PUTRAJAYA: Malaysia akan memperkenalkan tiga strategi tambahan bagi menarik lebih ramai pelancong tahun depan dalam keadaan ekonomi dunia yang terancam dan beberapa negara menghadapi masalah keselamatan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.
Timbalan Perdana Menteri berkata Biro Konvensyen dan Pameran akan diwujudkan dengan geran permulaan sebanyak RM5 juta sebagai sebuah pusat sehenti bagi menyelaras aktiviti menjadikan negara ini destinasi konvensyen dan pameran.
Insentif juga akan diberi kepada mereka yang mengadakan konvensyen dan pameran berimpak tinggi di negara ini, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyu-arat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelan-congan di sini.
Program Malaysia My Second Home akan dikaji semula bagi menjadikannya lebih me-narik dengan mengatasi kekangan sedia ada seperti soal pelaburan, dana dan pekerjaan peserta program, katanya.
“Tumpuan juga akan diberikan kepada pelancongan kesihatan dan pelancongan-eko bagi menarik lebih ramai pelancong,” kata Najib.
Najib berkata Malaysia dijangka dapat menarik 20 juta pelancong tahun depan dengan adanya tiga strategi tambahan itu.
“Tanpanya negara dijangka hanya dapat menarik 18 juta pelancong sahaja,” katanya.
Beliau juga berkata kedatangan pelancong pada tahun ini dijangka 22 juta orang, kurang 500,000 daripada sasaran.
Pada 2006, Malaysia dikunjungi 17.5 juta pelancong dan pada 2007 pula terdapat 20.97 juta pelancong.
Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said pula berkata kemasukan 22 juta pelancong ke negara ini pada tahun ini akan memberikan pendapatan sebanyak RM44 billion kepada negara manakala pada tahun depan, pendapatan yang diunjurkan ialah RM40 bilion daripada 20 juta pelancong
Pada tahun lepas, sektor pelancongan merupakan penyumbang kedua terbesar selepas perkilangan di segi pertukaran wang asing. Sektor pelancongan juga menyumbang 7.2 peratus kepada pertumbuhan ekonomi negara tahun lepas.
aktifkan agensi k'jaan yg terlibat, guna pakai konsep modal insan secara praktikal agar 'red tape' dpt di kurangkan.
ReplyDeleteaktifkan agensi k'jaan yg terlibat, guna pakai konsep modal insan secara praktikal agar 'red tape' dpt di kurangkan.
ReplyDeleteAttn moderator: [maaf atas kesilapan double publish!].
ReplyDeleteApa yang didengari di kedai kopi, cara penyebaran dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan tidak terus sampai ke peringkat rakyat itu sendiri khususnya di Ranau. Rakyat tergapai-gapai untuk sama-sama mengambil peluang melalui dasar tersebut. Seperti contoh, SDC (Sabah Development Corridor) rakyat masih kurang faham apa yang dapat diterima melaluinya. Dimanakah peranan agensi kerajaan yang diberi peranan untuk menggalakkan semangat rakyat sama-sama memajukan negara? Apakah kita hanya menerima & mengikut sahaja tanpa mendapat peluang daripadanya.
ReplyDelete