PENAMPANG: Industri getah di Sabah bakal mendapat peruntukan sejumlah RM5 juta daripada kerajaan pusat yang akan disalurkan berupa dana pembangunan penanaman ge-tah untuk tempoh lima tahun ini. Keprihatinan dan kemurahan kerajaan itu bakal menyuntik semangat baru kepada lebih 1,000 keluarga pekebun kecil di negeri ini yang menganggotai Persatuan Pekebun Kecil Getah Sabah (PPKGS), kata presidennya Chua Men Nam. Katanya, berita baik kelulusan peruntukan tersebut telah diumumkan oleh pengarah kanan seksyen pertanian Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Haji Hasan Ismail, semasa rombongan persatuan itu melakukan kunjungan hormat ke pejabatnya baru-baru ini untuk memberikan taklimat tentang peranan dan matlamat PPKGS. “Pengarah kanan EPU mengatakan bahawa peruntukan akan disalurkan dalam bentuk subsidi sebagai Skim Bantuan Perseorangan kepada para pe-kebun kecil melalui Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS). “Usaha murni kerajaan pu-sat ini sudah tentu akan mempergiatkan serta memperluaskan lagi kawasan penanaman getah di Sabah. Kami amat menghargai keprihatinan kerajaan kerana ini menunjukkan yang mereka memahami akan masalah yang dihadapi oleh pengusaha getah,” katanya. Chua mengatakan inisiatif itu juga bakal membuka pintu kepada mereka yang berminat untuk berkecimpung dalam penanaman getah tetapi tidak dapat melakukannya kerana tiada bantuan perseorangan. Skim bantuan seumpama itu sememangnya pernah wujud pada masa lalu tetapi telah diberhentikan sejak 25 tahun lalu. Dengan peruntukan ini, mereka bakal mendapat bantuan yang diperlukan untuk memulakan penanaman getah, katanya. Katanya, suntikan dana itu adalah merupakan satu langkah permulaan dan berharap lebih banyak peruntukan akan dapat disalurkan kepada pekebun kecil dalam tempoh tiga hingga lima tahun ini kerana kawasan tanah yang berpotensi untuk dibangunkan amat luas dan masih ramai pengusaha di ka-wasan terpencil yang memerlukan bantuan. “Dalam pertemuan dengan pengarah kanan EPU pertanian itu, beliau telah mengarahkan supaya diwujudkan satu jaw-atankuasa pelaksana yang dipengerusikan oleh LIGS dan dianggotai oleh PPKGS dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) cawangan Sabah. “Ini adalah untuk memungkinkan mereka yang terbabit memainkan peranan demi menentukan kejayaan skim ini selain dapat membincangkan perkara berbangkit dalam industri getah tempatan untuk manfaat pekebun kecil,” kata Chua. Tambahnya lagi, Hasan turut meminta PPKGS untuk menyediakan kertas kerja mengenai anggaran perbelanjaan persatuan itu untuk menjalankan aktiviti pembangunan getah di Sabah. Ianya akan diajukan kepada Kementerian Kewangan Pusat untuk dipertimbangkan. | |
Saturday, December 27, 2008
Industeri getah di Sabah bakal dapat peruntukan RM5 juta
Sumber: New Sabah Times
Labels:
Ekonomi,
New Sabah Times
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Syukurlah keranan pihak kerajaan sedia untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh penanam getah.
ReplyDeleteSekurang-kurangnya ini dapat membantu penanam getah yang bergantung harapan kepada komoditi getah yang harga kini mencecah sekitar RM1.
Kita berharap agar alternatif lain perlu dibuat agar harga getah kembali stabil dan memberi hasil yang lumayan kepada penanam getah seperti sebelum ini.