanah.

Beliau berkata kerajaan Persekutuan juga sedia menimbang permohonan kerajaan negeri untuk mengaspal lebuh raya sejauh 150KM yang menghubungkan Sapulut di Pensiangan dengan Kalabakan di Tawau yang dijangka menelan belanja RM100 juta.

Mohd Zain turut meminta Jabatan Kerja Raya Sabah menyenaraikan semua projek jalan raya yang diperlukan mengikut keutamaan bagi memudahkan kerajaan menya-lur peruntukan pada masa depan.

Mengenai pembangunan infrastruktur di kawasan Pensiangan, bahagian pedalaman Sabah, beliau berkata kerajaan Pusat akan berusaha membantu menyediakan kemudahan asas terutama jalan raya untuk kemudahan penduduk di kawasan itu.

No comments:

Post a Comment