Monday, December 1, 2008

Usaha basmi kemiskinan tegar terus diberi perhatian: Musa

Sumber: New Sabah Times

1st December, 2008

MENUMBOK: Ketua Men-teri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap usaha pembasmian kemiskinan khususnya kemiskinan tegar di negeri ini.

Katanya, bagi menjayakan agenda ini, kerajaan negeri akan meneruskan projek Agro-politan, program Mini Estet Sajahtera (MASEJ) serta program-prongram peningkatan enonomi rakyat khususnya di luar bandar termasuklah bantuan serta program desa yang sesuai untuk dimajukan.

“Dalam Bajet Negeri 2009, kerajaan memperuntukan sejumlah RM159.82 juta untuk tujuan pembasmian kemiskinan membuktikan kerajaan begitu komited menangani isu ini,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Nelayan Ke-10 di sini pagi kelmarin.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Haji Lajim Haji Ukin. Majlis itu tu-rut dihadiri oleh Wakil Rakyat Kuala Penyu, John Teo Mau Sing, Pegawai Daerah Kuala Penyu, Edmond Teo dan Peno-long Pegawai Daerah Kecil Menumbok, Awang Damit Haji Razak

Musa yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi me-mastikan sasaran ini mencapai matlamatnya, semua agensi pelaksana perlu meningkatkan kecekapan sistem penyampaian masing-masing dalam soal merancang,melaksana,memantu dan menilai perlaksanaan program program pembasian kemiskinan khususnya di luar Bandar.

“Matlamat ini sebenarnya bukan hanya mengharapkan usaha kerajaan dengan peruntukan yang besar semata-mata namun memerlukan penyertaan yang proaktif dari rakyat agar matlamat murni ini akan tercapai sepenuhnya,” tambah Musa

Dalam perkembangan berkaitan Lajim yang juga ahli Parlimen Beaufort semasa ditemui pemberita selepas majlis ini berkata, daerah kecil Menumbok akan terus dibangunkan sebagai kawasan pertanian dan juga sector pelancongan.

Menurut beliau lokasi daerah kecil menumbok yang amat stategok dimana ianya merupakan pintu masuk utama pelancing selain kedudukannya yang berhampiran dengan Pulau bebas Cukai Wilayah Persekutuan Labuan

“Kerajaan akan terus membangunkan daerah ini bukan sahaja untuk mempertingkatkan kemudahan asas di kawasan ini namun kita akan turut memberikan tumpuan untuk membangunkan sector pertanian dan pelancongan yang begitu berpontenasi untuk dimajukan untuk menjana ekonomi rakyat khususnya di kawasan ini” katanya.

No comments:

Post a Comment

Instaforex