Friday, December 12, 2008

Cabutan fasa pertama kontraktor Kelas F untuk PIA, PIAS Januari depan

Sumber: New Sabah Times

12th December, 2008

KOTA KINABALU: Pejabat Pem-bangunan Negeri Sabah (SDO) menjangkakan akan dapat memulakan proses cabutan pengundian fasa pertama untuk menentukan para kontraktor Kelas F bagi pelaksanaan Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastuktur Asas (PIAS) selewat-lewatnya Januari tahun depan.

Pegawai Kemajuan Negeri, Haji Matusin Sunsang berkata, untuk tahun 2009 bagi projek PIA dan PIAS, Sabah mendapat peruntukan berjumlah RM130 juta.

“Sepatutnya cabutan untuk pengundian bagi memilih para kontraktor untuk pelaksanaan projek-projek itu dijalan-kan dalam minggu kedua selepas me-nerima watikah projek tersebut,” ka-tanya kepada New Sabah Times di pejabatnya kelmarin.

Terdahulu itu, beliau menerima kunjungan dan memberikan taklimat kepada Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan mengenai SDO.

Bagaimanapun katanya, oleh kerana senarai projek-projek itu baru dihantar ke ibu pejabat di Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan belum ada kelulusan serta masih dalam proses penyemakan pihak atasan.

“Saya jangka selewat-lewatnya dalam bulan Januari tahun depan kita dapat menjalankan cabutan pengundian untuk memilih kontraktor bagi melaksanakan projek-projek di bawah program PIA dan PIAS ini,” katanya.

Matusin berkata, untuk fasa pertama pelaksanaan projek di bawah program PIA dan PIAS itu ia akan dilaksanakan dalam bulan Januari hingga April dengan membabitkan 50 peratus daripada peruntukan keseluruhan daripada RM130 juta

Manakala 30 peratus lagi peruntukan akan dilaksanakan pada Mei hingga Julai dan 20 peratus lagi daripada peruntukan tersebut dilaksanakan dari Ogos hingga akhir tahun 2009.

Beliau berkata, pihaknya akan me-nurunkan kuasa kepada semua pejabat daerah di negeri ini untuk melaksanakan projek-projek tersebut.

Menurutnya, peruntukan untuk pelaksanaan projek di bawah program PIA dan PIAS mesti dihabiskan dalam tahun pelaksanaan, ini kerana peruntukan berkenaan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya.

Sebab itu, katanya, pihaknya mahu supaya semua pejabat daerah mesti bertindak cepat dalam memastikan pe-laksanaan projek-projek di bawah program PIA dan PIAS ini.

“Kalau kita lambat, peruntukan itu akan lupus begitu sahaja dan kita di negeri ini yang rugi kerana tidak dapat melaksanakan projek berkenaan sedang-kan peruntukan sudah disediakan,” jelasnya.

1 comment:

  1. Bernafas balik kontraktor yang belum dapat kerja.

    Kita berharap kontraktor dapat menjalankan kerja yang berkualiti mengikut arahan kerja yang diberikan.

    ReplyDelete

Instaforex