Sumber: New Sabah Times
MAJLIS ANUGERAH PERTISA 2008 Sabtu lalu yang diadakan di Bangunan KDCA Penampang,berlangsung meriah dengan kehadiran ramai artis termpatan dan peminat.
Walaupun julungkali diadakan sebesar itu,majlis berkenaan berjaya memperlihatkan sesuatu yang membanggakan seterusnya memperkenalkan Persatuan Artis Tempatan Sabah (Pertisa) dalam kalangan masyarakat.
Ucapan Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun yang menekankan keutamaan terhadap artis tempatan dalam acara hiburan anjuran kementerian beliau selain menggesa pihak lain mengambil langkah sama,memberi harapan kepada para artis negeri ini untuk mengetengahkan bakat serta dimartabatkan.
Jaminan dan sokongan beliau terhadap wawasan,program dan aktiviti yang dirancang Pertisa,turut memberi kelegaan kepada artis-artis tempatan di Sabah khususnya.Beliau juga berharap Pertisa berjaya dalam usahanya menjadi pemantau dan pengutip royalti bagi pihak Malaysian Association For Copyright Protection (MACP) di Sabah.
Turut hadir penaung Pertisa,Philip Lasimbang,Penasihat Drs Monih Epsin,Presiden Datuk Joseph P Guntavid,pemimpin-peminpin rakyat dan artis veteran.
Menyusul selepas ucapan perasmian pada malam anugerah itu,majlis dimulakan dengan persembahan kebudayaan oleh penari-penari Lembaga Kebudayaan Sabah disusuli persembahan mantap kumpulan band Papier Mache.
Majlis berkenaan turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh beberapa artis selain penampilan para penyampai anugerah pada malam itu yang membabitkan penyanyi dan penyampai radio.
Kehadiran beberapa selebriti antaranya penyampai Suria Pagi KK siaran saluran 105.9,DJ Othoe mewakili Suria FM di majlis itu turut menarik perhatian ramai peminatnya.
DJ Othoe juga memeriahkan suasana apabila menjadi pengacara ‘red carpet’ ketika kehadiran para artis tempatan.
Majlis anugerah ini turut dijayakan oleh Suria FM dan New Sabah Times sebagai rakan media dan rakan penganjur Ampal PRoduction,Etnik Musik Production (EMP),Skyline Enterprise dan Skylaser Sdn Bhd. – ALMAWATI RAKIM
Wednesday, December 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment