LABUAN: Majlis Amanah Rakyat (Mara) digesa supaya menganjur lebih banyak program tahun depan, khusus bagi membantu usahawan dari kaum bumiputera dalam pelbagai bidang perniagaan.
Anggota Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal, semasa membuat gesaan itu berkata perkara itu amat penting, terutama bagi mereka yang baru menceburi bidang
keusahawanan, untuk menjadi lebih mahir dalam dunia perniagaan.
“Kami berharap untuk melihat lebih banyak program-program yang boleh memberi manfaat kepada usahawan bumiputera tahun depan,” katanya semasa merasmikan seminar dan ekspo keusahawanan Mara di sini, kelmarin.
Beliau berkata ekspo serta seminar seperti yang dianjurkan Mara di sini hari ini akan dapat membantu dalam menjadikan usahawan lebih berpengetahuan dan sentiasa mengikuti per-kembangan semasa mengenai dunia perniagaan.
Menurutnya berdasarkan kaji selidik, beliau mendapati masalah yang sering dialami oleh usahawan bumiputera di seluruh negara adalah mudal, pasaran dan lain-lain masalah yang berkaitan. Ini adalah antara masalah yang perlu diberi tumpuan oleh pihak mara.
Labuan merupakan bandar keempat selepas Ranau Ranau, Pulau Banggi, dan Kota Marudu di Sarawak, yang mengadakan program ekspo dan seminar Mara, yang diadakan bagi membekalkan maklumat kepada usahawan bumiputera.
No comments:
Post a Comment