TIGA gambar urutan bagaimana Leah memperagakan aksinya ketika melontar bola ke dalam pada perlawanan menentang Mexico pada Kejohanan Piala Dunia Wanita B-20 di Chile, bulan lalu. |
'Ia senjata bahaya untuk serangan'
SANTIAGO: Mereka menggelarnya 'o jogo bonito' di Brazil - permainan menawan - dan jelas golongan wanita Amerika Selatan berada di sana bersama lelaki ketika tiba masanya menunjukkan kemampuan bermain bola sepak menarik.
Bakat itu ditunjukkan pada usia yang awal.
Pele memenangi Piala Dunia pada usia 17 tahun dan walaupun masih belum mencapai tahap tertinggi seperti itu, seorang pemain wanita berusia 17 tahun sudah menampilkan diri dalam skuad bawah 20 tahun negara itu.
Leah Lynn Gabriela Fortune, dilahirkan oleh pasangan Amerika di Sao Paolo, sudah mencipta nama buat dirinya dengan balingan ke dalam secara akrobatik dan membantu menghasilkan kekecohan jika bola dibalingnya jatuh ke dalam kotak penalti.
Leah, yang meminati gimnastik bermain di posisi pertahanan buat pasukan Chicago, melemparkan balingan merbahaya selepas melompat dari garisan menerusi gerakan akrobatik ke depan yang menarik, teknik dipelajari daripada ayahnya, David.
"Saya tidak membuatnya untuk tontonan penonton � ia hampir seperti sepakan penjuru dan ia senjata berbahaya untuk serangan," kata gadis itu yang berhijrah ke Amerika Syarikat ketika kecil tetapi memainkan peranan penting dalam laluan Brazil ke suku akhir Kejohanan Dunia Bawah 20 di Chile selepas ditawarkan menyertai latihan skuad itu tahun lalu.
skil yg sya rasa telah di pupuk dan di praktikkan,inilah hasilnya.
ReplyDeletePerempuan lagi tu. Memang negara Brazil berupaya mengeluarkan bakat-bakat yang luar biasa.
ReplyDelete