Sumber: New Sabah Times
KOTA KINABALU: Keban-yakan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berada di negeri ini tinggal dalam per-kampungan warga tempatan.
Pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Imigresen menghadapi masalah untuk mengesan PATI yang tinggal di kalangan penduduk tempatan dalam kawasan bandar dan perkampungan.
Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Pelancongan, Kebuda-yaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun dalam ucapannya sewaktu merasmikan penutupan seminar Pencegahan Jenayah di Kompleks Pentad-biran Persekutuan Sabah kelmarin.
“Terdapat sebilangan warga tempatan yang tidak bertanggungjawab dan mengambil jalan mudah untuk kepentingan mereka sendiri menyewakan rumah dan tanah mereka kepada PATI,” kata Masidi.
Selain itu Masidi berkata terdapat juga individu dan majikan menyembunyikan PATI yang bekerja sebagai buruh atau pembantu rumah dalam premis mereka untuk mengelakkan membayar levi pekerja.
Masidi berkata demikian sebagai membidas sebilangan awam yang menuding jari dan menyalahkan pihak polis, Imi-gresen dan agensi penguat-kuasa lain tidak menjalankan tugas dengan sempurna untuk membasmi kehadiran PATI di negeri ini.
“Adalah tidak adil sekiranya masyarakat menyalah-kan polis dan agensi penguatkuasa lain di atas kehadiran PTI di negeri ini kerana mereka (masyarakat) sendiri menjadi sebahagian penyumbang dalam masalah tersebut dengan menyewakan rumah dan tanah mereka kepada PATI,” kata Masidi.
Menteri itu menyeru warga tempatan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dan agensi penguatkuasa yang lain dengan memberi maklumat terhadap kehadiran PATI serta kegiatan jenayah dalam kawa-san mereka masing-masing.
“Berilah kerjasama kepada polis dan agensi penguatkuasa yang lain untuk membasmi kehadiran PATI dan kegiatan jenayah, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan keamanan dan keselamatan di negeri ini,” kata Masidi.
Masidi berharap semua peserta seminar Pencegahan Jenayah terutama dari kalangan awam dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) supaya mempraktikkan semua resolusi yang dipelajari dalam seminar dua hari itu.
Ini yang menjadi masalah kepada kita.
ReplyDeleteKita berharap tanggungjawab JKK Kampung & Ketua Kampung dapat bertindak dan berganding bahu untuk membendung gejala.
Kita mesti peka kepada persekitaran kerana masalah-masalah sosial kebanyakannya berpunca daripada PATI. Budaya yang dibawah mereka tidak sama dengan budaya yang kita amalkan di negeri kita. Namun demikian, tindakan yang bijak perlu dicari agar apa-apa yang dilaksanakan itu tidak menyalahi hak kemanusian.
Sudah lama masalah ini berlaku cuma enforcement yang kurang di laksanakan.Cadangan saya agar di adakan sekerap yang mugkin bagi mengelak kejadian negatif berleluasa.
ReplyDelete