Monday, December 1, 2008

Peruntukan usahawan belia ditambah menjadi RM3,000

Sumber: New Sabah Times

30th November, 2008

LABUAN: Kementerian Belia dan Sukan akan menaikkan peruntukan Usahawan Muda daripada RM2,000 kepada RM3,000 bermula tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, pertambahan sebanyak RM1,000 adalah sebagai usaha mening-katkan perniagaan para belia, selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.

“Sebanyak 20 belia dari setiap daerah yang berjaya menyertai kursus keusaha-wanan anjuran Jabatan Belia dan Sukan layak untuk mendapat peruntukan tersebut” kata-nya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Program Memperkasakan Pertubuhan Belia 2008 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di dewan Konvensyen Ujana Kewangan dekat sini, pagi kelmarin.

Hadir sama di majlis itu Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dato’ Haji Fathul Razi Haji Bakri, Presiden Majlis Belia Labuan, Haji Shuib Nasir, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Datuk Haji Yunus Haji Kurus, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Zawiyah Muhamad dan Pengarah Majlis Sukan Labuan, Arman Annuar Tan.

Ismail Sabri berkata, kementeriannya juga turut melonggarkan syarat pinjaman kepada warga belia yang membuat pinjaman di bawah RM5,000 dengan tidak lagi memerlukan penjamin, manakala bagi mereka yang membuat pinjaman RM15,000 hingga ke RM50,0000, hanya diperlukan mengemuka-kan seorang penjamin dengan gaji bulanan tidak kurang daripada RM800.

“Inilah antara kemudahan yang diberikan oleh kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan bagi memudahkan golongan belia menjalankan perniagaan” katanya.

Pada Majlis itu, beliau turut menyampaikan cek bernilai RM RM57,000 kepada Majlis Belia Labuan (MBL) untuk diagihkan kepada persatuan belia yang berdaftar di pulau ini.

Antarayang menerima bantuan daripada peruntukan itu ialah MBL sebanyak RM10,000, Persatuan Pengakap Malaysia, Labuan, RM5,000, dan 14 buah persatuan belia menerima RM3,000 setiap persatuan.

Sementara itu, seramai 20 peserta bimbingan Usahawan Muda turut menerima bantuan sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Mengenai cadangan Majlis Belia Labuan untuk mewujudkan Asrama Belia Labuan, beliau berkata, kementeriannya akan menimbang dan meneliti permohonan itu sebelum di majukan ke dalam agenda pembangunan Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK10).

Terdahulu dari itu beliau turut merasmikan Pusat Belia Labuan yang terletak di Ujana Kewangan.

Sementara itu, pada sidang akhbarnya, beliau berkata peruntukan yang disalurkan terus kepada setiap persatuan itu adalah bertujuan untuk memperkasakan persatuan agar dapat mejalankan aktiviti mengikut cita rasa persatuan itu sebndiri.

Katanya, kementerian juga membuat pendekatan baru dengan membenarkan persatuan untuk mengendalikan aktiviti mereka sendiri tanpa merujuk kepada jabatan.

“Kalau dulu aktiviti belia banyak dirancang oleh jabatan… bagaimanpun kita dapati ada aktiviti yang kita rancang tidak sesuai dengan naluri para belia. Hari ini kita buat pendekatan baru dengan membenarkan mereka melaksanakan program mengikut kehendak belia itu sendiri” katanya.

Katanya, Kementerian yakin perlaksanaan aktiviti sendiri itu serta pemberian kewangan secara terus kepada persatuan akan dapat melahirkan belia yang lebih kreatif dan mampu menjadi pemimpin.

No comments:

Post a Comment

Instaforex